Jungha tertidur di atas sofa selepas mengemas rumah bersama suaminya. Segala celah-celah lubang dia korek cari habuk, boleh terbalik diri dibuatnya.
" Mama Jungha penat ke ? Kan dah kata takyah kemas semua ni, biar ayah je buat. "
Doyoung setia duduk sebelahnya mengurut bahunya selepas mengemas bersama.Loceng rumah dibunyikan, menandakan ada orang datang ke rumah mereka. Lantas, Doyoung menghentikan perbuatannya tadi dan berjalan ke pintu rumah.
Pintu rumah dibuka melihat siapa yang hadir ke rumahnya. Badannya tersentak seketika, terkejut melihat gerangan itu.
Sejeong mula tersenyum melihat anak lelakinya hidup selesa dan sudah beristeri. Mahu sahaja dia menangis gembira menatap anaknya yang sudah berjaya menguruskan perniagaan milik keluarga angkat Doyoung.
" Eomma.... "
" Doyoung anak eomma, hemsem anakku ini dah berpunya. Mana menantu mak ? "
" Ade... Kat dalam, "
" Kenapa eomma datang sini ? "" Doktor benarkan eomma keluar dari hospital seminggu ni je. Dari kamu dalam perut eomma sampailah kamu dah nak ada anak ni, tak pernahlah eomma jejak keluar dari tempat jijik tu. "
Sejeong menapak kakinya masuk ke dalam rumah tanpa dialu anaknya. Doyoung mengikut eommanya dari belakang melihat gerak-geri wanita tua itu.
Dia sendiri tahu yang eomma ada dendam pada keluarga Jungha sebab itulah dia tak mahu Jungha mendekati eommanya.
" Eomma pergilah rehat dulu. Mesti penatkan nak ke sini, sudahlah jauh dari hospital tu. " Doyoung menghalang pandangan Sejeong, perempuan itu pula sudah terjenguk-jenguk melihat Jungha berehat di sofa.
" Siapa datang tu ? "
Doyoung memandang sang isteri berjalan membawa kandungan usia lapan bulan menggunakan tongkat. Termegah-megah dia nak menyampai ke arah anak dan ibu itu.
" Ahh, ni ke Jungha yang selalu Doyoung cerita tu. Cantiklah orangnya, sudahlah pandai jaga suami dia. "
" Macam eommanya, "
Sejeong menekankan perkataan itu, Jungha faham akan kata-katanya." Ohh begitu.. Doyoung, bawalah eomma naik atas dulu. Nanti saya bawakan teh dengan biskut, " Jungha beredar ke dapur, tempat yang dikuasainya untuk menyambung peperangan dengan bahan masakan.
" Eomma, jom naik atas dulu. Doyoung tunjuk bilik untuk eomma tau, "
Memerhati ibu dan anak berjalan masuk ke lif, Jungha hanya berdiri tegak melihat bahan masakan dan memegang pisau dengan ketat.
" Andwae.. Jungha jangan macam ni, Jung Eun tengok semua ni.. "
,,,
Ingin masak stew daging tetapi mood Jungha hanya muram semacam dan fikirannya melayang ke dunia lain. Kubis yang dipotong dipotong sehingga menjadi cebisan kecil tanpa disedari. Doyoung menghentikan tangannya yang memotong kubis tanpa henti itu.
" Fikir apa sampai kubis pun jadi tempat lepas marah awak, dah tak jadi rupa kubis dah ni. " tegas Doyoung melihat Jungha yang membuat muka kosong.
" Masih marahkan eomma ke ? "
Jungha mendongakkan kepala menghadap suaminya, " Buat apa saya nak marah, ada ke rupa saya nak marah ni. "
" Dah tu, kenapa muram je ? "
" Tahlah, rasa nak melawat kubur ayah pula... "
" Esok saya temankan awak, harini rehatlah dulu. "
" Betul ke awak takde apa-apa ni ? "
Jungha hanya mengangguk akan soalan Doyoung." Jungha, kalau saya kat tempat awak, dah lama saya ambik pisau ni tikam pembunuh tu. "
" Awak ada eomma lagi. Saya dari kecil dah jadi anak yatim piatu. Cuba bayangkan betapa susahnya saya nak harungi hidup dengan ejekan. Mak awak gila macam mana pun, dia tetap darah daging awak. "
" Tapi, takkan awak nak diam je lepastu maafkan dia macam tu je ? Kalau dia buat begitu kat Jungho jugak macam mana ? "
" Lebih baik maafkan dia je daripada keruhkan keadaan. Saya dah taknak dengar semua tentang perkara ni, biarlah ia pergi bertiup angin. "
Doyoung menghela nafas, " Saya hormat keputusan awak tapi kalau eomma cederakan awak dengan Jungho, saya takkan biarkan dia berjumpa dengan saya dah. "
" Jangan buat eomma macam tu, "
" Yelah, saya gurau je. Mana ada nak buat betul-betul pun, "
" Lagipun kan, Jung Eun dah besar dalam perut awak ni. Bila dia nak keluar ni ? " Mata Doyoung dialih kepada perut Jungha yang lebih besar dari bola sepak.
" Sabarlah, tunggu dia lagi sebulan. Lepastu, kita pindah rumah baru tu. "
Mengikut rancangan mereka, Jungha merancang untuk duduk di rumah yang Eunjoo telah belikan untuknya. Mujurlah rumah apartment itu dekat dengan rumah Jungho dan tempat kerja Doyoung, senang sikitlah nak berulang-alik.
" Cepatlah keluar, Jung Eun sayang ! Lamanya tunggu kamu bergerak ni, "
Doyoung memeluk perut Jungha lalu diusap kepalanya berkali-kali. Jungha hanya tergelak kecil melihat suaminya bermanja, tangannya diletak pada rambut hitam asli Doyoung.
" Doyoung.. tolong.. saya nak lihat Yoo Doyoung yang bukan egois seperti dulu.. "

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]