"Bb, rumah saya dah ada tenant baruuuu. Dua bulan eh kita tunggu, alhamdulillah ada juga yang nak sewa."
"Alhamdulillah. Bujang ke yang? Maklumat penyewa tu awak ada ambil dah kan? Serah dah kunci?"
"Haah bujang. Tapi dia share dengan kawan kawan dia lah. Maklumat tu ada. Ambil dah untuk tiga tiga orang tu. Kunci pun saya serah dah. Ni diorang sewa sebab study dekat UPM ni ha. Kerja sambil belajar tiga tiga tu. Bestnya. Bagus betul ada pegangan macam tu."
"Bagus apa. Saya rasa kita ni struggle gila gila tau nak cari duit tapi dalam masa yang sama nak belajar juga. Nak tak nak, kena ambik satu je. Nampak tak gagalnya sistem pendidikan kita?"
"Tapi kita ni kan bukan diorang tu. So tak boleh pukul rata. Mungkin diorang selesa macam tu? Sebab perspektif mereka tu, kita tak dengar lagi kan. Itulah tu."
"But if we see it roughly, memang macamtulah penyebabnya. Bayangkan waktu diploma dah pinjam ptptn. Takkan waktu degree pun nak ambil ptptn lagi? Makanya terpaksalah berkorban kejap belajar tu. Cari duit setahun dua, barulah boleh nak sambung belajar. Macam penyewa rumah awak ni."
"Wah, bb you ada pengalaman ke? Bukan ke you silver spoon?"
"Silver spoon sebab bijak je, sayang. Itu yang banyak biasiswa tawarkan. Ayah saya kan orang biasa je. Takde privileged apa apa pun. Alhamdulillah bila besar dah jadi orang."
"Kan. Kalau tak, sesia je bayar cukai."
"Lah, awak berdendam ke dengan biasiswa? Tak rilek betul dia punya ayat."
"Kan cakap biasa je ni?"
"Okay sayang."
"Okay bb."
"Hm, bb. Nak tanya lagi."
"Mendengar."
"Kerek gila 'mendengar' dia. Okay soalan dia, berapa kerap awak bersenam dalam sebulan?"
"Nohhh, random teruk soalan. Saya bersenam masa nak ngorat awak dulu je. Lepas tu awal awal kahwin haritu, ada jugalah sekejap bersenam. Nak tunjuk badan saya ni 🤌 dekat awak. Tapi awak macam tak impressed. Penat je kita ni bersenam."
"Lah, selama ni saya puji dalam hati je ke? Tak terluah eh? Bb, you got nice body meh. Cenggini 👍👍👍."
"Then, how about you? You bersenam ke, sayang?"
"I turun naik tangga dekat office. Tak naik lift. Kira okay lah tu kan? Ke nak kena buat senaman betul betul? Yoga dengan skipping pun saya kena buat juga ke?"
"Ikut keperluanlah, sayang. Saya rasa badan awak dah okay. Jaga pemakanan awak jelah kalau awak nak keep healthy. Yang turun naik tangga tu cun dah tu. Mesti sakit kan kaki awak setiap hari? Pakai heels lagi. Lepas ni nak saya tuamkan ice tak setiap hari?"
"Nak nak. Yeay yeay boleh manja manja dengan bb kita.
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Любовные романыmanis bukan senyuman saya?