‧₊˚🖇️✩ : 01

1.8K 91 5
                                    

TANGAN Aira dipimpin dengan kemas. Dia tidak mahu melepaskan tangan gadis itu walau sesaat pun. Ihsan begitu sayang dengan tunangnya. Jika diikutkan hati, dia mahu cepat-cepat berkahwin dengan Aira supaya tiada lelaki lain yang boleh mengacau tunangnya. Bukannya dia tidak tahu, ramai lelaki yang cuba mencaras tunangnya itu. Nasib baik Aira langsung tidak melayan ajakan dan tawaran daripada semua lelaki yang cuba menguratnya.

"Sayang ni kan, berapa lama nak pegang tangan I?" Aira menyoal kekasih hatinya. Dia tersenyum kecil sambil memandang wajah Ihsan. Dari awal mereka berkunjung ke pusat membeli-belah sehingga kini lelaki itu masih lagi setia memegang tangannya. Bukannya dia rimas cuma dia berasa sedikit segan kerana mereka berdua berada di tempat awam.

"Biarlah I nak pegang tangan tunang sendiri lama-lama. Kenapa? You nak I pegang tangan perempuan lain pula ke?" Ihsan cuba mengusik pujaan hatinya. Setelah mendengar kata-kata Ihsan, Aira terus melepaskan tangan Ihsan.

"Ish, pergilah pegang tangan perempuan lain." Aira mendengus kasar. Dia tidak suka apabila tunangnya mengusik tentang wanita lain di hadapannya. Dia begitu sensitif apabila Ihsan menyebut topik itu. Aira terus meninggalkan Ihsan di belakang.

"Sayang, tunggulah! I gurau jelah." Ihsan mengejar Aira yang sudah pun meninggalkan dirinya di belakang. Dia terus mencapai semula tangan Aira. Kemudian, dia memusingkan tubuh Aira menghadap ke arah tubuhnya.

"Sayang, I'm sorry okey? I cuma bergurau je. Takkanlah I nak pegang tangan perempuan lain sedangkan I ada you? You know how much I love you right?" Ihsan memujuk tunangnya. Dia tahu Aira tidak suka apabila diusik dengan topik sebegitu. Namun, Ihsan tetap akan mengusiknya kerana dia suka melihat wajah cemberut Aira. Perempuan kan nampak lebih cantik bila marah.

"You ni jahat tau. Suka sangat usik I macam tu. I tak jadi kahwin dengan you nanti baru you tahu!" Aira mengugut Ihsan. Kemudian dia memukul perlahan dada tunangnya, lebih kepada pukulan manja.

"Sayang, apa ni! Mana boleh ugut macam tu! Kita dah tempah kad kahwin tau! I ni dah tak sabar nak kahwin dengan you. Future wife I ni mesti cantik macam bidadari kan waktu wedding kita nanti." Ihsan sudah membayangkan betapa cantiknya Aira pada hari kejadian nanti. Gadis itu benar-benar sudah membuatkan dia gila bayang.

"Perasannya you ni. Siapa nak kahwin dengan you?" Aira membalas. Namun, dalam hatinya turut membayangkan perkara yang sama. Dia sudah tidak sabar mahu menjadi isteri kepada jejaka yang telah mencuri hatinya.

Ihsan dan Aira sudah berkenalan sejak zaman universiti lagi. Sudah 5 tahun mereka bercinta dan akhirnya mereka memutuskan untuk menyambung hubungan mereka ke peringkat yang seterusnya. Ihsan kurang bergaul dengan gadis yang lain memandangkan dia sudah selesa berkawan dengan Aira. Jadi, hanya Aira sahajalah satu-satunya teman perempuan yang dia punya.

"Mestilah you, sayang. Dah sekarang ni, kita pergi cari barang kahwin okey? You cakap je you nak apa untuk barang hantaran nanti I belikan." Ihsan terus memimpin tangan Aira lalu mereka berdua berjalan beriringan di dalam pusat membeli-belah tersebut.

Aira tidak mampu untuk bermasam muka dengan Ihsan terlalu lama kerana lelaki itu tahu akan kelemahan dirinya. Cara Ihsan memujuk dirinya pun sudah membuatkan dia lemah. Sesungguhnya dia benar-benar sayangkan Ihsan.

---

PINTU kedai dibuka oleh Elyana dari luar. Dia terus ke arah kaunter butik tersebut bagi mencari kelibat sahabat baiknya. Namun, bayangan sahabatnya itu langsung tidak kelihatan di matanya. Hairan betul, biasanya waktu sebegini sahabatnya itu sudah tiba di butiknya. Elyana terus menerpa ke arah salah seorang pekerja yang turut bekerja di butik tersebut.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now