𝓦𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓸𝓷𝓵𝔂 𝓵𝓮𝓪𝓻𝓷 𝓽𝓸 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓫𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓲𝓷𝓰.
"TENGKU ADRIAN SHAH bangun!!! matahari dah terpacak dekat luar tu, ADRIAN !!!!!! mummy kira sampai tiga aje kalau kamu tak keluar mummy pecahkan pintu ni" . begitulah kehidupan Puan sri Maria apabila anak tunggalnya pulang. Adrian mengeliat kecil apabila terdengar jeritan di hadapan biliknya lalu berjalan malas ke arah pintu.
Pintu dibuka dan wajah Puan Sri Maria yang menahan marah itu menjadi pandangan pertamanya "Mummy kenapa jerit-jerit macam orang hilang anak ni , Ad nak tidurlah" . Pintu yang hendak ditutup itu pantas dihalang oleh Puan Sri Maria "Ad berapa kali mummy nak bagitahu kamu lepas subuh jangan tidur balik nanti macamnilah bangun tengahari, dah sekarang ni kamu pergi ma..."
Adrian yang tahu dirinya akan dibebel oleh mummy itu lantas memotong percakapan mummyna itu "ye mummy Ad mandi sekarang" . pintu ditutup dan dia berjalan malas ke arah bilik air . "bila agaknya kamu nak kahwin Ad" Puan Sri Maria menggeleng melihat anak keduanya itu lalu bergerak kedapur.
***
"Mia kau ni buat kerja ke tidak berangan je dari tadi nanti miss syena datang membebel pulak " Mia menoleh setelah mendengar namanya disebut oleh Intan. "eh Intan, sorrylah tiba-tiba aku teringat arwah ibu dengan abah aku kalau diorang ada mesti seronok tsk..tsk "Mia berkata sambil menangis kecil .
Intan menyapu air mata sahabatnya itu . "Mia sampai bila kau nak sedih macamni aku tau susah kau nak terima semua ni tapi ibu dengan abah kau dah takde mia , kau kena redha aku tahu kau kuat ". Semakin galak Mia menangis dalam dakapan sahabatnya Intan. "dah kita sambung kerja nanti aku belanja kau mcd waktu lunch tapi janji dengan aku jangan nangis lagi" jari kelingkingnya dituju kepada Mia . " ye aku janji" . Intan tersenyum lebar melihat sahabatnya kembali tersenyum.
Mereka berdua tersentak apabila terdengar tepukan seorang wanita " amboi dah habis kerja ke yang duduk dekat sini hah?! " ya wanita itu adalah miss Syena yang merupakan supervisor dihotel mewah itu . Mia yang mengagak apa yang akan terjadi itu pantas menarik Intan keluar dari balconi hotel itu. "eh Mia yang kau tarik aku ni kenapa aku baru nak perang mulut dengan langau tu ishh" . Mia memutarkan matanya keatas tanda tidak suka akan perangai Intan yang suka bertikam lidah dengan supervisor mereka, Miss Syena.
tbc.....
sorry if ayat berterabur sikit because this is my first story so mcm kekok sikit hehhe
if ada yang salah ke typo ke bagitahu ye 🥰HAPPY READING ❤
YOU ARE READING
LOVE DESTINY [slow update]
Romancesynopsis TENGKU ADRIAN SHAH seorang jejaka yang tampan , seorang yang heartless merupakan ceo T.A.S HOLDING syarikat yang dibangunkan dengan hasil titik peluhnya sendiri, dia juga mempunyai dua sahabat yang selalu berganding bahu bersama iaitu Sy...