BAB 21

339 33 0
                                    

Jesse berjalan di lorong yang menuju ke biliknya. Setelah dia bekerja selama lima jam di Bilik Perubatan, akhirnya dia boleh kembali ke dorm untuk berehat. Hari sudah pun gelap. Kerana dia bekerja tanpa rehat, Jesse merasa seluruh tubuhnya lenguh dan sakit. Dia menggunakan tangan kanannya untuk menumbuk belakang lehernya secara perlahan untuk melegakan rasa sakit, walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada kesan sama sekali.

Ketika Jesse hendak tiba di dorm, pintu bilik di sebelah terbuka dan munculnya seorang lelaki tinggi dari dalam bilik.

Jesse berhenti dan dia memandang ke arah Ace yang baru saja keluar. "Oh, saya fikir kau sedang berehat. Masih ada kerja pada waktu malam begini?"

Ace menatap wajah Jesse beberapa saat. Tanpa mengucapkan apa-apa, dia hanya menutup pintu dan berjalan melintasi Jesse. Jesse pula yang terkebil di sana kerana diabaikan oleh Ace macam angin.

Tiba-tiba, Ace berhenti dan dia memandang ke arah Jesse lagi. "Thank you." Usai mengucapkan kata terima kasih, Ace berpusing ke belakang lagi dan berlalu. Dia meninggalkan Jesse yang terdiam di sana kerana tercengang.

"Hah? Thank you? Untuk apa?"

Jesse mencuba untuk mengingati apa yang telah dia lakukan kepada lelaki itu sampaikan lelaki itu harus mengucapkan kata terima kasih kepadanya. Jesse teringat yang dia sudah menolong Ace mengubati lukanya tapi yang buat dia pelik, kenapa Ace baru nak ucap terima kasih sekarang pula?

Jesse tertawa kecil. Gelagat Ace tadi mengusik hatinya dan membuat dia rasa lucu. "Kenapa dia tiba-tiba nak ucap terima kasih sekarang pula? Kenapa bukan dari tadi saja?"

Jesse menggelengkan kepalanya, malas mahu mencari jawapan bagi persoalan yang muncul di otaknya. Jesse mengabaikan gelagat Ace tadi masuk ke dalam dorm.

Jesse harus mandi kedua kali kerana badannya berpeluh banyak ketika bekerja tadi. Setelah itu, barulah Jesse merasa selesa. Dia naik ke atas katil dan menutup matanya. Malam itu, tidurnya sangat nyenyak.

Keesokan paginya, seperti biasa Jesse akan mengikuti Cris dan Stephen pergi ke kantin untuk bersarapan. Jesse terlihat ceria pagi itu kerana ada Cris yang menceritakan perkara yang lawak.

Setelah sarapan, mereka tidak mempunyai apa-apa aktiviti selain berehat atau berlatih. Jesse merasa yang dia tidak mahu ke Bilik Perubatan ketika ini jadi dia memilih untuk berjalan-jalan di sekitar pangkalan tentera ini. Dia mahu memeriksa bagaimanakah keadaan tempat ini.

Ketika Jesse sedang berjalan di sebuah kawasan latihan, Jesse melihat ada Kayden yang sedang berlatih dengan senjata berupa sebilah pedang yang tajam. Jesse berhenti dan berselindung di sebalik tiang bangunan. Khusyuk dia memerhati Kayden yang sedang berlatih.

Jesse memerhati Kayden berlatih bukan kerana dia tertarik dengan ketampanan lelaki itu tapi lebih kepada gerakan dan kemahiran yang Kayden ada. Jesse tidak pernah belajar ilmu bela diri secara mendalam sebelum ini tapi dia yakin kemahiran yang digunakan oleh Kayden ini tidak sama dengan yang pernah dia nampak sebelum ini.

'Erm, kemahiran dia sangat baik dan gerakan dia juga sangat lincah. Tidak hairan kalau dia adalah antara X-Forces yang terkuat di organisasi ini. Kejap, apa kedudukan Kayden dalam Pangkat Ketenteraan ya?'

'Oh, bila saya fikir lagi, Ace adalah ketua dalam kumpulan mereka... Saya nak tahulah sejauh mana kemahiran dia dan adakah dia lebih baik dari Kayden?'

Saat Jesse menyedari yang fikirannya sudah melencong ke tempat lain, dia segera membuang jauh apa yang bermain di fikirannya. Dia kembali memfokuskan perhatiannya ke arah Kayden yang sedang berlatih.

Tapi ketika Jesse memandang ke arah tempat Kayden berlatih tadi, Jesse sudah tidak melihat lelaki itu di mana-mana.

'Eh? Mana dia pergi ya? Cepat betul dia menghilang...'

Jesse keluar dari sebalik tiang bangunan itu dan memandang sekeliling, mahu mencari Kayden jika lelaki itu sudah bertukar tempat untuk berlatih. Tapi setelah beberapa minit mencari, Jesse tidak melihat Kayden di mana-mana.

Jesse mengeluh kesal kerana tidak dapat melihat Kayden berlatih lebih lama. "Tak apalah, mungkin lain kali saya boleh tengok dia berlatih lagi."

'Baik saya pergi ke Bilik Perubatan sekarang.'

Ketika itulah, Jesse berpusing ke belakang, bersedia untuk pergi tapi tidak disangka dia akan terlanggar satu dinding yang keras.

Jesse terjatuh ke belakang tapi ada satu tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang. Jesse terkejut lalu menggerakkan anak matanya ke wajah orang yang sudah memeluknya.

KAYDEN?!

Kayden merenung wanita yang ada di dalam pelukannya. Sebelah tangannya masih memegang pedang yang digunakan untuk berlatih tadi.

Anak mata Kayden mengecil dan dia membuka mulutnya, "Kau ingat kau siapa nak datang ke tempat ni?"

Jesse masih lagi terkejut dengan kehadiran Kayden yang tiba-tiba muncul di belakang dia. Jadi, bila Kayden bertanya soalan kepada dia, dia masih blur.

"Huh?"

Kayden mengeluh dengan anak matanya dijelingkan ke tempat lain, seolah-olah merasakan Jesse ini ialah seekor lalat yang menjengkelkan. Tanpa amaran, dia menarik tangannya sehingga Jesse terdorong ke depan. Kayden terus menolak Jesse sehingga belakang gadis itu menyentuh tiang bangunan yang berdekatan.

"Aaww!" Jesse merasa belakangnya sakit kerana didorong kasar oleh Kayden. Dia segera menjeling bengang ke arah si pelaku tapi pelaku itu hanya memandang Jesse seakan-akan tidak merasa takut pun.

"Saya tidak kisah apa saja alasan yang kau gunakan untuk masuk ke sini. Saya tidak mahu tengok muka kau di tempat ini lagi. Tempat ini adalah tempat larangan untuk kau," Suara rendah tapi garau milik Kayden menyapa gegendang telinga Jesse.

Jesse merasa tidak adil kerana diperlakukan oleh Kayden seperti ini. "Tiada papan tanda di sini pun yang mengatakan yang saya tidak boleh ada di sini. Suka hati sayalah nak pergi mana, tempat ni bukan milik kau pun!"

Kayden mencuba untuk bersabar. Dia tidak mahu berbuat sesuatu yang buruk kepada Jesse. "Lebih baik kau pergi dari sini sebelum terjadi apa-apa pada kau!"

Jesse merengus tidak puas hati. Dia terus menolak badan Kayden yang berdiri hampir dengannya. "Tahulah saya nak pergi dari sini atau tidak. Saya datang ke sini sebab saya cuma nak periksa tempat ni! Mana saya tahu kalau kau ada di sini!"

Kayden mengabaikan Jesse. Dia sekadar memandang ke tempat lain sementara sebelah tangan kosongnya ditolak ke pinggang, bersikap seolah-olah tidak peduli dengan bebelan dari Jesse.

Jesse semakin tidak puas hati dengan sikap acuh tidak acuh Kayden. 'Menyesal saya jumpa orang macam dia! Walaupun dia ada kemahiran yang baik tapi perangai dia sangat buruk...'

Tidak mahu berlama di sana, Jesse mengangkat kaki dan berlalu. Beberapa langkah kemudian, Jesse berpaling semula ke arah Kayden. "Saya tarik balik apa yang saya fikir pasal kau, kau bukannya hebat sangat pun!"

Walaupun Jesse menjerit dengan kuat dan perkataannya itu terdengar kasar, Kayden sedikit pun tidak terasa. Tapi kening kanannya terangkat sekejap setelah dia mendengar kata-kata Jesse.

'Dia tarik balik apa yang dia fikir pasal saya? Apa yang dia fikir? Saya tidak sehebat sangat pun...?? Sebelum ini dia berfikir saya hebat sebelum ini ke?'

Kayden tidak sedar yang dia sedang memikirkan hal yang tidak sepatutnya dia fikir. Dia merenung Jesse yang berjalan dengan keadaan marah. Hanya setelah Jesse hilang, barulah dia bergerak dan melanjutkan latihannya.

Jesse pergi ke Bilik Perubatan dengan perasaan kesal. Walaupun dia tahu yang Jessica tidak disukai ramai, dilayan dengan buruk masih membuatkan dia merasa kesal.
'D*mn, apa yang perlu saya buat untuk bersihkan nama saya lagi? Saya tidak mahulah hidup dalam bayangan Jessica seumur hidup. Haish, kenapa saya yang perlu bersihkan nama Jessica pula ni?'

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now