Fate - SJY

65 5 1
                                    

Reading guide

Normal font - Bahasa Melayu

Bold+Italic - Korean

Italic - English

Selamat membaca! ^^

━━━


"Iman sihat je duduk sini, ibu." Dia tersenyum memandang wanita tua di dalam talian. Iya, mereka sedang membuat FaceTime ingin melepaskan rindu. Iman atau nama penuhnya Imanina Nabihah. Gadis yang baru sahaja menghabiskan pelajarannya di universiti.


"Haish anak ibu seorang ni, sejak duduk negara orang ibu tengok cengkung sahaja pipi Iman. Tak fasal-fasal balik sini nanti tinggal ranting je." Ujar wanita tua itu atau lebih dikenali sebagai ibu Imanina.

"Mana ada cengkunglah ibu. Dekat sini Iman makan banyak tau, so don't worry hehe."


"Ibuuuuu, tak cakap pun ibu call kak long! Kak long!! Wan rindu kak long! Bila nak balik sini? Tak rindu Wan ke?" Seorang budak lelaki menerpa masuk ke dalam skrin telefon Imanina, adik lelakinya, Aisy Syazwan atau lebih selesa digelar Wan.

Imanina menjelirkan lidahnya. "Kak long tak rindu Wan, kak long rindu ibu je. Mana boleh bagitau, tak jadi nanti kak long nak surprise kan korang hehehe."

Syazwan menyepetkan matanya. "Surprise bawa boyfriend sekalilah tu..."

"Hei! Kak long single lagi okey!" Matanya melirik Syazwan dengan tajam. Ibunya menggelengkan kepala melihat telatah anak-anaknya. Tidak ubah, dari kecil lagi suka menyakat.

"Baguslah tu single lagi. Si Hayyan tu pun masih single lagi.." Si ibu tersenyum, senyumannya membawa seribu makna. Adiknya di sebelah hanya terkekek mentertawakan kakaknya.

"Cakap dengan Hayyan, Iman tolak pinangan dia. Tak mahulah ibu..Iman tak sesuailah dengan dia.." Imanina mencebik. Dia sering tertanya-tanya apa yang membuatkan Hayyan tertarik padanya walhal dia tidaklah secantik seperti gadis-gadis lain. Hanya gadis biasa..

Terlalu jauh perbezaan Hayyan dan Imanina, seperti langit dan bumi. Hayyan datang dari keluarga yang besar. Sikapnya tidaklah seperti lelaki lain yang kerek, poyo mahupun berlagak. Tapi Hayyan seorang lelaki yang baik, peramah dan bersikap sederhana.

Rupanya pula tidak perlu dikata, dirinya sendiri pun boleh merasa insecure bila bersebelahan dengan Hayyan.

Cantik kalah wanita, dengan kulitnya yang putih dan mulus itu. Salah satu mengapa Imanina tidak mahu bersama Hayyan. Lelaki itu terlalu sempurna untuk dia yang biasa biasa.

Itu baru satu sebab mengapa Imanina menolak pinangan Hayyan. Sebab yang kedua...

Telah ada seseorang tersimpan di dalam hatinya.


━━━

"Selamat hari jadi Nina." Kata Jake sambil menghulurkan sejambak bunga. Sim Jake, kawan kepada Imanina. Sudah hampir dua tahun mereka berkawan. Dan hari ini Jake membawa Imanina keluar bersama untuk makan malam.

"Comelnya, terima kasih Jake." Ujar Imanina sambil  mempamerkan senyuman manis pada lelaki di hadapannya. "Ada lagi..." Jake mengambil sesuatu dari belakangnya dan menghulurkannya pada gadis itu.

Keningnya berkerut apabila melihat kotak kecil bewarna merah di tangan Jake. "Apa ni?" Lelaki itu membuka kotak dan menunjukkan isinya. Terdapat sebentuk cincin perak di dalamnya.

𝐅𝐚𝐭𝐞 : 𝗦𝗝𝗬Where stories live. Discover now