20 ♡ M E L I S S A

518 52 8
                                    

ADRYAN'S POV ( WHAT GOES IN ADRYAN'S MIND tet* tet* tet*)

   Adryan tersedar daripada lenanya apabila terdengarkan bunyi guruh dan kilat yang berdentum kuat. Badannya sedikit menggeliat. Wajahnya digosok beberapa kali menggunakan telapak tangan.  Memori tentang kejadian semalam mula terimbas seperti sebuah klip.

  Pantas tangan Adryan naik menutup mulutnya. Ya Allah , Adryan apa benda yang kau buat semalam? Nak kiss? Seriusla? Terasa mahu sahaja dia tampar pipinya sendiri. Gedik gilak!

  Kalau nak tau , dia memang salah seorang spesies manusia yang sejak kecil kalau demam atau sakit terus perangainya jadi lain. Dengan sekelip mata dia akan jadi manja , clingy , gedik , IQ budak 5 tahun terus meresap. Energy pun macam kucing baru lahir. Terngeow-ngeow.

  Paling tak best bila ,aku sedar apa yang aku buat tapi macam ada remote control tolong controlkan aku. Ha macam tula. Dahla mengada-ngada , lepastu ingat sebijik-sebijik pulak tu. Muka member tu pun aish. Comel je bila ingat balik muka bengang dia tu. HAHAHAHAH.

  Melissa pulak time jaga aku macam jaga anak sendiri. Siap dodoi dengan cerita membunuh dia tu. Mesti nanti dia jaga anak aku macam tu kan? Dodoikan anak-anak kitaorang. Mengadu pasal anak-anak kitaorang. Bayangkan anak aku nanti bin lepastu binti Adryan Elric. Fuhh , lepastu nama mak dia Melissa Cassandra. Memang cun! 

  Tanpa sedar Adryan sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali dengan senyuman yang melekap pada wajahnya. Belum apa-apa dah cakap pasal anak HAHAHAHAH. Memang merancang masa depan betulla kau ni Adryan. Baru form 3 berangan benda lagi 10 tahun nak jadi. Gedik.

 Baba aku macam ni jugak ke dulu? Berangan nak anak-anak buatkan kenduri tahlil time dia meninggal tapi tengoklah sekarang. Dia pulak yang buat tahlil kat diorang HAHAHAHAHA.

    Yes , kalau tak disebabkan bonda dia keguguran mesti dia akan ada 3 orang adik dan 2 orang abang. Banyakkan? Rancang punya rancang at last aku sorang je hidup. Dahla sorang je hidup , paling sedih bila parents aku ingat time dalam perut dulu aku ni perempuan. Patutla dulu aku selalu dengar diorang panggil aku Adriana time dalam perut , rupanya tersalah jantina.

  Bonda aku pernah cerita yang baba aku penah cakap "Adriana nanti kalau dah keluar jadi anak yang solehah tau? Anak baba mesti comel kan? Baba nak kahwinkan anak baba dengan orang hensem je" tengokla betapa happynya dia sampai tak sedar kena scam. Nasib diorang tak suruh aku jadi macam timmy turner. Pakai baju pink dari rambut sampai kaki. Kalau kena macamtu memang aku tak keluar rumahla.

Lepastu nanti keluar news 'ANAK PEREMPUAN DATO' HAFIZ MENJADI IDAMAN PARA JEJAKA KERANA TIDAK PERNAH KELUAR DARIPADA RUMAH'

  Adryan menahan tawa melayan angan-angan sendiri. Bantal disebelah diambil dan ditekapkan pada wajah agar tawanya tidak terlepas. Apa yang kau mengarut sesorang ni , Adryan? Merapu je keje.

  Kepalanya terus diangkat. Mata Adryan mula meliar ke sekeliling bilik. Cantiknya bilik dia ,  bilik aku kat rumah tu pun dah serupa pusat asuhan tikus. Bonda aku pun , senagaja tak nak upah maid. Takut sangat anak teruna dia ni jadi pemalas. 

  Kelibat seseorang yang sedang bersandar pada dinding dengan mata yang terpejam menyapa pandangannya. Kepala si gadis tersandar elok sahaja dengan kaki yang dilunjurkan , gaya orang baru balik kerja. Matanya dikecilkan sedikit. Macam ku kenal susuk itu.

"Melissa?" Panggil Adryan sedikit kuat.

  Tidak sampai beberapa saat , mata kehijauan yang terpejam tadi mula terbuka sedikit demi sedikit. Adryan terus mengubah posisinya daripada baring kepada duduk.

 Wajah Melissa yang tersenyum segaris kepada dia membuatkan rasa serba salah menyelubungi hati Adryan. 

"kenapa cute boy bangun awal sangat ni?" dengan suara yang lembut , Melissa menyoal Adryan. Kelihatan jelas , Melissa sedang memandang ke jam yang tergantung pada dinding. 

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now