"Ibu" jerit Olivia, gadisnya pendek dengan potongan rambut boyyish cutting.
Dia berdiri di sebelah basikalnya sambil sebelah tangan menutup sebahagian mukanya daripada cahaya matahari.
Puan Evelyn berlari - lari anak keluar daripada rumah apabila mendengar jeritan anaknya itu.
"Kenapa tak pergi sekolah lagi ni, Olive?" Tanya Puan Evelyn. Jawapan itu hanya dijawab pabila anaknya menunjukkannya tayar basikalnya yang sudah kempis.
" Tayar bocor?"
Olivia mengangguk segera. Puan Evelyn memeriksa tayar tersebut. Kempis sekempisnya.
"Ayah dah pergi kerja, kalau tak boleh tumpang" kata Puan Evelyn. Suaminya keluar lebih awal kerana ada mesyuarat penting, katanya.
Olivia memeriksa jam.
" Dah lambat ni ibu. Hmmmm... Apa kata hari ni Olive cuti. Satu hari ni je." Ujar Olivia sambil tangannya membuat bentuk satu
Puan Evelyn memandang anaknya dengan rasa syak.
" Olive tak sengaja bocorkan tayar kan?" Tanya puan Olivia.
Wajah olivia berubah tetapi dengan cepat dia dia mengaburinya dengan ketawa yang kedengaran terpaksa.
"Ha ha , mana ada, buat apa olive nak buat macam tu. Tadi, olive tengok memang tiba-tiba dah bocor. Betul" bersungguh- sungguh olivia menyakinkan ibunya.
Rasa curiga Puan Evelyn semakin berkurang.
Olivia tersenyum kecil. Rancangannya berjaya
"Kalau macam tu.."
"Kring, kring" Belum sempat Puan Evelyn menghabiskan ayatnya. Kedengaran bunyi loceng basikal berbunyi.
Puan Evelyn dan Olivia memalingkan kepala.
Hanya dipisahkan dengan pagar paras bahu, seorang budak lelaki sebaya Olivia berbaju sekolah dan berbasikal menghampiri mereka. Lucas, rakan baiknya sedari kecil sehingga kini.
" Oh perfect. Selamat pagi, Lucas" tegur Puan Evelyn, senyumannya sampai ke telinga. Lain pula buat Olivia. Mukanya masam. Kalau dilihat cara dia memandang Lucas seperti Lucas daging yang ingin dilahapnya.
"Selamat pagi, Auntie Evelyn, Olive, kenapa kau tak gerak lagi?" Tanya Lucas. Senyuman manis diberikan kepada Puan Evelyn dan Olivia. Tapi melihat wajah olivia yang seperti menahan marah. Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Tak. Kenapa kau tak gerak lagi. Bukan selalunya belum sempat matahari terpacak kau dah sampai kat sekolah" ujar Olivia dengan senyuman terpaksa.
Penghancur rancangan. Tak guna punya Lucas
Lucas menggaru kepala" Terbangun lewat."
Olivia mengeluh. Harini juga kau nak bangun lewat. Ishh dia nikan.
" Nasib baik Lucas ada. Boleh hantarkan Olive ke sekolah tak. Tayar basikal dia kempis" sampuk Puan Evelyn.
Lucas terus mengalihkan pandangan ke tayar Olivia sebelum memandang Olivia.
Dia sudah dapat membaca plan Olivia dan melihat reaksi Olivia dia tahu, gadis berperagai tomboy itu menganggap dia penghancur rancapan master plannya.
Dan dia boleh membaca maksud di sebalik pandangan Olivia.
'Jangan' Olivia mengecilkan matanya.
'Apa alasan aku nak bagi?' Lucas mengangkat sedikit dagunya sambil mengangkat kening
'Apa-apalah' Olivia membuka mulutnya kecil. Perlahan tetapi Lucas dapat mrmbaca gerak mulutnya.
Lucas tersenyum kecil.
"Boleh Auntie. Olivia. Hop in"
Olivia tersentak. Dia memandang Lucas yang menyorong basikal keluar daripada rumahnya dengan perasaan bengang.
Puan Evelyn begitu gembira. Habis ditolaknya Olivia. Olivia mengeluh perlahan sebelum merelakan diri ditolak ibunya.
" Terima kasih Lucas" Puan Evelyn memberi bagpack milik Olivia kepada Lucas. Lucas mengangguk.
"Tak ada masalah , Auntie Evelyn. Olivia naik!"
Olivia mengangkat keningnya.
" Nak duduk mana?"
"Kat depan ni" arah Lucas.
"Seriously. Ibu...."
Puan Evelyn mengeluh.
"Sudah-sudahlah tu. Nanti Lucas lambat pula. Olive naik!"
Dengan muka terpaksa olivia duduk di atas top tube di antara breakholder grip dan Lucas.
' Nasib baik aku kurus. Siap kau Lucas' bisik hati Olivia.
Lucas menahan ketawa
" Kami pergi dulunya Puan Evelyn" ujar lucas sebelum dia memulakan kayuhannya.
"Byebye, ibu" ujar Olivia sambil melambai ke arah Puan Evelyn.
Puan evelyn membalas lambaian.
Sinaran matahari yang bersinar, bunyi burung berkicauan, pokok- pokok hijauan di tepian dan angin yang bertiup sempoi- sempoi bahasa tetap tidak dapat menambat rasa marah dalam hati Olivia.
Dia menjeling Lucas di tepinya. Budak lelaki yang berkulit putih , bermata biru itu memang membutkan dia naik angin.
" Kau sengaja bocorkan tayarkan, olive" pandangannya kepada Lucas terus dialihkan.
" Kalau dah tahu kenapa kau tak tolak je bila mak aku minta tolong. Bengang betul aku dengan kau."
Lucas ketawa kecil. Dia hanya menjawab setelsh basikal membelok ke arah kiri.
"Takkanlah aku nak cakap tak. Kau pun satu , tayar kempis? Carilah alasan lagi elok" Senyuman masih tidak hilang dari bibir Lucas.
Lucas memang gemar tersenyum. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
" Kalau aku kata aku demam, atau selesema memang tak jalanlah"
Lucas ketawa kecil. "Dah overused ye?"
" Tahu tak apa" balas Olivia. Redha.
"Oh no!"
"Kenapa?" tanya Olivia apabila Lucas memberhentikan basikalnya secara tiba-tiba.
"Itu" Sekumpulan pengawas sudah berkumpul di depan pagar sekolah.
" Adub pengawas pulak. Olive, camne nak masuk ni."
Olivia turun dari basikal. Dia melihat sekeliling sebelum tersenyum.
"Aku ada idea yang bijak. Ikut aku"
Ps: Hi guys this is the first book that I published. Please leave comments and wait for the upcoming chapters. Xo
YOU ARE READING
SMASH LOVE TO YOUR HEART
Teen FictionLucas dan Olivia berkawan rapat sejak kecil. Setiap perkara dilakukan bersama dan usik- mengusik sudah menjadi kebiasaan di antara mereka. Apabila mereka diterima serentak ke pasukan badminton kebangsaan pada usia 15 tahun, persahabatan mereka mulai...