🌹🌹🌹
Kiara melangkah masuk ke dalam kelasnya yang pertama pada hari ini. Malang nasibnya, Felix dan Han satu kelas dengannya. Tapi mujur ada Lee Know. Melangkah saja masuk, dia nampak rakan-rakan sekelasnya mulai berbisik sesama sendiri sambil memandangnya.
Lee Know sedar riak wajah Kiara berubah. Dia tendang pintu dewan kuliah, membuatkan semua mata memandangnya termasuklah Felix dan Han.
"Bisik kuat sikit! Aku nak dengar." ucap Lee Know, tegas dan dingin.
Felix bangun dari tempat duduknya, senyum sinis memandang Kiara. "Kami just bercakap pasal kawan baik kau yang mental tu. Dengar kata nak jumpa psychiatrist. Kesian, muda-muda dah..sakit."
Lee Know terus berpaling memandang Kiara. Buku yang dipegang Kiara jatuh ke lantai. Semua mata terarah kepadanya, membuatkan dia menggenggam buku lima, geram.
"Ara? Kenapa?" soal Lee Know, lembut sambil memegang tangan Kiara.
"Alah, kawan-kawan.. Ara tu memang mental. Lepas mak dia mati.."
"Enough is enough, Felix!" jerkah Kiara, geram.
"Lahh, marah? Aku cakap benda betul je kan?" Felix berpeluk tubuh.
"Engkau.. sebelum pecah muka kau baik kau diam!" ugut Lee Know, tuding jari ke arah Felix.
Han hanya senyum sinis, menangkap perhatian Lee Know. Lee Know angkat sebelah keningnya.
"Kau, sebelum aku cium, baik kau hapuskan senyuman tak berapa nak menawan kau tu."
Kali ini senyuman sinis Han mati, Lee Know pula yang tersenyum sinis. Felix kerut kening memandang Han. Aih? Takkan tergoda?
"Jom, Kiara. Ponteng." tangan Kiara ditarik Lee Know, keluar dari dewan kuliah tersebut.
Sudahnya mereka berdua duduk di bangku. Ini bukan kali pertama mereka ponteng kelas, situasi begini sudah sering terjadi. Felix ada saja akal untuk membuli Kiara, sebab itulah Lee Know selalu ajak Kiara ponteng.
Dia tak mahu tengok sahabatnya ini tak dapat fokus kerana Felix yang tak guna itu.
"Kau tak cakap pun pasal ni." Lee Know bersuara.
"Aku lupa. Tak ada yang penting sangat pun."
"Tsk, tak penting konon. Ini mesti Felix tuduh kau self harm lagi kan? Aku tunggu masa je untuk belasah muka comel dia tu." Lee Know geram.
"Dahlah, aku dah biasa dengan dia tu. Cuma ada jugalah aku stress sebab dia. Lee Know, kau nak tahu tak.. semalam aku mimpi best tau!"
"Mimpi apa?" Lee Know yang tadinya geram kini bertukar tenang melihat reaksi ceria Kiara.
"Aku mimpi ada lelaki datang, bawa aku dekat tasik. Aku rasa selamat sangat dengan dia. Bau dia, aku still ingat tau! Aku sandar atas bahu dia. Kalaulah dia muncul in real life.."