Seperti biasa, Jesse pergi ke Bilik Perubatan memandangkan dia masih ada masa kosong. Jam untuk latihan juga masih lama jadi Jesse tidak kisah jika dia akan menghabiskan masanya di Bilik Perubatan.
Jesse memulakan tugasnya di sana dengan memeriksa setiap pesakit jika ada diantara mereka yang memerlukan rawatan lanjut atau mereka yang ingin menggantikan balutan luka.Ketika tibanya masa untuk latihan, Jesse pergi ke kawasan latihan. Di sana tidak banyak tentera yang berlatih kerana yang lain masih berada di Bilik Perubatan. Ketika dalam perjalanan, beberapa orang tentera menyapa Jesse dan Jesse juga membalas sapaan mereka.
Di sana Jesse menyedari yang walaupun baru beberapa hari dia ada di sini, sudah ada tentera yang menyapa dia. Setahu Jesse, selama ini tidak pernah ada tentera yang menyapa Jesse, jauh sekali mahu tersenyum kepada dia. Kerana Jessica selalu berkepit dengan Vernon, dia tiada masa mahu bergaul dengan tentera yang lain.
Tapi pada hari ini, sudah ada beberapa orang tentera yang menyapa dia. Walau bagaimanapun, Jesse tetap gembira kerana setidaknya masih ada tentera yang mahu menyapa dia.
Jesse berhenti di luar kawasan latihan. Matanya merenung kumpulan Beta yang sedang berkumpul dan bersedia untuk memulakan latihan. Kemudian, Jesse memerhati pula kawasan latihan mereka.
Jika dibandingkan dengan dunia moden tempat Jesse tinggal sebelum ini, tempat latihan ini mempunyai teknologi sistem senjata yang lebih canggih. Jesse sangat kagum dengan sistem senjata ini.
"Oi, Jessica! Apa yang kau buat berdiri di sana lagi? Latihan sudah mula, cepat pergi berlatih sana!" Quincy berteriak ke arah Jesse setelah melihat yang Jesse masih berdiri di tepi tempat latihan.
Mahu tidak mahu, Jesse pergi juga bergabung dengan kumpulannya. Dengan keluhan lemah, dia mendekati meja yang terbuat dari besi. Di atas meja itu adalah senjata-senjata canggih yang digunakan untuk latihan.
Di meja itu juga sudah ada Robin yang sedang memilih senjatanya sendiri. Robin menoleh ke arah Jesse ketika Jesse berhenti di tepi dan sedang memilih senjata.
Sejak Jesse menyelamatkan dia di gua hari itu, sedikit sebanyak sikap Robin berubah terhadap Jesse. Walaupun Robin tidak sedar tapi berbanding yang sebelum ini, Robin tidak terus cari gaduh dengan Jesse jika dia terserempak dengan wanita itu.
Jesse juga menoleh ke arah Robin. Dia menyedari yang Robin sedang memerhati dia dalam diam. Kening Jesse terangkat sedikit. Hairan dia dengan sikap Robin. "What are you looking at?"
Robin menoleh ke tempat lain dengan gaya selamba. "Nothing..."
Jesse mencebikkan bibirnya. "Unbelievable!" bisiknya perlahan. Namun, walaupun Robin mendengar apa yang Jesse katakan tadi, Robin tidak memberi reaksi apa-apa.
Robin mengambil senjata yang ada di depannya dan bergerak ke kawasan menembak. Jesse juga mengambil selaras senapang dan mengikuti Robin.
Vernon dan Heidi hanya memandang Robin dan Jesse dari belakang. Mereka sudah berlatih menembak tadi dan sekarang mereka sedang berehat sekejap.
Vernon memerhati Jesse yang sudah pun mula menembak. Bila memandang wajah tenang Jesse saat ini, Vernon merasa ada sesuatu yang pelik, seolah-olah dia merasa ada yang kurang. Dia tidak sedar yang Vernon saat ini sedang memerhati Jesse, sedangkan sebelum ini Vernon tidak pernah meletakkan wanita itu di pandangannya. Walaupun begitu, tiada yang sedar kalau Vernon sedang memerhati Jesse.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Adventure(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...