🌹🌹🌹
Kiara duduk di ruang tamu rumahnya. Dia pelik dengan Kang Yeosang itu. Suara dan bau lelaki itu benar-benar sama dengan 'dia'. Aktiviti tadi berjalan lancar sahaja, semua permainan pun dimenangi oleh kumpulannya. Hebat betul 6 lelaki itu.
Dia pejamkan matanya sejenak, memikirkan ayat Yeosang.
Did you get DejaVu?
Apa DejaVu yang dimaksudkan lelaki itu? Kiara gelengkan kepala, matanya dibuka semula. Bapanya tiada di rumah, seperti biasa. Kesunyian ini agak asing baginya kerana dulu dia selalu saja disuruh-suruh Felix dan Rosette. Setelah dua beranak itu dihalau, sunyi lah jadinya.
Tetapi dalam kesunyian ini, dia rasa tenang. Kiara bangun dari sofa, melangkah ke biliknya. Penat betul rasanya hari ini. Dia rebahkan diri di atas katil, matanya terpandangkan mawar merah di atas meja belajarnya.
Yeosang.
Sementara Yeosang pula duduk di atas bumbung salah satu bangunan, senyum memandang bilik Kiara yang menyala terang. Dia nampak bayang-bayang Kiara yang duduk di atas katil.
"Segila itu kah kau kepada aku, Kiara?"
Senyuman Yeosang hilang apabila dia nampak figura Felix yang mengenakan hoodie hitam, melangkah ke arah rumah Kiara. Matanya dikecilkan. Tiba-tiba dia rasakan ada sesuatu yang tak kena, sekaligus ada babak-babak yang bakal berlaku muncul di dalam bayangannya.
Mata Yeosang terus bertukar merah pekat apabila dia menyedari apa yang bakal menimpa Kiara. Tangannya terketar-ketar menggenggam penumbuk, hingga timbul urat di lengan dan lehernya.
"Don't touch my property."
🌹🌹🌹
Kiara baru nak tutup lampu, bunyi loceng rumah membuatkan niatnya dibatalkan. Dia melangkah turun daripada tingkat atas, terus meluru ke pintu. Timbul juga rasa teragak-agak nak buka pintu memandangkan hari lewat malam.
Tapi buka sajalah, mana tahu bapanya pulang kan?
Terbuka saja pintu, Kiara terkedu. Cepat-cepat dia nak tutup pintu tapi tangan lelaki itu kuat menolak pintu itu semula. Tubuh Kiara ditolak hingga jatuh ke lantai, pintu ditutup rapat dan dikunci. Lelaki itu senyum sinis melihat Kiara yang segera bangun dan mencari barang untuk dijadikan senjata.
"Kau nak apa, Felix?!"
"Kau tahu tak Kiara, kenapa aku benci kau jadi adik tiri aku?"
"Bekas adik tiri!"
"Well whatever. Sebab aku sukakan kau, Kiara."
Kiara cepat-cepat berlari ke tingkat atas, namun Felix kejar dengan tawa sinis. Kiara berjaya melepaskan diri ke dalam bilik, dia memeluk lutut sambil duduk di atas katil. Dia tak dapat berfikir sekarang ini.