"Keputusan kami muktamad. Aisy tetap kena terima. Full stop!"tegas Encik Hafiz.
"Tapi Aisy baru 17 tahun la. Muda lagi. Tak puas nak enjoy lagi. Aisy taknak pegang tanggungjawab yang besar macam ni dalam usia macam ni." Aisy cuba memujuk mama dan papanya.
"Aisya sayang. Kami buat keputusan macam ni bersebab. Mama dengan papa nak yang terbaik untuk Aisy. Kami harap Aisy setuju. Jangan hampakan kami ya sayang." Lembut Puan Roslina memujuk.
"Macam mana kalau Aisy tak happy? Aisy taknak korbankan hidup aisy dengan lelaki yang tak boleh buat Aisy happy. Mama dengan papa yakin ke yang dia boleh terima semua kekurangan Aisy?" Aisy menyoal sambil memandang mama dan papanya. Encik Hafiz dan Puan Roslina saling berpandangan Dan tersenyum.
"Don't worry about that dear. I'm very sure yang dia dapat terima Aisy seadanya. Kalau dia Tak setuju dengan perkahwinan ni mama dengan papa takkan suruh Aisy kahwin." Aisy memandang wajah ibu bapanya bersilih ganti dengan riak tertanya-tanya.
"Aisy kenal ke lelaki tu?"
"Sangat kenal."
"Siapa?"
Puan Roslina dan Encik Hafiz tersenyum.
***********************"************
Pagi itu, Aisy dengan malasnya bersiap untuk pergi ke sekolah. Mahunya tak malas jika dia terpaksa menghadap muka bakal suami yang tak dicintai. Aisy melepaskan keluhan. Selepas sahaja bersiap dia terus turun ke bawah lalu terus bersalaman dengan ibu bapanya. Take mood nak sarapan. Apabila sampai di sekolah, kelihatan Anis sudah menunggu di pagar sekolah.
"Pagi-pagi muka dah macam tertelan cuka ni dah kenapa? Pagi-pagi tak elok tau muka masam macam ni. Orang cakap nanti rezeki tak masuk. Cuba senyum sikit," bebel Anis. Aisy hanya menjeling sahabatnya itu. Orang takde mood boleh pulak dia membebel.
"Kau boleh tolong diam tak? Aku tengah takde mood ni." Aisy berkata malas. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia menghamburkan kemarahan tapi apabila mengenangkan yang di sebelahnya ini adalah sahabatnya ditahankan sahaja rasa amarahnya itu.
"Sorry la. Aku nak happykan kau je. Kau ade problem ke?" Soal Anis prihatin.
"Nanti la aku cerita. Aku takde mood ni. Tunggu mood aku okey. Itu pun kalau aku rasa nak bagitahu." Anis hanya mengangguk faham. Dia tidak mahu mendesak sahabatnya itu untuk menceritakan masalah. Biarlah sahabatnya itu membuka mulut sendiri. Sampai sahaja di kelas seperti biasa, Aisy terus meletakkan kepala di atas meja. Baru sahaja ingin memejamkan mata, Anis menyoal.
"Homework math dah siap ke?"
"Belum. Relax la. Sir bukannya ada pun. Nanti la aku buat," jawab Aisy. Dia memejamkan matanya sehingga terdengar derapan kaki seseorang.
"Assalamualaikum kelas. Hari ni saya gantikan Sir Haqim. Saya difahamkan bahawa Sir Haqim ada tinggalkan homework untuk awak semua. So, silalah siapkan homework kamu semua," kata Naufal sebelum mengambil tempat duduk di meja guru.
Aisy terus mengangkat kepalanya apabila mendengar kata-kata itu lalu memandang pemilik suara itu. 'Ingatkan takde masa dia hidup aku boleh tenang. Rupanya sama je' gumam Aisy dalam hati. Aisy mengeluarkan buku latihan matematiknya. Berkerut dahinya memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah matematik tersebut. Sesungguhnya itulah mata pelajaran yang paling dibenci.
"Susah sangat ke soalan tu sampai berkerut dahi tu?"soal Naufal sambil melangkah ke arah Aisy dan Anis.
Aisy mengangkat wajahnya untuk melihat wajah ustaznya. Naufal hanya menayangkan riak biasa.'Seriously ustaz ni boleh buat macam takde apa-apa yang jadi? Geramnya aku.' kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati.
"Soalan senang je ni." Hanya mengambil masa dua minit masalah tersebut dapat disesaikan oleh Naufal. Aisy dan Anis yang melihat melopong.
"Hebatnya ustaz. Saya pun nak fikir jalan kira tu pun 5 minit tau ustaz." Anis memandang Naufal tidak percaya. Naufal pula hanya tersenyum apabila dipuji oleh anak muridnya.
"Ustaz boleh buat sebab ustaz minat matematik. So, that's why la ustaz rasa soalan tu mudah." Kata Naufal sambil membelek soalan yang lain. Aisy yang sedari tadi memandang wajah Naufal mengalihkan pandangan apabila Naufal memandangnya.
Aisy tunduk memandang buku latihannya cuba untuk memahami jalan penyelesaian yang dibuat oleh Naufal. Naufal yang perasan dahi Aisy masih lagi berkerut, menerangkan secara perlahan tentang langkah-langkah perkiraan. "Dah faham?"soal Naufal. Aisy hanya mengangguk. "Cuba buat soalan yang ni. Step sama je." Naufal menunjukkan soalan yang seterusnya. Dia hanya memrhati Aisy menjawab soalan tersebut. Anis yang melihat pula terasa aneh.
"Ustaz dengan Aisy nie macam ada something la. Ada affair ke?"soal Anis sambil matanya dikecilkan memandang Naufal dan Aisy. Aisy dan Naufal memandang ke arah Anis sebelum berpandangan sesama sendiri.
"Kau merepek apa ni?"soal Aisy sambil mengetuk kepala sahabatnya itu menggunakan pensil."Kau sendiri nampak ustaz ajar aku sebab aku tak faham. Jangan nak mengarut." Aisy menjeling Anis. Kemudian, dia mengalihkan pandanagannya kepada Naufal sebelum .enjeling Naufal tajam. Naufal kembali ke meja guru sesudah selesai mengajar Aisy.
************************************
Naufal merebahkan badannya ke atas katil. Dia merehatkan lengannya di atas dahi sambil matanya dipejamkan. Dia teringat akan perbualannnya bersama anak muridnya sebelum pulang dari sekolah.
*Flashback*
"Kenapa ustaz setuju?"hambur Aisy apabila tiba di meja ustaznya. Nasib sahaja tiada guru di dalam bilik guru tersebut. Naufal yang sedang menyiapkan laporan itu tersentak."Astaghfirullahaladzim. Nak gugur jantung saya tahu tak? Cuba la bagi salam dulu. Nasib baik saya takde hear attack tau. Kalau tak dah hilang ustaz handsome kat sekolah awak ni."bebel Naufal namun masih sempat memuji diri sendiri.
"I don't care. Saya cuma nak tahu kenapa ustaz setuju dengan cadangan parents kita yang bagi saya tak masuk masuk akal langsung." Aisy memandang Naufal tajam.
"Jawapan yang pertama sebab awak adalah pilihan umi. And kebiasaan pilihan ibu bapa ni adalah yang terbaik. Jawapan yang kedua adalah sebab saya yakin awak jodoh saya. Lepas umi bagitahu saya tentang cadangan parents kita, start situ saya mula buat istikharah. And jawapan tu positif. Jadi ada sebab ke untuk saya menolak?"balas Naufal tenang.
"Tapi saya masih muda. Boleh ke ustaz nak hadap perangai saya? Saya ni bukan perempuan yang baik."
"Baik atau tidak itu bukan masalahnya. Manusia boleh berubah. Saya ni pun bukannya baik sangat. Kita still boleh perbaiki diri Kita lepas kahwin nanti."kata Naufal lembut. Aisy melepaskan keluhan berat. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berumah tangga dan memegang tanggungjawab yang besar pada usia muda begini.
"Mohonlah petunjuk daripada Allah. Buat istikharah. Allah akan bagi petunjuk apa yang terbaik untuk kita."pesan Naufal. Aisy hanya mengangguk. Selesai sahaja Naufal berpesan Aisy meminta diri untuk pulang.
*End flashback*
"Mampukah aku menjadi suami yang terbaik ya Allah?"soal Naufal kepada dirinya sendiri.
I am back guys. Sorry ya buat para readers sebab dah lama tak update. Buat masa nie author busy sikit but author akan tetap cari Masa untuk update okey. Jangan lupa vote and comment tauu
YOU ARE READING
USTAZ, I LOVE YOU !
Romance"Mama dengan papa dah berbincang nak kahwinkan Aisy dengan lelaki pilihan kami" " What ma? Kahwin? No ! Aisy baru 17 tahun la ma. Aisy taknak !! Nur Aisya Irdina seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dipaksa untuk ber...