Bab 54

188 32 16
                                    

Bunyi ombak menderu.

Lara membuka pintu gelangsar di balkoni biliknya di Avani Sepang Goldcoast Resort. Semalaman dia bersendirian di resort atas air tersebut. Pemandangan pada pagi itu sungguh indah dan damai. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sungguh nyaman, menenangkan fikiran.

Lara duduk di balkoni bersama secawan kopi panas dan komputer riba. Saat dia masuk ke akaun Yahoo! untuk memeriksa email daripada agensi peragaannya, tiba-tiba sahaja dia terperasankan mesej 'offline' di Yahoo! Messenger yang telah ditinggalkan oleh si Evo^7 atau Syed Al-Fahd. Kali terakhir mereka bersembang adalah beberapa bulan yang lepas mengenai penempatan latihan praktikal di Petronas.

Evo^7: Hi you, ada rupanya budak-budak universiti lain yang buat praktikal dekat Petronas! Haha! I baru tahu... Maklumlah, selama ni I kerja dekat laut je, tak ambik tahu pun hal-hal pejabat...

Evo^7: Kalau you nak try apply untuk practical dekat sini, email je resume you... I boleh hantar straight ke HR! Gerenti you dapat punyalah, I ngam dengan semua manager HR tau :D

Evo^7: Lepas tu letak passport photo dekat resume you tu yang cun-cun sikit ye...

Evo^7: Hehe... Kidding... Jangan marah! :P

Lara tertawa sendirian. Dia tahu dalam pada bergurau, si Fahd sebenarnya memang hendak melihat fotonya. Ini kerana gambar profil Lara di Yahoo! Messenger itu adalah gambar bunga dan lelaki itu pernah berbasa-basi untuk meminta fotonya beberapa kali tetapi tidak dilayan.

Dengan senyuman di bibir, Lara membalas mesej tersebut walaupun status Evo^7 itu tidak aktif...

Lara_Croft: Hi Fahd! Thanks sebab you sudi recommend untuk practical placement dekat Petronas :)

Lara_Croft: Oh my god, I rasa Petronas tu macam tempat praktikal idaman setiap student! Ahaks!

Lara_Croft: I kena update resume dulu... Nanti kalau dah settle semua (termasuklah ambik gambar passport yang cun melecun ;P LOL!) I email dekat you yea...

Lara_Croft: But no rush sebab I punya practical tahun depan, lama lagi...

Lara_Croft: Okay-lah, I got to go... Hopefully dapat chat dengan you bila-bila nanti... Take care, Fahd!

Lalu, Lara menekan butang 'Sign Out' yang terdapat di halaman web tersebut. 

Lara tersenyum lebar. Kalaulah dia dapat menjalani latihan praktikal di Petronas, semakin cantiklah resume-nya nanti. Sudahlah CGPA tinggi, dapat pula pengalaman praktikal di syarikat gah. Hati Lara berasa sungguh girang.

Dia terus membuka email daripada TMC Model Management untuk melihat jadual penggambaran kempen Roxy di Pulau Boracay, Filipina pada minggu hadapan.


*          *          *          *          *




"Opss...!" Jerit Natasha apabila hampir-hampir sahaja berlanggar dengan seseorang di lorong antara dinding galley dan kabin kelas perniagaan. Terasa sosok tubuh itu tinggi dan tegap dan saat itu juga, matanya segera menangkap wajah Ashraf. Mereka berpandangan buat seketika di dalam pesawat yang telah kosong. Tiada kata yang keluar, hanya wajah lelaki itu tanpa perasaan memberikan laluan buatnya.

Lantas, Natasha terus mencelah dan berlalu pergi. Fikirannya terbayangkan dada bidang bersama tubuh sasa si Ashraf yang menjadi igauan setiap gadis. Dalam keadaan yang sungguh rapat seperti tadi, Natasha membayangkan jika dia terus memaut lengannya pada tengkuk Ashraf dan memberikan satu ciuman hangat buat lelaki itu. Serta-merta dia teringatkan Lara Rizman dan jeritan Ashraf di Biltmore Hotel beberapa minggu yang lepas. Tak pasal-pasal pula dia berasa sakit hati. Cemburu!

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now