thirty one 🦩

666 51 11
                                    

" ni semua salah Dyra laa ajak kita main tiktok semalam. " kata Isya setelah sampai di sekolah.

" aik ? salah aku pulak ? korang semua yang over semalam dance tau ! aku ajak dance ' what is love ' je yang lain lain tu tak " balas Dyra membela diri.

" ish dah la tuuu semua salah sebab tido lewat " kata Feyra. Malas nak dengar mereka memekak pagi pagi.

Lalu mereka berlima terus berjalan menuju ke kelas bersama sama. Dalam beberapa minit kemudian guru masa pertama pun masuk dan pelajaran pun berlangsung seperti biasa.

.....

" wehh, wehh, wehh korang !!!!! " pekik Dyra dari jauh sambil berlari menuju ke arah Vibegirl's.

" kau kenapa hah berlari lari terpekik terlolong tak tau malu ke semua orang tengah tengok " kata Lya sesampai saja Dyra ke meja tempat mereka makan. Sekrang ni tengah waktu rehat.

" tu laa belari macam anak babi hilang mak dia " kata Feyra selamba. Habis tersembur air dekat mulut Vivi kearah Lya.

" Eee !!! Vivi ni pengotor siaa, geli laa habis basah muka aku yang cantik ni ! " kata Lya. Sempat lagi memuji diri sendiri. Mereka semua mentertawakan saja Lya.

" hehe, sorry sia aku tak sengaja. Feyra ni la buat lawak kata Dyra tu anak babi hilang mak, HAAHHAAHHA " balas Vivi lalu ketawa terbahak bahak. Dyra membuat mimik muka menyampah.

" dah dah laa, haa kau ni asal berlari lari terpekik terlolong tadi ?" tanya isya kepada dyra.

" tadi aku terdengar Cikgu Salmah kata tak lama lagi Hari Sukan Tahunan Sekolah " kata Dyra excited. Yela dia kan athlete sekolah.

" alaa malas nyaa nak latihan petang " kata Lya. Terus berubah muka excited Dyra menunjukkan reaksi malas.

" haah kan, haish malas aku lupa pulak nanti kena latihan petang pulak, kena balik lambat hm " ujar Dyra mereka semua angkuk setuju.

.....

Selepas saja waktu rehat semua murid menuju ke kelas masing masing untuk menyambung pembelajaran.

" Assalamualaikum cikgu " kata Fizi selaku ketua kelas apabila melihat guru kelas mereka masuk. ( author lupa nama ketua kelas dorng and nama kelas hihi ) 

" waalaikumsalam, okey semua cikgu nak korang kemas barang barang semua dan yang perempuan berdiri kat belakang kelas. Lepastu yg lelaki pulak cikgu nak korang susun meja macam yang cikgu buat kat papan putih ni " kata Cikgu Farisha selaku guru kelas mereka.

Setelah murid lelaki menyususun meja meja tersebut tiba tiba hanna bersuara.

" cikgu nak ubah kedudukan tempan duduk kita orng ke ? " soalnya

" haah, sebab banyak guru complaint kalau korang duduk berkumpulan, ramai yang tak buat kerja banyak bercerita . " balas Cikgu Farisha sambil mengerling ke arah geng The Epic. Mereka hanya tersengih saja apa bila cikgu mengerling ke arah mereka. Tau la mereka tu kena mention.

Apa fikir dia orang pengawas tak bercerita ke masa sesi pelajaran berlangsung ? Dia orang la yang paling rancak bercerita, bukan nya nak buat kerja yang cikgu beri kat depan.

Ramai murid-murid mengeluh dengan keputusan mengejut guru kelas mereka itu.

" okey cikgu panggil nama korang sorang sorang ye. Satu meja ada enam orang murid. " terang Cikgu Farisha.

" okey mula dari meja paling depan sekali dekat pintu, Adyrah, Batrisya, Vivi, Nabil, Hakim dan Shafieq. Meja kedua pula, Feyra, Camelya, Syila, Aryan, Firash, dan Idham. Meja seterusnya, blaa bla bla blaa  " Cikgu Farisha menyebut nama semua murid satu persatu dan menentukan tempat masing masing.

" Cikgu tak nak korang tukar tukar tempat duduk dah ya. Ni akan tetap sampai korang nak SPM " kata Cikgu Farisha setelah selesai menyusun tempat duduk anak anak murid nya.

" alaa cikgu saya nak duduk ngan Aryan my baby boo laaa " keluh hanna. Semua pelajar di dalam kelas membuat muka menyampah.

" eee sapa baby boo kau ? geli siaa meremang bulu roma aku dengar " kata Idham.

" kau sibuk asal ? aku kata pasal Aryan bukan pasal kau !! " balas Hanna.

" aku bukan baby kau la. Aku dah besar bukan budak kecil. Suka hati mak nenek moyang kau je panggil aku baby boo. Geli sia nak muntah tau tak ?!! " balas Aryan. Hanna membuat mimik muka sedih. Semua pelajar mentertawa kan Hanna. Tu la gedik sangat.

" dah, dah laa keputusan cikgu muktamad. No excuse ! Tak peduli la korang nak duduk dengan baby boo korang ke , babi buta korang ke, cikgu malas nak ambil kisah. dah duduk tempat masing masing. " kata Cikgu Farisha, sempat lagi dia sindir Hanna.

" pftt.. padan muka AHAHAHA kan dah malu sendiri " sindir Shafieq kepada Hanna.

Hanna terus duduk ke tempat nya. Sempat dia menjeling Shafieq.

" Apa jeling jeling, juling kang baru tau. Tau la aku hensem " kata Shafieq. Menyempat lagi puji diri sendiri.

" perasan betul mamat ni " kata hanna menyampah.


....













TBC....



ASD Highschool Where stories live. Discover now