"Aiman."
"Hm."
"Aiman."
"Ya Iman."
"Aik marah ke bb?"
"Tak marah pun lah. Kan suarau tak naik pun ni?"
"Aiman."
"Ya sayang saya."
"That's it. Saya tunggu awak cakap sayang. Awak tak panggil saya sayang lagi harini."
"Ek? Rasa macam dah empat kali panggil awak harini. Kita tak borak ke tadi?"
Iman menggeleng. Tukar plan nak tidur rumah Aiman malam Sabtu. Aiman yang habiskan hujung minggunya di rumah Iman.
Tangan wanita itu masih menconteng canvas yang mula membentuk rupa. Aiman pula sedari tadi duduk sahaja di sebelah Iman, meneman wanitanya itu melukis.
"Laut?"
Angguk. Tangan kirinya memegang bekas palet yang sudah dicoret beberapa cat untuk digunanya.
"Kinda annoyed. Ni dah masuk 5 kali saya padam, lukis semula, padam, lukis semula. Saya kena banyakkan latihan lagi ke sebab saya tak suka dengan hasil dia?"
"Eh ni masuk lima kali dah ke? Saya tadi tu saya tengok okay jeee."
"Tak okay. Saya tak suka tengok ombak dia macam tu. Not waving as it should be. Ye ke not waving. Entahlah. Tapi macam tu lah. Seba tu padam. Yang kedua tu, langit dengan air--warna dia terlalu off. Hari terang, laut patutnya cantik. Tona warna patutnya biru gelap tapi terang. Maybe need several shades to make that colour happen. Tapi susahlah. Saya tak reti nak campur campur warna." Iman lepas keluh. Lukisan keenam ni, kalau tak jadi juga--memang dia taknak lukis dah dalam seminggu yang akan datang.
"Tu lah kan. Awak je rasa tak okay, sebab mata seni. Saya yang buta seni sikit ni, rasa okay je walaupun warna dia off. Sebab saya rasa seni bukan satu jalan lurus je. Takpe, sayang. Cuba lagi okay?" Diusap sisi kepala Iman tiga kali, memberi semangat kepala isteringa itu. "Semangat, sayang."
"Allah. Damage banget ucapannya. Bikin candu."
"Yelah tu. Ni awak nak air apa? Saya nak ambil air kat dapur."
"Ice latte pwease. Letak susu serbuk tiga sudu baru letak latte sachet tu. Then baru letak air. Saya taknak macam awak biasa buat untuk awak tau. Taknak air panas dulu. Serbuk dulu. Tau bb tau."
"Okep." Bahu Iman diramas lembut sebelum Aiman pergi dapur.
Selesai meletakkan perincian untuk awan kecil pada lukisannya, Iman tarik masking tape yang digunakan sebagai penghalang catnya tidak melebihi garis. Dipindahkan tape tersebut ke bahagian langit tadi. Tidaklah comot langitnya nanti ketika mewarnakan air.
Cerulean blue dioles sedikit pada palet. Juga dicalitkan stone tone pada papan paletnya. Kedua dua warna tersebut disatukan untuk hasilkan biru kekelabuan. Mungkin lebih ke arah biru hijau lumut. Navy blue pula disapukan pada bingkai lautnya. Tidak keseluruhan bingkai, cuma bahagian atas dan tepi sahaja. Bahagian tengahnya, disapu dengan warna yang dicampurnya tadi. Sedaya upaya dia cuba untuk meratakan warnanya agar kelihatan senada sahaja, tidak pelik pada pandangan mata.
Jujur, melukis dengan warna acrylic agak susah jika dibandingkan dengan medium lain seperti gouache, warna air dan cat semprot.
"Jangan salah celup. Kang jadi latte berusan pulak air awak ni, Iman." Aiman memberi amaran.
"Cantik. Saya suka warna laut tu. Lovable."
"Bukan jaga hati kan?"
"Kalau jaga hati, tak tidur malam saya fikir kenapa saya tipu lukisan awak."
"So ada niatlah nak menipu?"
"Bapak ah twist ayat. Mana aci."
"Okay tak tipu je. Awak buat air apa? Nak rasa."
"Milo ais tabur." Aiman suakan airnya ke mulut isterinya. Dipegang setia gelasnya itu walaupun tangan Iman sudah bebas dari memegang barang lukisnya.
"Sedap. Nak banyak boleh?"
"Eh eh?"
"Eh eh juga."
"Boleh tak bb? Hehe."
"Jangan hehe sangat. Tahu saya lemah dengan hehe awak, duk hehe juga."
"Exactly. That's the point, bb."
"Ambiklah. Tapi latte awak tu pun saya nak juga. Tak aci ya awak je boleh minum saya punya."
"Okay bb." Dikucup pipi Aiman secara laju sebelum tangannya yang sudah dikotori cat itu mengambil gelas dari tangan suaminya.
Terkebil jugalah Aiman seketika. Salting kettew bangman?
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?