prolog'

3K 198 10
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

HUJAN lebat mula membasahi bumi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJAN lebat mula membasahi bumi . Bunyi guruh dan kilat bersilang seli berdetum kuat dan memancarkan cahaya putih kebiruan di dada langit .

Bunyi derapan kaki yang sedang berlari dan mengejar memecahkan kesunyian malam di lorong gelap itu . Bunyi percikan lompak air yang telah di pijak oleh mereka ibarat irama yang merdu namun mengerikan . Sekumpulan lelaki berpakaian keseluruhan hitam laju mengejar lelaki awal 40-an itu . Di tangan masing - masing lengkap dengan pistol .

Lelaki 40-an itu mula membelok ke sebelah kanan setelah nampak satu lagi lorong kecil yang mungkin akan menyelamatkan nyawanya malam ini dari 'mereka' . Sampai di hujung lorong tidak kelihatan lagi jalan . Yang ada hanya dinding batu bata berwarna merah . Kiri kanan pula hanya dinding konkrit yang telah diconteng oleh anak - anak muda di daerah itu dan sampah sarap yang bertimbun .

Termegah - megah dia mencari nafas . Cukup penat untuk lelaki berumur sepertinya berlari sejauh hampir 2 KM tanpa henti . Sekumpulan lelaki yang tadi asyik mengejarnya sudah pun berdiri di belakang . Dia memusingkan badannya mengadap sekumpulan lelaki itu . Tubuh nya mula menggeletar hebat kerana takut . Bibir pula sudah pucat tidak berdarah kerana terlalu berlari dalam hujan dengan memakai baju T-shirt nipis berwarna biru langit dan seluar jeans lusuh .

"Aku mintak maaf . Aku janji akan bayar balik semua duit yang aku pinjam . Tolong jangan bunuh aku." Merayu lelaki 40-an itu . Dirinya sudah jatuh melutut di hadapan sekumpulan lelaki itu . Dua belah tapak tangannya mula disatukan sesama sendiri . Tidak habis - habis dia mengosok tapak tangan yang bercantum itu seperti orang yang betul meminta maaf kerana penyesalan .

Sekumpulan lelaki itu hanya mempamerkan riak wajah kosong dan ketat . Tiada senyuman yang terukir . Begitu lah mereka bila sedang menjalankan tugas yang telah diberi oleh ketua mereka . Dibuang rasa kasihan dan simpati dalam diri mereka bila sudah terjebak dalam dunia gelap .

"Tuan aku nak kau hidup - hidup." Kata seorang lelaki yang bertatu di lengannya . Tak menghiraukan sedikit pun rayuan dari lelaki di hadapannya ini . Sudah buat hal , tanggung lah sendiri .

"Tolong aku . Aku janji akan bayar balik . Tolong aku ada anak bini nak dijaga." Menangis merayu dia disitu . Basah lencun dia tidak dihiraukan . Yang lebih penting nyawanya yang sudah dihujung tanduk ini . Bila - bila masa saja malaikat izrael akan datang mengcabut nyawanya .

"Dalam masa 2 minit Tuan sampai." Maklum seorang lagi lelaki yang berwajah bengis dan badan tegap . Earpiece di telinga di lepaskan setelah memaklumkan . Lagi kuat badan lelaki separuh abad itu menggigil . Takut . Itu yang dia boleh beritahu dengan isyarat badan dia yang sudah menggigil hebat itu .

Siapa saja tak takut dengan ketua mafia yang dia berhutang ini . Seorang yang kejam dan tak berhati perut . Malah langsung tak ada rasa simpati di dalam diri ketua mafia itu . 'Mereka' yang lain tidak kurang kejam nya dari ketua mereka itu . Sudah ramai kawan - kawan perjudiannya di seksa oleh lelaki itu kerana tidak dapat melangsaikan hutang . Dan sekarang waktunya pula untuk merasai pengalaman buruk itu sendiri . Salah nya juga sebab meminjam wang dengan lelaki itu untuk berjudi tanpa langsung memikirkan nasib yang akan menimpa diri dan lebih penting keluarganya .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now