∆**********∆
"Bila....pihak bomba dah sampai...api kebakaran dalam makmal tu dah terpadam...Tapi mak korang dan juga BoBoiBoy tak dapat diselamatkan akibat keracunan gas karbon dioksida."
Mechabot menceritakan segalanya yang berlaku pada malam kejadian tersebut. Amato masih tunduk memandang lantai dan kembar BoBoiBoy masih lagi ternganga tak percaya.
"Jadinya...mak... kena bunuh dengan orang yang curi Crystal?"tanya Halilintar perlahan. Mata dia dah berair tunggu masa saja nak tumpah.
"Kalau diikutkan,memang ia kes bunuh. Tapi berdasarkan penyiasatan,mak dan abang korang meninggal akibat asap tebal kebakaran tu.."sambung Mechabot lagi.
"Tapi...kenapa tak ada apa² fail pasal tu dalam database saya?" tanya Gempa perlahan.
"Mungkin si tak guna tu jumpa cara untuk altered memori kau. Kau ada corrupted_data,betul tak?"tanya Mechabot. Gempa hanya mengangguk sebagai response.
"Jadi tak mustahil dia padam memori kau. Sama ada itu ataupun kau rosak akibat letupan tu."kata Mechabot perlahan membuatkan Gempa tunduk memandang lantai.
"Ayah....ada dekat mana masa tu..?"tanya Halilintar. Amato mengangkat kepalanya.
"Ayah ada dekat rumah dengan kamu semua. Malam tu BoBoiBoy menangis tak nak lepas dari mak kamu,jadi dia terpaksa bawa BoBoiBoy sekali untuk ambil fail dari dalam makmal."kata Amato.
Kembar BoBoiBoy senyap dan cuba comfort satu sama lain. Selama ni mereka tak tahu apa punca sebenar kematian mak mereka.
Dan seorang abang...
"Gempa,kalau kamu tak kisah,boleh saya akses database kamu?"tanya Amato membuatkan Gempa tersentak. Dia perlahan-lahan mengangguk.
Amato mengambil satu kabel wayar dan sambungkannya pada port pergelangan tangan Gempa dan disambungkan pada tabletnya.
Dia boleh nampak banyak fail didalam tablet tersebut. Amato membuka satu fail berwarna merah.
"Ah,itu.."
"Corrupted file kamu. Ya,saya tahu Gempa."kata Amato perlahan. Dia mula betulkan semua sistem yang rosak menghalang akses kepada fail Gempa.
"Tch- Apa virus yang dia letak dalam sistem kau? Rosak sangat."rungut Amato. Dia masih lagi cuba menggodam fail yang rosak itu. Gempa dapat nampak semua line kod muncul pada lensa dia.Kembar BoBoiBoy hanya melihat. Tak lama kemudian, Ice mendekati ayahnya.
"Ayah,boleh Ice tolong?"tanya Ice. Amato memberikan tablet itu pada Ice. Ice duduk dekat sebelah Gempa dan mula menggodam virus itu sendiri.
"Mechabot,kau tak ada rekod ke apa yang jadi dulu?Untuk jadi bahan bukti?"tanya Taufan.Dia masih lagi menggosok belakang Thorn perlahan manakala si hijau comel kesayangan ramai itu masih lagi mengesat airmatanya.
"Tak ada malangnya. Aku masih belum dilengkapi dengan rakaman kamera. Dan hakim tak akan guna hanya rakaman suara robot tak siap macam aku."kata Mechabot sedih. Yang lain mengeluh.
"Hm...Aku bukan nak buruk sangka..Tapi aku yakin Jason yang buat semua ni."usul Solar membuatkan semua orang memandangnya.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanficMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...