35

22 4 7
                                    

Iman terjaga. Diperhati jam digital pada meja kopi disebelahnya.

4:05 AM.

Masih awal. Sumpah masih awal. Matanya baru sahaja lelap sekitar 1:30 pagi tadi dan sekarang sudah terjaga. Dalam hati, dia mengutuk puas. Inilah sebab dia tidak mahu tidur petang tadi. Selesai makan, matanya terasa memberat. Makanya dia tidur sekejap.

Biasalah, sekejap itu pun adalah dalam 4 jam. Sampailah Aiman pulang dari kerjanya, mengejutkan Iman yang tidur lena di sofa.

Cerita petang tadi lah. Yang pukul 4 pagi ni, Aiman tidur elok sahaja di sebelahnya. Penat mungkin bekerja semalam. Sudah beberapa kali Iman memusingkan badan, mencari posisi sesuai untuk tidur. Namun, masih tidak berjaya.

"Sayang?"

Iman memandang suaminya. Mata lelaki itu masih tertutup namun tangannya sudah berada di pinggang Iman. Ditarik rapat badan isterinya ke arahnya dan mula menepuk perlahan sisi bokong wanita itu.

"Sorry saya kejutkan awak."

"Hm. Tido."

Sebelah tangan Aiman disusup masuk ke lekuk leher Iman sebagai sokongan untuk wanita itu meletakkan kepalanya di dada Aiman. Sudah beberapa minggu, begitulah rutin mereka jika Iman terjaga dan tak boleh tidur semula selepas itu.

"Tenang bunyi jantung awak. Suka dengar."

"Hm."

"Sorry."

Tangan masih menepuk bahagian tersebut, sesekali lambat sahaja dia mengangkat untuk melalukan gerakan seterusnya kerana dia juga hanyut melayan kantuknya.

Menidurkan Iman tidaklah susah mana. Seolah olah menjaga bayi--begitulah. Itu baru perihal terjaga waktu tidur. Belum lagi jika Iman mengadu perutnya sakit, pening kepala.

"Awak nak period ke sayang? Tanda tanda macam pms je ni. Nak muntah tak? Panadol telan dah? Ke panas sangat cuaca sekarang?"

Begitulah seterusnya. Dilengkapkan juga segala keperluan, tak kisah jika Iman mahukan makanan apa pun-- dicari juga walaupun kekadang Aiman merungut, "Sayang, puteri mandi ni sayangkan reti buat? Kenapa nak beli. Awak buat jelah."

"Mood nak buat tak datang. Saya cari dekat foodpanda dengan grab pun tak ada. Dekat halo delivery pun tak ada option kuih muih ni."

"Siap siap cepat. Jom beli." Aiman memegang kunci kereta. Iman menggeleng. "Malas juga nak keluar. Awak keluar sorang boleh tak bb?"

"Iyalah tu. Tapi nanti saya balik, saya nak request satu benda."

"Apatu?"

"Kita makan spagetti nak? Saya masak. Awak biat air je. Duduk dekat meja sambil tunggu saya siap masak. Lepss tu kita makan sama sama."

"Cool. Tapi bb, kita memang makan je ke kerjanya?"

"Yelah. Entah awak ni masuk angin kut sebab tak makan tadi tengah hari."

Iman merenyih. Sedikit kagum dengan cara lelaki itu memahami reflek tubuh badannya.

"Puteri mandi jangan lupa."

"Ye yang. Tak lupa pun yang."

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now