06

327 38 28
                                    

🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹

    Usai dengan aktiviti pada hari ini, Kiara terus pulang ke rumah. Dia nak siapkan bilik tetamu untuk 4 jejaka yang bakal menemaninya sepanjang ketiadaan tuan Park. Maklumlah, hero-hero remaja perlu menjaga keselamatan heroine remaja. Ada ke heroine remaja?

  Usai menyiapkan bilik tetamu, Kiara ke ruang tamu. Dia terfikirkan apa yang berlaku diantara dia dan Yeosang. Sepanjang aktiviti hari ini, Yeosang tiada. Katanya dia tak sihat. Tak sihat apa ke bende? Membohong je.

  "Aku suka betul bila kau fikirkan aku." tersentak hebat Kiara dibuatnya apabila Yeosang tiba-tiba muncul di belakangnya, nafas lelaki itu menyapa lehernya.

   "A..apa k..kau?! Macam mana kau masuk?! Aku dah kunci pintu!"

  "Seperti mana aku masuk pada malam Felix serang kau, macam tu lah aku masuk hari ini." Yeosang selamba melabuhkan punggung di atas sofa, dia menukar siaran televisyen.

  Kiara terus menjauh daripada Yeosang. Dia yakin lelaki ini.. aneh. Macam mana dia boleh masuk sesuka hati begini, dalam mimpi orang pun dia nak masuk! Dia ni ahli sihir ke apa, tapi kalau betul Yeosang ahli sihir, mana penyapu?

  Bukan ahli sihir suka terbang guna penyapu ke? 

  "Baru sekarang ke kau nak takut? Bukan selama ni kau selalunya rasa selamat dengan aku?" soal Yeosang, bersilang kaki. 

  Kiara telan air liur, masih perlahan-lahan cuba menjauhkan diri sehingga Yeosang tiba-tiba muncul di hadapannya dan ditolaknya tubuh Kiara ke dinding. Kiara mengaduh sakit apabila belakang tubuhnya menyentuh dinding dengan kasar. 

  Yeosang berada betul-betul di hadapannya.

  "Sepatutnya kau tak tahu siapa aku. Belum masa. Tapi kau ni bijak juga. Aku fikir kau bodoh dan takkan tahu yang aku dan lelaki dalam mimpi kau tu, adalah orang yang sama." ucap Yeosang seraya matanya memandang leher Kiara yang terdedah.

  "Kau bukan manusia kan?"

  "Anggap saja aku syaitan. Sekarang, takut? Lelaki yang kau sangka angel ini adalah lelaki yang.. jauh dari sangkaan kau." Yeosang senyum sinis.

  Ya, takut. Kiara takut. Dia langsung tak nyaman di saat ini, semua rasa aman dan damai yang dia rasa dulu lesap setelah dia tahu siapa lelaki ini dan tambahan lagi, dia yakin lelaki ini bukan seorang manusia.

  "Kau nak apa dengan aku?" soal Kiara, langsung tak pandang wajah Yeosang.

  "Look at me."

  "No."

 "Then i'll do it by force." Yeosang cengkam kasar dagu Kiara, memaksa Kiara memandangnya.

  "Mmh!" Kiara cuba menepis namun kekuatan lelaki ini luar biasa, tak terkesan sikit pun.

  "Diam. Or i'll do it by force too." Kiara diam, dia tahu Yeosang tak bergurau. "Papa kau buat perhitungan dengan aku. Kau mesti pelik macam mana dia dapat.. hidup mewah begini kan?" Yeosang sengetkan kepalanya memandang Kiara.

DejaVuWhere stories live. Discover now