Melissa memandang wajahnya yang terpampang pada cermin kaca besar yang tergantung pada dinding. Gaun berwarna hitam yang selamat disarungkan pada tubuh dipandang dengan rasa yang penuh di dada.
Nafas yang selalunya dihembus biasa kini kedengaran berat bagai menanggung cucukan jarum yang tajam menembusi hati. Mata yang sudah berkaca-kaca dipejamkan rapat agar empangan yang dibina tidak pecah. Rasa sakit mencucuk dihati mula bertandang.
Siapa sangka hari ini merupakan hari terakhir dia dan Adryan berjumpa? Hari yang dia langsung tidak pernah bayangkan akan berlaku dalam hidupnya. Seperti yang dikatakan Adryan , ya mereka tidak akan pernah tahu tentang masa depan yang akan terjadi.
Mungkin inilah masa depan mereka , terpisah.
Walaupun dia sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku tetapi dia masih terkejut. Terkejut dengan berita yang mereka akan segera berangkat ke satu tempat selepas tamatnya majlis makan malam ini. Bukan sehari dan bukan untuk bercuti tetapi untuk berada di sana selama-lamanya. Mereka akan berpindah ke 'tempat' yang entah dimana itu dan menjalani kehidupan baharu.
Tujuan utama , sudah semestinya untuk menjauhkan dia dan Adryan.
Bayangan memori yang muncul di benak fikirannya membuatkan air yang ditahan oleh empangan mata hampir melimpah keluar. Setiap perkataan dan detik yang diimbaskan bagaikan sebuah pita rakaman yang dirakam hanya untuk mereka berdua. Memori yang sangat berharga buat dia dan Adryan. Memori yang tidak akan pernah berulang.
Detik yang tidak akan pernah dirasai lagi selepas ini kerana dia tahu jejaka itu sahaja yang berjaya memiliki hatinya. Hati yang penuh dengan luka. Luka yang diteroh dan ditinggalkan oleh orang yang melahirkan dan membesarkannya.
Bagi dia , Adryan adalah seorang penyelamat. Di saat hatinya bagai dicincang dan hilang arah , lelaki itu datang dan merawatnya. Biarpun pada mulanya kedatangan dia bagaikan membawa 1001 satu kekurangan tetapi siapa sangka dia sebenarnya orang yang akan menjadi pembawa hatinya?
Kerana sebuah keikhlasan dalam persahabatan , mereka bertemu. Bertemu lalu menyulam memori yang mahalnya tidak terhingga. Mencipta kisah diantara mereka yang tidak mampu ditafsirkan oleh orang lain mahupun sesiapa. tetapi hanya kerana satu permusuhan , ikatan persahabatan yang tercipta selama beberapa tahun bakal musnah begitu sahaja. Serpihan memori yang dicipta pula bakal menjadi pengubat rindu sesama mereka.
Pintu bilik yang diterjah membuatkan Melissa membuka matanya dengan kalut. Kilauan kaca yang menuruni wajah disapu menggunakan belakang tangan. Rambutnya dibetulkan sedikit supaya kelihatan kemas.
Wajah wanita yang separuh umur terpantul pada cermin. Melissa langsung tidak terasa mahu memandang ke arah wajah itu. Dia bencikan keluarganya. Terutama sekali kedua orang tuanya.
"Mel..."
Melissa terus mengalihkan pandangannya ke belakang dengan kaki berjalan ke arah katil untuk mengambil kasut heels hitamnya. Tanpa mengucapkan sepatah perkataan , dia terus keluar daripada bilik dengan meninggal wanita separuh abad itu keseorangan.
Lantakla kena panggil anak derhaka ke kurang ajar ke , I don't care. Aku dah ikut semua cakap diorang. Apa lagi yang diorang nak?
...
Wajah semua penuntut dan tenaga pengajar di Skylight Highschool terus terpana apabila sebuah kereta lamborghini Aventador berwarna hitam memasuki perkarangan sekolah diikuti dengan beberapa buah kereta sport lain dibelakangnya.
Kereta sport yang dinaiki Melissa diparking pada tempat letak kereta. Seorang gadis mula keluar dengan tubuh yang berbalut dress hitam labuh beserta heels hitam yang tersarung pada kaki. Bunyi heels jelas mengiringi langkahnya masuk ke dewan.
Kereta sport milik abangnya , Danish dan Aqil turut diparking bersebelahan. Kedua-dua jejaka itu turut keluar daripada kereta dan mengikuti langkah laju Melissa yang mahu memasuki dewan.
Hampir kesemua pelajar berkumpul untuk menyaksikan gerangan yang hadir. Melissa hanya berjalan dengan wajah yang tidak memancarkan sebarang perasaan seperti selalu. Danish yang berlari ke arahnya menjadi tumpuan.
Bunyi jeritan dan bisikan teruja pelajar kedengaran di telinga Melissa. Gedik.
"Mel" tegur satu suara daripada belakang Melissa.
"Don't mind my business" tutur Melissa mendatar lalu berjalan menjauhi Danish. Danish hanya mampu menarik nafasnya dalam. Tubuh Melissa yang semakin jauh dipandang sebelum dia turut masuk.
Masuk sahaja ke dalam dewan , kelibat pertama yang dicari sudah semestinya Adryan. Mata Melissa meliar ke seluruh dewan. Satu demi satu wajah ditiliknya.
Susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri di belakang dewan dengan memakai tuxedo berwarna hitam serta bertie telah menjadi tumpuannya. Mata ular Melissa dikecilkan sedikit untuk menganalisis wajah si jejaka.
Dalam kesibukan menganalisis , secara tiba tiba mata mereka bertembung. Melissa terus membulatkan matanya. Kaki yang tersarung heels mula melangkah laju mendekati si jejaka.
"Adryan!" Melissa terus memeluk Adryan.
"Hey , kenapa ni hm?" Soal Adryan apabila terlihatkan tingkah laku Melissa. Melissa terus melepaskan pelukan. Matanya yang sarat dengan kesedihan itu sedaya upaya disembunyikan.
Segaris senyuman spontan terukir pada wajah apabila pandangan mereka bersatu.
"Parents kau datang ke , Adryan?" Soal Melissa. Adryan menganggukkan kepalanya.
"Hm , diorang datang and they really miss you , Mel"
"I wish I could hug them" balas Melissa pula. Kepalanya sedikit ditundukkan agar rintikan hujan yang hampir gugur tidak jatuh. Please , Mel. Please be strong , this is not you. Lama juga mereka berdua mendiamkan diri.
"Mel" Melissa terus mengangkat kepalanya sambil menguap yang jelas-jelas dibuat.
Adryan tersenyum segaris. Jarinya naik mengusap pipi Melissa yang dipenuhi air kesan 'menguap' dia tadi. Melissa membalas senyuman Adryan.
"Janganla nangis tau?" Melissa menganggukkan kepala lalu matanya dilap.
"Aku takkan biarkan diorang apa-apa kan kau or family kau. If they want to kill me, I don't care. As long as you guys safe , I'm okay"
"If they kill you , they kill me too"
Kata-kata Adryan membuatkan Melissa menggelengkan kepala dengan senyuman yang masih melekat di wajah.
"Mel , you don't have to do this. Kau tak perlu gadaikan diri kau sendiri"
"No , Adryan. Aku takkan biar korang jadi mangsa. You guys don't deserve this"
"Then you too. You don't deserve it. Kau layak hidup bahagia Mel"
"Kalau takdir aku hidup macam ni , i don't care Adryan. Tak lama pun nak tunggu diorang mampos" Melissa hampir tegelak dengan ayatnya sendiri.
Takkanla aku nak doa dekat langit suruh turunkan ribut dengan petir astu sambar diorang? Nice idea. Petir menyambar setan-setan yang menyamar jadi manusia. Mengarut je kepala otak ni sampai tak tau nak gelak ke nak nangis.
"Let's prepare for our perfomance , sayang"
Melissa terus mengikut langkah Adryan. Biar Mel bahagia kejap je , daddy. Kejap je.
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
Novela Juvenil1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...