25 - History

12 6 7
                                    

Jungho mula tak berpuas hati lalu dia bermundar-mandir di balkoni rumahnya.

" Kakak biar dia masuk rumah macam tu je ? Kalau dia sakitkan kakak macam mana ? "

Dia mula berdecit kepala.

" Kenapa baru dia muncul depan kita sekarang ? Saje je kan nak naikkkan marah orang ni, "

" Jungho takyah risau sangat. Lagipun, kakak tak sembang sangat dengan eomma dia sebab kakak kena banyak berehat sekarang. "

" Jaga Jung Eun elok-elok, lagi bagus kalau Jung Eun tu sepak Doyoung sekali. "

" JUNGHO ! Jaga mulut tu sikit, dia dah berubah dah pun. Dia dah tak macam dulu,"

" Jungho tak kisah lah, lagipun Jungho dah memang benci kat dia. Benda tu takkan berubah, "

" Sudah lah tu, dia pun tak bagi sangat Jungha jumpa dengan eomma dia. Yelah, eomma dia kan bila-bila je boleh psycho tetiba. "

" Yelah, Jungho tahulah. Nanti Jungho ada masa lebih, Jungho datang sanalah. Ok bye kak, "

Punat merah ditekan dan panggilan mereka terhenti serta-merta. Badannya berpusing ke belakang dan hampir gugur jantungnya ternampak Sungchan duduk di belakangnya dari tadi.

" HAISHH, hyung ! Boleh mati Jungho kat sini tau, terkejut kita. " Jungho memegang dadanya yang hampir terkena renjatan.

" Muda-muda lagi dah terkejut macam orang tua bongkok tu, "
" Jadi, betullah eomma Doyoung tu si Sejeong gila tu.. "

Mata Jungho terbuka luas, " Hyung mesti dah tahu benda ni lama dah, kenapa hyung sorokkan dari Jungho selama ni ? "

" Hyung dah tak nak dengar pasal dia. Cukuplah dengar nama dia pun dah teringatkan macam mana dia gilakan ayah kamu dulu, "

,,,

Burung berkicauan di petang hari, Jungha menghirup kopinya yang baru sahaja dibuat oleh dirinya yang sedang berehat di dapur selepas menjamah makanan tengah hari.

Kemudian, dia didatangi oleh eomma Doyoung yang baru sahaja datang dari tingkat atas. Senyuman manis dibalas dengan senyuman yang agak kelat. Dia tak tahu nak beri reaksi ape ketika itu, cuma dia risau yang Doyoung tiada di sisinya sekarang.

" Eomma, eomma lapar lagi ke ? Nak makan apa-apa lagi ke ? "

" Takdela, eomma nak jenguk Jungha la. Nasib baiklah Doyoung takde kat rumah, bolehla tengok menantu ni. " Balas Sejeong, disebalik senyuman manisnya ada sebuah rancangan ingin dia laksanakan.

" Ahh.. eomma ada benda nak cerita ke ? Jungha boleh je dengar.. "

Sejeong duduk bersebelahan dengan Jungha dan hanya merenung tepat pada perut menantunya. Hatinya teringin melihat kedatangan cucunya hadir ke dunia tetapi yang paling menyakitkan hatinya ialah yang mengandungkan cucunya musuh sejati kisah silamnya.

" Besar dah cucu eomma ni, tinggal nak keluar je. "
" Nama dia apa ? "

Jungha hanya mengangguk kepala.
" Jung Eun.. Jung Eun tu Doyoung pilihkan,"

" Ahh.. beautiful name, "

Tangan Sejeong menggapai rambut Jungha lalu ditarik kuat olehnya. Badan Jungha terus rebah di atas lantai selepas dia terjatuh dari kerusi. Cecair merah keluar membasahi lantai, sakitnya yang ditanggung hanyalah Tuhan yang tahu.

" Aku harap lepas ni hanya tinggal Jungho sahaja. Senang sikit kerja aku, "
" Mampus juga keluarga Eunjoo ni ! "

Gelas dipecahkan di kepala Sejeong menandakan ada orang melakukan serangan belakang. Jungho terus pergi ke arah Jungha yang merebahkan diri dan berlumuran darah.

" Kak, kak bertahan sikit lagi. Doyoung datang sekejap lagi, " Ucapan terakhir yang dikatakan oleh Jungho sebelum dia ditikam pisau pada bahagian belakang jantungnya.

Dua beranak yang di ambang hidup dan mati membuatkan Sejeong tergelak gembira. Tak sangka rancangannya yang ingin menghancurkan Jungha dahulu menjadi kenyataan tambah lagi Jungho pula datang pada waktunya. Kenalah padahnya juga.

" Jung Eun.. jumpa ayah dulu ye, "

Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now