"Kau buat apa hah dekat sini!?" hyeni memberi tatapan tajam kepada jihoon.
"Aku mintak maaf sebab salahkan kau masa aku terlanggar kau tuh,aku tak sangka pulak yang kau ni kawan kepada adik aku,rara" jihoon melihat hyeni dengan muka bekunya itu.
"Heh,sepatutnya kau mintak maaf dekat aku masa hari kau buat aku malu tu lah,bukannya sekarang" hyeni menjerling jihoon.
"Ehh,tak cukup lagi ke..aku dah mintak maaf baik-baik dengan kau kan" jihoon mula hilang sabar.
"Eh,kau yang salah....nak marahkan aku pulak??" hyeni tersenyum sinis.
"Apa-apa je lah,malas aku layan kau nih...perangai mengalahkan lelaki,patut tak ada orang yang sukakan kau" jihoon terus pergi dari situ meninggalkan hyeni berseorangan.
"Ehh,aku boleh lah buat kau jatuh cinta dengan aku,just wait for me... aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku and aku akan tinggalkan kau,biar kau menangis sorang-sorang dalam bilik kau tuh" hyeni masih lagi tidak puas hati.
Jihoon yang mendengarnya terus terkeluar satu perkataan daripada mulutnya itu iaitu "comel".
"Geramnya aku dengan park jihoon si lelaki tak guna sejak dini tuhhh,ehh dia ingat dia siapa nak cakap perangai aku ni mengalahkan lelaki,siap kau jihoon" hyeni tersenyum sinis apabila memikirkan tentang idea untuk membuat jihoon jatuh hati kepadanya.
Pada malam itu,hyeni dan hyunsuk tidak balik ke rumah dan hanya tidur di apartmen treasure itu.
Kesemua ahli treasure tidur di ruang tamu kerana hyeni menggunakan bilik itu disebabkan hanya dia sahaja perempuan dan ahli kumpulan treasure sudah menganggap hyeni sebagai adik mereka.
Hyeni bangun pada pukul tiga pagi untuk minum air di dapur.Dia terus bangun lalu terus berjalan ke bahagian dapur dengan mamai akibat rasa mengantuk.
Hyeni perlu lalui ruang tamu dahulu sebelum sampai ke dapur.
Dia berjalan dengan berhati-hati kerana takut ahli-ahli treasure tersedar daripada tidur mereka.
Tetapi secara tidak sengaja,dia memijak tangan jihoon yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi itu dan membuatkan jihoon menjerit tetapi dalam keadaan mulut tertutup.
"Kau ni dah kenapa!!!" jihoon membisik dalam nada yang marah.
"Owhhh mianhae jihoon-ahh,mianhaeee" hyeni mencantumkan tangannya itu.
"Banyak lah kau mintak maaf,sakit tangan aku ni tak mampu nak balas dengan kata-kata maaf dari kau tu lah nini tak guna" dia masih membisik dan dalam keadaan yang marah sama seperti tadi.
"Aku dah mintak maaf kan dekat kau,aku dah mintak maaf but kau panggil aku tak guna macam tu je ?? ya !! aku mengaku yang aku pun pernah panggil kau dengan panggilan macam tu but masa tu kau tak mintak maaf kan...aku tak sengaja pijak tangan kau lahh,kau ingat aku nak sangat ke" jerit hyeni dengan air mata yang mengalir membasahi pipi.Ya,dia terasa hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh jihoon tadi.
Semua ahli treasure bangun daripada tidur apabila mendengar hyeni menjerit tadi.
"Apa bising-bising ni nini,oppa nak tidur lah" asahi membetulkan rambutnya.
Hyeni melihat asahi dengan tatapan yang tajam bersama air mata lalu pendangannya berubah ke arah jihoon yang berasa bersalah itu.
Hyeni terus berlari masuk ke dalam biliknya dan membuatkan ahli treasure cukup sebab untuk mendapatkan perasaan yang pelik.
Jihoon meraup rambutnya kasar lalu hyunsuk bertanya "kau buat apa dekat adik aku sampai dia boleh menangis macam tu,dia tu dah la susah menangis sebab kalau dia menangis je dia demam, kau nak jaga dia ke??aishh".
Jihoon duduk di sofa dimana sebelahnya ada doyoung yang masih mamai.
"Kau buat apa dekat nini,jihoon" haruto kelihatan sedikit marah.
"Tak,aku tidur tadi lepastu dia pijak tangan aku nihh,lepas tu dia mintak maaf lah kan..but aku tak sengaja panggil dia nini tak guna, lepas tu dia terus menangis..aku pun tak tahu lah kenapa aku marah dia sampai macam tu sekali walaupun dia dah mintak maaf" kata jihoon kesal.
"Aduh laa,kau ni kan jihoon...esok kalau dia tak bukak pintu bilik tuh, aku nak kau pujuk dia sampailah dia keluar ehh,aku tak nak bertanggungjawab....kau yang buat dekat dia kan...walaupun dia bukan hati tisu...yeoja ni akan menangis jugak kalau seorang namja sanggup panggil dia 'tak guna' and marah sampai bising satu rumah" kata yoshi menepuk belakang badan jihoon lalu sambung tidur.
"Tidur lah guys,esok kita kena pujuk si hyeni tuhh,kalau jihoon yang pujuk memang sampai tahun depan tak bukak lah...dah tidur semua" kali ini giliran jaehyuk pula yang berbaring lalu terus masuk ke alam mimpi berjumpa dengan international teume eheksss.
Yang lain juga mengikut kata-kata jaehyuk tadi kecuali jihoon.
Jihoon berjalan mendekati bilik dimana hyeni berada.Dia ingin mengetuk pintu bilik tersebut tetapi jihoon rasa yang hyeni perlukan masa.
Jihoon mengeluh perlahan lalu berjalan ke arah ruang tamu dan tidur seperti beberapa minit yang lepas.
To be continue~
Dia punya bosan bukan main-main part nih😩