2

5 0 0
                                    

Hari itu dia bertugas shift pagi. Dengan kantuk yang tak nak hilang di gagahi juga mencelikkan mata untuk drive. Radio sehabis kuat di pasang. Itu lah akibat tidur lewat semalam. Asyik melayan cerita korea di netflix. Tak sedar jam dah 2am.

Istighfar dia bangun tadi jam sudah pukul 6.15am. Mana nak mandi sembahyang lagi, nak bersiap alamatnya thumb printnya merah la nanti hujung bulan nak sign.

Apa yang penting solat subuh wajib buat dulu walau lambat mana pun. Permulaan hari kan, haruslah jumpa kekasih dulu, merayu.

◇◇◇ ¤¤¤¤¤ ◇◇◇

Minyak di tekan merapat. Lampu hijau yang sudah bertukar kuning di hadapan tak di hiraukan. Bila-bila masa boleh bertukar merah, namun tak di hiraukannya.

Dahlia dengan selambanya meneruskan pemanduannya walau lampu isyarat dah bertukar merah. Ini bukanlah kali pertama dia melakukan itu. Sudah tak terhitung dengan jari untuk mengira. Dia amatur katanya satu hari kepada kawannya.

Keyakinan perlu tinggi waktu melakukan aksi tersebut. Mata perlu tajam dan fokus melihat kereta yang di sebelah sana. Jika macam siput sedut kau di benarkan melanggar lampu tersebut.

Dah puas kawannya menasihati seorang Dahlia. Nampak macam lembut nerd gila tapi dalam hati brutal gila. Kau worang jangan tiru itu aksi. Marabahaya ok 😉.

Tercungap-cungap dia berlari menuju ke wad tempat kerjanya. Masa pass over report time ni. Waktu emas aka waktu kemuncak pertukaran shift.

Salam di beri dan ucap selamat seperti biasa di berikan. Masuk kerja, permulaanya haruslah ceria. Dan kawan-kawannya menyambut baik ketibaannya.

"Bangun lambat la tu? Ko buat apa semalam? Tanya seniornya kak yuna.

"Tu mesti dating dengan pakwe korea dia la tuh". Seniornya Azyan menebak. Tau dah aktivitinya yang satu itu.

"Anda betul kak yan! Tahniah. Tapi tak de hadiah ok." Setelah beg kerjanya di simpan dalam almari,Dahlia duduk sambil bersedia untuk menerima serahan tugasan dari petugas shift malam.

Maka bermulalah tanggungjawab dan amanah yang di galas untuk pagi itu sehingga habis shift kerjanya. Hari yang sibuk itu berjaya di harungi dengan jayanya. Wad penuh. Nak termuntah rasa bekerja pada hari itu.

"Harini memang hari meneran sedunia ke macam mana? Ramai betul post natal naik. Wad obstetrik mesti full dengan antenatal. Diorang memang sepakat nak meneran hari ni jugak ke macam mana?Kematu tangan ni, naik cramp kaki siot." Dahlia mengeluh apabila kakinya sudah terasa kejang tak boleh berdiri lagi.

"Aku rasa memang diorang sepakat kenakan misi-misi hari ni. Hahaha". Azah mambalas sambil tangannya masih sibuk menulis census yang di tutup untuk shift pagi itu.

"Wad di landa garuda. Today is disaster day. Hahaha. Habis ink pen aku weh. Aku dah tak boleh buat keje dah ink da abes. Mak panggil balik dah". Dahlia memicit kakinya yang sudah beransur reda kejangnya.

"Eh eh. Takdanya pen jah pun ada ye. Boleh ambil dan guna dalam pencil case tu. Ngada nak balik ya. Cepuk kang".

"Ko tengok jam dah pukul berapa jah oii. Orang petang pun dah sampai. Aku selaku runner hari ni. Nak runner balik awal ye. Bye". Sempat dia memberi kunci DDA kepada Mastura. Dahlia mengambil beg dan melambai kawannya sebelum balik ke rumah.

"Selamat bekerja yalls." Kaki melangkah ke pintu belakang, pass card di layangkan pada pengimbas dan pintu di unlock.

Lift staff pada waktu kemuncak begini memang menguji kesabaran menunggu. Dahlia melangkah ke lift depan lift orang awam. Button bawah di tekan dan tinggg pintu terbuka. Dia meloloskan diri ke dalam perut lift dan button 1 di tekan. '

Macam ni yang kita nak ye anak². Lift yang sepatutnya tunggu kita!' Huh fikir lift tu abah kau yang buat ye.

◇◇◇◇ ¤¤¤¤¤ ◇◇◇◇

Bismillahirrahmanirrahim...

Enjin kereta di hidupkan. Lagu daripada pendrive berkumandang. "Semoga diri Dahlia tak microsleep today. Huhuhu"

Kan da kabo mata ni nak terpejam aje bila drive lama. Lagu di kuatkan lagi supaya kantuknya hilang. Dia memperlahankan kereta dilampu isyarat yang bertukar merah.

Botol air di kerusi sebelah di ambil, mask di wajah di buka dan air di teguk rakus. Volume lagu di kuatkan berdentam dentum bunyinya. Dia menyanyi mengikut lagu yang berdendang. Tangan mengetuk stereng perlahan, mengusir kantuk yang ingin bertandang.

stereng di pusing ke kanan, dia mahu ke kedai membeli sedikit barang dapur.



KHABAR DARI ANGINWhere stories live. Discover now