GDN - 18

71 10 0
                                    

Sesampai di asrama, mereka semua terus mandi dan get ready untuk turun ke surau.

" Perhatian kepada semua pelajar aspuri, anda diminta untuk hadir ke surau bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah..." - pengumuman suara perempuan. Pengumuman itu dibuat oleh Biro Kerohanian. Ingat tak siapa?

Eryz, Elyn dan Elya segera turun ke surau selepas pengumuman pertama. Mereka duduk di bahagian belakang surau sementara menunggu orang lain datang.

" Oii Elya... "

Elya mengangkat kepala. " Hmm... Gapo? "

" Tu..." - Eryz dengan bibir yang dijuihkan ke arah bahagian depan surau. Sosok tubuh yang sangat dikenali.

Elya mengangkat bahu memberi jawapan bahawa dia sendiri pun tak tahu kenapa si Qilah tu moody semacam je.

Sedang khusyuk mereka bertiga berborak, mereka perasan ada tiga sosok lain yang masuk ke surau. Tasha, Emy dan Yani. Tiga-tiga manusia ni berjalan ke arah Qilah. Sempat mereka menegur Eryz, Elyn dan Elya.

Elyn melirik jam. 5 minit sudahpun berlalu. Namun masih ramai yang belum hadir ke surau.

" Assalamualaikum dan pengumuman kepada aspuri, mohon kerjasama anda untuk turun ke surau bagi menunaikan solat fardhu Zohor secara berjemaah. Sekian, harap maklum " - Qilah. Suaranya ditekankan sedikit di perkataan 'mohon' supaya pelajar lain segera turun.

" Bekeng gok eh... " - Elya

" Mung dok ingat ko aritu hok mung pitam terhantuk lalu terjatuh? Hahaha..." - Dengan gaya bergurau, Elyn mengembalikan kenangan Elya yang terjatuh di tepi katilnya sendiri beberapa minggu lalu.

*Flashback*

" Semua aspuri! Turun ke dataran sekarang! " - Tasha

Semua bergegas turun. Entah apa lagi yang salah kalini. Haritu kes ponteng solat Maghrib dengan alasan puasa.

" Semua beratur ikut nombor bilik masing-masing! " - Yani.

Semua aspuri ikut arahan tanpa membantah sikitpun. (Oh ya! Sebelum author lupa, Balqis dah tak duduk asrama ye. Balqis undur diri daripada duduk asrama sebab cikgu Mohamad hanya beri dua pilihan. Pilih sama ada Elya atau Balqis yang akan keluar dari asrama. Sejak bila pulak? Author tak cerita pun sebelum ni... Biasalah manusia... Hehe. By the way, pilihan ni dibuat oleh Balqis masa dia dipanggil oleh cikgu Mohamad. Lepas je Elya kena soal, terus cikgu Mohamad panggil si Balqis dan di situ la cikgu Mohamad beri pilihan supaya perkara sebegitu tak jadi lagi teruk.)

Okay sambung! Kebetulan nombor bilik Elya, Elyn dan Eryz tak jauh dari kedudukan nombor bilik Fatty.

" Sek mung wak rilek jah... Jange debar sangat. Bendo gini biaso jah. Sek mung hok tahu doh, jange bagi ore lain tahu... Okey? " - Fatty membisikkan kepada yang terlibat. Sebenarnya hal tersebut hanya biro sahaja yang perlu tahu. Tapi ketua runner pun tahu. Kenapa? Sebab Fatty, Amy, Faf dan Sar tersalah cakap. Tapi apa yang mereka cakap lepas 'terlepas cakap' tu, " Ahh sek yo takpo... Sek yo panda jago rahsio...".

Selepas mendengar kata-kata Fatty, yang terlibat hanya mengangguk tanda faham. Sebelum memberi ucapan, biro-biro yang bertanggungjawab mengambil kedatangan. Bimbang kalau kalau ada yang ponteng perjumpaan.

" Baiklah, harini aku doksey cakap banyok! Harini! Aku dok tahu la sek mung ni lagumano kat rumoh sek mung... Tapi tolong lah. Duk sini, jago la. Kito ni keii ore puwe. Kalu pakai pad tu... biar reti basuh! Biar reti ambik! Buwe dale bekas hok pihak asrama sedio tu! Bekas pad tu! Bukey nyo tinggal atas lantai! " - Tasha

Gelora Dunia Negatif Where stories live. Discover now