𝓦𝓮 𝓬𝓪𝓷 𝓸𝓷𝓵𝔂 𝓵𝓮𝓪𝓻𝓷 𝓽𝓸 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓫𝔂 𝓵𝓸𝓿𝓲𝓷𝓰.
Hari berganti hari Mia sudahpun biasa dengan kehidupan barunya itu. Mereka tidak menyewa rumah kerana kos di Kuala Lumpur itu sangat tinggi , bayangkan rumah sewa sebulan aje RM500 belum tambah duit belanja dapur dan pengangkutan mereka. Mia berhenti berangan kerana terkejut dek suara lantang Intan yang menjerit namanya .
"Kau ni kenapa Intan? terkejut aku tau tak , kalau aku dah ada penyakit jantung dah lama aku mati !" Mia membuat rolling eyes apabila mendengar Intan ketawa persis orang gila .
"alah aku tengok kau termenung sebabtu la aku jerit " Intan berkata sambil ketawa. Malas mahu melayan perangai Intan yang gila itu Mia berdiri dan berjalannmasuk ke bilik sewa mereka. Bilik itu agak sempit untuk mereka berdua tapi dia bersyukur kerana ada juga tempat berteduh.
Intan berlari anak mengejar langkah Mia yang sedang menuju ke bilik mereka " eh Mia tunggu la kau ni takkan sebabtu je nak merajuk dengan aku , besok cuti apa kata kita pergi jalan-jalan?" Mia yang mendengar itu mengeluh seketika "haih aku malas la beb, lagipun esok aku ingat nak rehat".
muka Intan yang cemberut itu dilihat sekilas dan Mia mengeluh buat kali kedua "haih yerlah kita pergi okey cik Intan paku payung" . Intan apalagi melompat macam beruk lah ! "yeay sayang kau Miaaaaa !" . Mia menggeleng perlahan melihat perangai intan yang macam budak umur dua tahun dapat lolipop.***
Adrian memandang kesemua anak buahnya yang sedang menunduk ketakutan itu dengan pandangan tajam . Dia memang pantang jika anak buahnya buat kerja sambil lewa .
"Explain ! " Adrian berkata perlahan tapi dengan nada yang marah.
BAMMM!!!!!
meja ditepuk kuat oleh Adrian , " korang semua pekak ke ?!!!!! aku hantar korang pergi kelas menembak untuk apa? jadi patung dekat rumah aku hah ?!!!" pistol dikeluarkan dari poket seluar dan picu ditarik , Aaron ketua anak buah mereka sudah ketakutan kerana hujung pistol Adrian berada tepat didahinya , tunggu masa saja untuk dia ditembak. Belum sempat Adrian melepaskan picu dua sahabatnya itu pantas menghalang
"woo bro ni bukan cara nak selesaikan masalah , please rilex" Harith berkata selamba manakala Syafiq merampas pistol ditangan Adrian.
Adrian menjeling sekilas mereka semua lalu berjalan keluar dan ....
BUMMM!!!
pintu dihempas kuat olehnya , terhinjut bahu mereka disitu , begitulah yang akan terjadi bila ketua LATIN EAGLE mengamuk..
Harith dan Syafiq menepuk perlahan bahu Aaron "lain kali jangan lalai, kalau kitorang tak datang tadi maybe korang semua ni dah jadi mayat " . Aaron dan yang lain menunduk " Maaf" itu sahaja ayat yang mampu dikeluarkan olehnya .
Syafiq dan Harith keluar dari markas dan menuju ke kereta masing-masing . Aaron yang melihat mereka semua sudah pulang mengeluh besar " fuh kalau tak sia-sia aku mati free , ni semua korang punya pasal bukannya nak jaga rumah Tuan Ad " Aaron berlalu keluar dari markas .
TBC......
don't forget to vote and comment. ❤
YOU ARE READING
LOVE DESTINY [slow update]
Любовные романыsynopsis TENGKU ADRIAN SHAH seorang jejaka yang tampan , seorang yang heartless merupakan ceo T.A.S HOLDING syarikat yang dibangunkan dengan hasil titik peluhnya sendiri, dia juga mempunyai dua sahabat yang selalu berganding bahu bersama iaitu Sy...