42 ♡ M E L I S S A

402 40 8
                                    

   Melissa memandang ke luar tingkap dengan perasaan yang bercampur baur di benak hati. Dia tidak sanggup untuk ke sekolah. Dia tak sanggup untuk jauhkan diri daripada Adryan. Sumpah dia tak sanggup.

  Kalau bukan sebab ugutan untuk bunuh Adryan mesti dia tidak akan jauhkan diri. Kalau ugutan itu tentang dirinya , dia sedia menerima sebarang kemungkinan akan diseksa tapi jikalau Adryan , bonda dan baba tidak. Bukan mereka.

  Kereta yang membawanya mula memasuki perkarangan Skylight Highschool dengan megah. Dia langsung tidak dibenarkan untuk bercakap dengan sesiapa tanpa sebarang urusan. Mood dia untuk menuntut pun sudah hilang , apatah lagi mood ingin bercakap.

 Uniform sekolah yang dipakai ditarik menutupi seluruh tubuh dan bergelangan tangan. Yang paling penting , kesan calar balar itu ditutup. 

  Pintu kereta dibuka. Wajah yang disolek nipis agar tidak kelihatan wajah pucat akibat menangis semalaman cuba diukirkan senyuman biarpun tawar. Ternyata dia silap , itu bukanlah senyuman tawar , tetapi senyuman yang dibuat-buat. Fake.

  Melissa mula melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah. Di saat itu , tiada lagi Melissa yang mungkin suka mengusik atau bergelak ketawa. Bukan juga Melissa yang suka melawan atau membantah kata.

Yang sedang melangkah ini adalah Melissa Cassandra Qyler Lee. Pendiam dan pemendam.

....

  Di saat Melissa sedang menyibukkan dirinya agar tidak diganggu , di kala itu jugala Adryan mahu menghampiri dan mendekatinya. Semakin dia cuba menjauhi Adryan , semakin dekat jejaka itu menghampiri.

Semakin dekat Adryan menghampiri dia maka semakin banyaklah kemungkinan untuk Adryan dicedarakan oleh keluarganya. Please , Adryan. Dia tak sanggup nak memalau atau meninggalkan jejaka itu seorang diri. 

  Dia tak dapat buat apa-apa. Dia bukan sesiapa yang mahu menandingi kedudukan yang disandang daddynga. Dengan populariti dan pengaruh lelaki tua itu pasti membuatkan segala salah dan tuduhan akan jatuh kepadanya.

 Melissa buntu.

"Mel!"

Langkah kaki terus dibuka seluas dan selaju yang boleh mengelakkan daripada dapat dikejar oleh Adryan.

Dia pasti sejak di dalam kelas tadi ramai yang sudah mula pelik kerana kedinginan dia dengan Adryan. Jarak meja mereka juga menjadi bualan.

  Siapa je tak pelik kalau duo yang selama ni rapat macam couple paling hot jadi renggang and dingin macam stranger?

"Melissa Cassandra!" Mendengar namanya dipanggil berkali-kali membuatkan Melissa tidak sanggup untuk membiarkan jejaka itu tergantung dan kekal tertanya.

  Dia perlu buat sesuatu untuk memutuskan segala-galanya. Dia perlu memilih diantara perasaan mereka atau nyawa. Sudah tentu dia akan memilih nyawa orang yang disayanginya. Mengorbankan nyawa dan perasaan sendiri bukan satu perkara yang sia-sia untuk dilakukan jika orang itu adalah Datin Naisa , Dato' Hafiz dan Adryan.

  Walaupun keluarganya bukanla malaikat atau tuhan untuk membunuh tetapi mereka adalah manusia. Demi dendam apa sahaja mereka sanggup buat biarpun salah orang tersebut tidaklah seberat dosa membunuh.

  Bahunya terasa ditarik daripada belakang. Sudah pasti orang yang menariknya itu adalah Adryan. Sentuhan yang lembut membuatkan Melissa tidak sanggup untuk menghiraukan jejaka itu.

   Langkahnya terus terhenti. Adryan menundukkan kepala mahu memandang ke dalam anak mata Melissa tetapi Melissa segera memandang ke arah yang bertentangan. Mengelakkan mata mereka daripada bertembung.

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now