BAB 28

154 4 2
                                    

BUNYI ombak memberikan  kedamaian di hati dia. Angin yang bertiup lembut membelai lembut pipinya. Aliya memejamkan matanya untuk seketika mencuba menjiwai keindahan alam semula jadi ini.

Dia melihat suasana di sekeliling pantai. Terdapat ramai orang yang berada di sini. Ada yang berkelah bersama keluarga mahupun dengan rakan.

Kedengaran juga suara gelak ketawa kanak kanak yang riang bermain air dan berkejar kejaran antara satu sama lain.

Hari ini sudah masuk hari kedua mereka di kampung. Kehadiran dia bersama dengan haikal disambut baik oleh orang kampung disini. Semenjak mereka disini haikal melakukan banyak perkara bagi memenangi hatinya.

Walaupun sikap romantis haikal  sudah menjadi kebiasaan buatnya disaat mereka bercinta  dan menjadi tunang dulu. Namun sekarang dia tak tahu kenapa hatinya agak susah mahu membiasakan diri. Dia kenal Haikal sudah lama sejak bergelar  rakan hingga menjadi pasangan kekasih dan telah menjadi tunang .

Hatinya berasa tidak tenteram. Adakah kerana mereka berpisah selama tiga tahun?. Adakah ini perasaan memberi peluang kedua kepada orang lain. Memberi kepercayaan buat kali kedua selepas ditipu? . Adakah disebabkan itu dia menjadi begini.

Kadang kadang dia rasa gembira apabila disaat membuka mata wajah haikal perkara yang dia lihat terlebih dahulu. Kadang kadang dia berasa resah tanpa sebab. Hati dan fikirannya terasa akan ada sesuatu yang bakal berlaku

Ada suatu saat dia terfikir akan apa yang berlaku pada haikal tiga tahun lepas. Kenapa dia putuskan pertunangan?. Kenapa dia dan keluarganya menghilangkan diri? dan kenapa dia memutuskan pertunangan mereka dengan menghantar mesej kepada dia tanpa bersua muka.

Dia masih ingat lagi apabila menerima mesej dari haikal yang dia ingin putus dan jangan cari dia lagi. Dia fikir yang Haikal cuma main main. Tanpa menduga itu perkara sebenar. Selepas menghantar mesej tersebut haikal terus menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Dia inginkan kebenaran dari mulut haikal akan hal sebenar. Adakah kebenaran yang haikal tak mampu katakan hingga hari ini merupakan kebenaran yang dia tidak akan mampu hadapi.

Dia sering membuat anggapan yang Haikal putus kerana tidak betah dengan perangainya. Atau kerana haikal ada perempuan lain. Jangan jangan haikal sudah pun mempunyai isteri dan dia adalah isteri kedua. Pelbagai alasan yang muncul di benak kepalanya.

Dia mengalih pandangan ke haikal yang sedang seronok bermain di tepi pantai. Sementara dia duduk di batang pokok kelapa yang telah tumbang.

Mata mereka bertaut satu sama lain lantas Haikal memberikan senyuman lebar kepadanya sambil melambaikan tangan.

" stop fikir yang bukan bukan aliya. stop. Haikal sudah ada depan mata kau jadi apa lagi yang kau nak. kau sekarang mampu lihat wajah tersenyum haikal. Just be happy okey." dia cuba menpis segala sangkaan buruk yang berlegar di fikirannya.

" sayang jom lah main air. Tak syok ah main sorang sorang " haikal berkata dengan kuat lalu berlari ke arahnya.

" tak nak lah nanti basah" dengan cepat dia menolak.

" sayang sekarang ni kita dekat pantai jadi wajib kena main air dekat pantai and kalau baju basah tu normal lah. Jom lah" haikal menarik tangan aliya. Namun aliya menepis dengan lembut

" tak nak sayang malas nak basahkan baju biar hubby je ma..."

" ah!! Apa ni hubby . Turun kan sayang lah. Let me go.  ramai orang tengok lah. Hubby!" Aliya meronta ronta apabila haikal mengendong tubunya secara tiba tiba.

" sayang banyak soal sangat. Baik sayang duduk diam nanti kita dua tersungkur dekat pasir pantai ni kan tak pasal pasal dapat pengalaman makan pasir" jawab haikal yang menuju ke air pantai

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now