Special Chapter 1

64.7K 3.5K 586
                                    

TANGAN Adrian dikucup oleh Inara dan Kayra secara bergilir-gilir selepas sahaja mereka siap menunaikan solat jemaah bersama-sama.

"Daddy.. I'm sorry," ujar Kayra.

Terangkat kening Adrian dan Inara apabila mendengar ayat Kayra. Apa yang tiber sangat budak ni?

Raya pun belum lagi.

"Kenapa? Princess buat apa?" tanya Adrian sambil mengusap pipi Kayra yang masih tersarung telekung kecil tersebut.

Adalah tu yang dia buat salah. Kalau tak, Kayra takkan minta maaf secara tiba-tiba.

"Erm.."

"Actually.." Berkira-kira dia mahu beritahu si daddy ataupun tidak.

Haih!

Kayra gigit jarinya namun dengan pentas Adrian menarik jarinya kembali.

"Jangan gigit." Perlahan tetapi cukup menggerunkan amaran tersebut. Kayra menganggukkan kepala.

"Actually, Kayra kutuk kawan Kayra dekat school," jelas Kayra sambil memandang kedua ibu bapanya.

"Eee Kayra kutuk apa? Tak baik lah!" Inara berpeluk tubuh kemudian wajah Kayra yang menayangkan riak tidak bersalah itu ditenung geram. Suka hati sahaja nak kutuk anak orang.

"Mommy.. Dia cakap pipi Kayra gemuk, Kayra kutuk lah dia rongak balik," jawab Kayra pantas cuba untuk membela diri.

Nak buat macam mana? Memang budak tu rongak pun kan?

"Tak baik lah, sayang.. Daddy tak ajar Kayra macam tu," pesan Adrian lembut.

"Erm tapi Pak Su cakap.." Tergantung ayat Kayra apabila terdengar keluhan dari mulut daddy nya.

Adrian sudah menayang riak redha.

Kayra tersengih apabila melihat wajah cemberut daddy nya.

"Hehe Pak Su dengan Uncle Paus cakap.. Kalau orang buat kita, kita kena balas balik."

Adrian melepaskan keluhan lagi. Memang itu trademark Firdaus dari dulu lagi.

"Okay ini mommy pula nak cakap.." Pipi Kayra dicubit oleh Inara geram.

"Kalau orang buat kita, kita shopping habiskan duit daddy. Jangan balas balik apa orang buat. Lebih baik kita pergi shopping, kan sayang kan?" Bahu Adrian disenggol lembut oleh Inara.

Haa tu Adrian tahu sangatlah maksudnya apa.

"Okay love. Cakap je nak apa?" Adrian pasrah. Duit dia, duit Inara juga..

"Kayra, Daddy tanya kita nak beli apa lah.." Inara buat-buat terkejut.

"Kayra nak beli barbie house! A big barbie house."

"Erm mommy nak handbag baru lah." Inara mengetuk dagunya sambil berfikir.

"Tapi mommy nak tudung juga.. Erm kasut pun nak."

"Lagi?" tanya Adrian sambil tangannya bergerak di atas sebuah buku nota.

Kononnya tengah catit semua perkara yang ingin dibeli oleh Inara. Ya, dia kan ATM bergerak.

"Eee abang sengaja lah tu nak perli kita." Inara memuncungkan bibirnya.

"Betul lah. Nak apa lagi? Nak tulis ni.." Adrian memandang Inara dan anaknya dihadapan.

"Erm nak beli barang baby.."

Adrian menganggukkan kepala kemudian tangannya mula bergerak di atas buku nota tersebut.

His Eternal Love Where stories live. Discover now