Bab 1 - "Crush"

22 1 0
                                    

Naufal's POV

Nama aku Taufiq Naufal. Just call me Naufal. Umur aku 18 tahun. Muda kan? Tapi berwajah matured. Tinggi jangan cakap. Macam galah. Sekarang ni aku tengah menunggu kemasukan ke universiti.

So, this story is about my crush and me. His name is Zakwan Afiq. Tengok nama pun dah tahu dia hensem kan? Kalau tak hensem xde la dia jadi crush aku. Actually, kami dah kenal sejak tadika lagi. Boleh dikatakan kami ni bestfriend since childhood la. 

Tapi walaupun dia bestfriend aku, dia tak tahu yang aku ada pendam perasaan kat dia. Aku bukan apa, perasaan macam ni susah nak luah. Aku takut hilang dia, satu-satunya orang yang aku sayang.

Kami memang rapat. Hubungan aku dengan dia lebih rapat daripada hubungan aku dengan ahli keluarga aku sendiri. Maybe sebab aku anak tunggal. Dia pun sama.

Gladly, dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5, kami classmate. Uni pun dapat course yang sama.  Jodoh maybe.

Kami punya level rapat tu bukan setakat pernah tidur sekali, mandi sekali pun pernah. Tapi time kecik dulu la. Sekarang? Segan woi. Tengok dia senyum pun boleh buat aku cair. Apatah lagi nak mandi sama-sama.

Terlalu banyak momen manis antara aku dan dia. Suap-menyuap la. Lap bibir comot la. Argh I kenot.

Alamak melebih-lebih lak aku ni. Okay now, story time!

Afiq's POV

Aku masih berada di atas katil. Naufal ada di sebelahku. Masih lena dibuai mimpi.

Kami sekarang berada di Pulau Tioman. Tengah bercuti. Only both of us. Macam honeymoon pun ada. Eh?

Aku menatap muka Naufal. Mulus sekali. Haih Naufal. Kenapa kau comel sangat? Geram aku tengok tau tak? Rasa naik cium.

Perlahan-lahan, aku mengusap pipinya. Lembut gila. 

Kau tau tak yang aku sayang kau Naufal? I mean it. Aku tak boleh bayangkan kalau aku hilang kau.

Aku mendekatkan bibirku ke dahinya. Aku cium dahinya perlahan.

Kemudian, aku turun dari katil dan menuju ke dapur. Disebabkan semalam Naufal yang sediakan breakfast, hari ni giliran aku pulak. Tapi aku ni xde la pandai masak sangat. 

Jap. Seingat aku, Naufal suka makan roti bakar dengan telur goyang. Roti ada. Telur ada. Nice. Now aku perlukan toaster.

Aku mencari kabinet. Tapi bapak tinggi siot kabinet dia. Kalau Naufal dah bangun boleh dia ambilkan. 

Aku mengambil kerusi yang terletak di meja makan dan meletakkannya berhadapan kabinet itu. Perlahan-lahan, aku memanjat kerusi tersebut.

Aku membuka kabinet tersebut dan mengambil toaster.

Tiba-tiba....

Suppppp. Naufal sempat menangkap badanku yang hampir jatuh dan toaster tadi. Mukanya kelihatan agak risau.

"Kau okay tak Afiq?" - Naufal

"I'm fine, thanks." - Aku

"Kau nak buat apa dengan toaster ni? Lain kali kejut je la aku. Aku boleh ambilkan. Nasib baik aku sempat datang. Kalau tak, dah benjol dah kepala kau tu." - Naufal

"Aku ingat nak masak roti bakar and telur goyang, your fav. Aku tak nak kacau kau. Nyenyak semacam je aku tengok." - Aku

"Lain kali kejut je aku. Bukan tak biasa. Dah tau kau tu pendek, gunakan la aku yang tinggi ni. Btw, nak aku tolong kau tak?" - Naufal

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA INI MEMBUNUHKUWhere stories live. Discover now