4 | TUKAR

11 2 0
                                    

Aqlan

Sedang asyik aku mendengar malaun-malaun ni sembang pasal scandal Julia dengan Naim , aku melemparkan pandangan aku ke luar tingkap. Tak sangka aku boleh kembali ke sini. Menghadap semua masalah mcam budak sebaya aku. Nikmat apa yang kau dustakan .

Sebenarnya aku baru je pindah Smk Cahaya Terih . Awal bulan Mei macam tu. Dah la , korang dah tahu sebab apa , kan? Aku dah pulih . Alhamdulillah dengan kuasa Tuhan .

Masa mula masuk sekolah susah jugak . Ada je yang cari pasal , ajak gaduh , bertumbuk , memang meminta la diorang tu . Last ii kat hospital, nasib bukan kubur .

Mintak simpang la , kena kurung 4 tahun dalam neraka . Tak ada siapa faham , kecuali yang dipilih untuk merasa . Dan buat aku cukup takat tu ja.

Kenapa aku masuk hospital sakit jiwa tu? Nak tahu? Sebab aku sakit , bukan gila pun . Aku pun tak ingat sebab apa . Doktor cakap aku sakit tapi ntah aku rasa sihat je . Cuma dalam 4 tahun tu banyak kali aku rasa benda pelik jadi kat aku .

Macam harini hari ni Isnin bila aku tidur , esok tu dah hari Jumaat . Mungkin tu sakit aku , tidur terlalu lama . Kadang - kadang aku mimpi bayangan orang merayu kat aku supaya jangan bunuh diorang . Tapi semua tu mimpi je kot . Bila masa aku bunuh orang ? Tengok darah pun aku pening . Final destination? Belum start aku dah cabut.

Aku takpaham sebenarnya, 4 tahun tu rasa macam 4 hari . Aku mintak kat doktor untuk bagi aku peluang terakhir, aku nak sangat tengok kawan - kawan aku kat sekolah . Nak sangat rasa sekolah menengah . Maklumlah umur 15 tahun kena campak dalam hospital . Dan aku bersyukur , doktor izinkan aku jalani pemantauan luar hospital .

Dia kata aku makin pulih . Dah tak teruk sangat sakit aku . Janji aku makan ubat ikut waktu dan sentiasa berwaspada . Kawan aku mungkin akan ingatkan aku pada benda yang aku cuba lupakan dulu. Yang paling penting , aku kawal diri aku .

"Btw Aqlan , kau ada dengar tak pasal Naiyah?"

"Naiyah?" getus hati aku .

Imbasan empat tahun lepas menusuk ke fikiranku. Jantung aku mula berdegup laju . Apa perasaan yang aku rasa ni . Aku rasa sedih , sebak dan marah . Aku rasa sesak , lepaskan aku dari rasa ni .

Telinga aku terus berdesing . Kepala aku jadi sakit tapi aku sedaya upaya tahan . Aku menunduk kebawah menyorokkan muka aku . Aku tak dapat tahan dah ni . Rasa ni . Sakit ni . Aku dah lama tak rasa . Tak..tak mungkin dia datang balik . Aku cuba kawal perasaan aku .

Dada aku sakit .

Dan aku dah tak sedar apa berlaku .

.

.

.

4 tahun yang lalu . . .

Ayie

AHHHHHHHH! Dah lama aku tak rasa bernyawa . Aku masih ingat kali terakhir aku terjaga dari lena. Yang ada didepan aku , orang-orang berpakaian serba putih . Mereka memakai sarung tangan getah dan pelitup muka . Aku semak la ramai orang macam ni . Mereka mendekati aku . Aku menepis tangan yang memegang lengan aku .

"Rimaslah !"

Lantas ruangan itu senyap . Aku melihat sekeliling . Bau yang menyengat hidung aku membuatkan aku pening . Bau hospital, erghh memang aku tak suka . Aku menggerakkan tangan aku untuk bangun dari katil . Baru aku sedar , tangan aku bergari .

Pusing  | ONGOING |Where stories live. Discover now