Chapter 9

1.3K 69 22
                                    

Aku merenung jauh siling di atas sambil baring. Macam dah nak tembus pandanganku ke alam sebalik mata.

Fikiran ku betul2 bingung masa ni, what just happen? Masih berlegar2 di seluruh benak fikiranku tingkah Anis tadi.

'You need someone..'

Laju saja dia matikan skype call lepas cakap macamtu. Mungkin betul apa yang dikatakannya aku perlu seseorang, tapi kenapa Anis cakap macamtu siap buat 'little strip tease' depan aku. Mula berdebar semula jantung ku bila imbas kembali saat Anis melepaskan rambutnya, mengetap bibir, dan tanggalkan cardigan memperlihatkan..

Ehh..

Haaaa!! Aku terus menutup muka dengan selimut. Kenapa semua aku flashback dengan slow motion ni. Aku mula tergelak kecil. Aduhai aku ke yang bangang atau Anis memang maksudkan sesuatu dengan gaya dia tadi? Lagipun tak pernah seumur hidup aku berhadapan dengan situasi begitu flirty tadi. Anis Anis, takkanlah kau mempunyai rasa untuk aku? Hah tak mungkin. Setelah rasanya hampir cukup lama aku termangu memikirkan hal itu mata pun sudah mulai berat aku berlayar mimpi.




Hari hariku berlalu kini sudah berbeza, jika sebelum ini, perhubungan aku dan Anis kelihatan mesra serta dan cuma ambil berat, namun semakin lama Anis berubah menjadi seorang yang sangat? Mungkin aku boleh katakan begitu 'manja'. Tidak sah jika satu hari tiada chat selamat pagi, dan bertanya hal hal harian. Mengapa aku katakan manja? Anis pernah merajuk kerana balasan goodmorning dia aku cuma balas 'gm'. Itupun kerana pagi aku agak sibuk dan banyak kerja menanti. Mujurlah rajuknya cuma sekejap dan tak serious tapi cukup buat aku rasa perasaan pelik tu dengan dia. Bukannya aku tak faham kenapa Anis macamni cuma, aku seperti tak yakin, betul ke? Cukup jauh keyakinan aku untuk mengatakan Anis ni sebenarnya sukakan hmm, tengok nak cakap sendiri pun aku tak yakin.




"Ce.."

"Ye..."

"Cece.."

"Ye Anis., kenapa?"

"Hmm minggu depan aku pegi Kl tau"

Aku yang ketika itu sedang terbaring scrolling Twitter sambil dalam panggilan telefon dengan Anis, terduduk.

"Wah, yeke? Minggu depan?

"Yes, next week sebab ada HR conference kat Kl noh, aku join kakak aku je, newbie lah katakan"

"Oh really? Kat mana?"

"Pwtc, 2 hari"

"Ohh.."

"Ohh je?"

Hah mula dah si Anis ni, aku tersenyum sendiri bila Anis mula dengan nada nak merajuk.

"Oh yeke Anis., lah eloklah tu nanti boleh timba ilmu banyak2 kan masa conference tu? Siapa yang organize ni?"

"HR Asia"

Aku ber'oh lagi. Pergh padat dan sharp dia jawab. Nak cakap apa lagi ni? Hmm, aku cuba memikir respon terbaik nak bagi kat Anis. Tidak sedar aku terlalu lama termangu

"Ce!"

"Ha ya Nis? Kenapa?" Jawabku bila mendengar sergahan kecil Anis dalam telefon.

"Kau ni, tak lah cakap bolehlah jumpa kan dah lama tak jumpa, ke kau memang tak minat nak jumpa aku ke?"

Aku terdiam.

Damn, dia nak aku cakap pasal tu rupanya. Sebenarnya aku memang rancang nak jumpa dia pun kalau dia pergi KL tapi cuma tak terlafaz dari mulut.

LDR (gxg)Where stories live. Discover now