completed, kim doyoung nct fanfiction
[ book 2 of similarity ]
SHORT STORY VER. | EBOOK SOON
continuation of the story of the moon with egoistic aquarius
marriage with conflict, angst au.
[ cloudnight98 artworks || 2021 ]
Jungha melepaskan nikmat melihat dunia demi menyelamatkan anaknya yang berada di dalam rahimnya. Tangannya yang disejuk dipegang oleh suaminya, jantungnya sudah tiada di dalam tubuhnya. Badannya yang kecil itu dipeluk kuat, sang suami tak henti menitiskan permata yang tersakiti.
" Jungha, kenapa tak peluk saya balik ? Badan awak sejuk sangat, "
Si isteri disahkan mati otak dan prosedur pendermaan jantung kepada Jungho yang hampir terjatuh di ambang maut berjalan dengan lancar. Doyoung menghormati keputusan Jungha yang ingin mendermakan jantung kepada kembarnya, rela melepaskan Kim Jungha dari genggamannya.
Doyoung tersandar lemah di dinding bilik upacara pengembumian Jungha. Matanya masih lagi terlekat melihat foto Jungha tersenyum manis. Dia masih lagi mencintai gadis itu walaupun terpaksa mengikuti permintaan eommanya. Tiada lagi tetamu yang hadir setelah jam melepasi pukul enam petang.
" Jungha, sup rumpai laut nenek awak masakkan dah basi kat rumah. Patut ke saya makan ? " Doyoung berkata sendirian.
" Jungwoo dengan Eunjoo baring di katil masa Jungha dan Jungho lahir dulu. Sekarang, mereka pula mengalami nasib sama seperti ibu ayahnya. "
Renungan kembali pada sudut bilik dan Doyoung memahami sesuatu, " Baru faham mengapa nasib keluarga mereka sama sahaja, "
" Diorang tak pernah pun merungut bila kena hina, "
Doyoung menyedari realiti selepas bunyi kasut tumit tinggi menuju ke biliknya. Wajahnya kembali tersenyum melihat Jung Eun baru sahaja balik dari jagaan Hayoon.
" Hayoon, terima kasih sebab jagakan Jung Eun. "
" Aku kawan kau. Kenalah tolong kawan walaupun dalam kesusahan. " Hayoon mengenyitkan matanya. " Aku hantar kau baliklah, alang-alang area rumah kau dekat dengan kedai date aku tu. "
" Tak habis-habis kau punya date tu, " Doyoung berdecit kepala. Ada sahaja rakannya nak berkepit 24 jam dengan pakwe.
" Ala, aku pun nak bermanja dengan pakwe aku jugak. Kitorang busy nak plan wedding ni, "
" Lahhh, kau nak kahwin tak cakap kat aku ! "
" Woi, Doyoung. Kau orang first tau yang tahu aku nak kahwin dah ! " Hayoon nak je lempang member dia.
" Aku pikir date biasa je, rupanya nak kahwin dah member aku sorang ni, "
Hayoon tergelak teringat sesuatu, " Weh, teringat zaman kau nak kahwin dengan aku dulu HAHAHAHAHAHAHA, "
" Siot teringat, jangan cerita kat Jung Eun. " Doyoung cuba menutup telinga Jung Eun.
" Bluek, aku nak cerita jugak ! "
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
,,,
Hayoon meninggalkan Doyoung dan Jung Eun di sebuah apartment mewah yang diduduki oleh mereka berdua. Doyoung mendukung Jung Eun di belah kiri manakala tangan kanannya memegang sebuah tembikar kaca yang dibalut dengan kain sutera.
Langkahnya terus bergerak ke lif dan akhirnya tiba di rumahnya yang berada di tingkat 12. Tembikar itu diletak pada atas meja dan Jung Eun dibaringkan di katilnya.
" Kejap ye, sayang. Ayah nak pergi mandi dulu, " Bergegas si Doyoung masuk ke dalam bilik tidurnya dan keluar bersama pajama berwarna biru setelah setengah jam berada di dalam bilik.
Seperti biasa, Doyoung mengangkat anak kesayangannya keluar dari katil yang bertinggikan pagar. Tangan Jung Eun memegang kuat baju ayahnya, badannya terus bergam pada Doyoung.
" Nak susu ke ni, lain je perangainya. Sabar sayang, bagi ayah bancuh susu dulu. " Jung Eun setia peluk ayahnya seperti koala, kaki Doyoung menuju dapur lalu tin susu dibuka.
Botol susu digoncang sebagai langkah terakhir menyediakan susu si kecil, rasanya agak manis tetapi suam. Puting botol dimasukkan ke dalam mulut Jung Eun tetapi ditolak. " Kata nak susu, ni mesti nak duduk luar ni. "
Bangun dari sofa yang bersaiz sederhana, Doyoung membawa Jung Eun ke balkoni rumah yang cuacanya sedia sejuk di malam hari. Apapun, kena bertahan demi kesayangannya.
Bulan purnama menemani malam yang beranginkan sejuk. Sedap pula mata melihat sambil mendodoikan Jung Eun sedang khusyuk minum susu tanpa memikirkan persekitaran.
" Jung Eun, lawa kan bulan purnama ni ! "
Lihat balik pada Jung Eun yang lena tidur bersama mulutnya menggigit puting botol susu. Perlahan-lahan melepaskan botol susu dari genggaman Jung Eun, ayahnya menghembus nafas lega.
" Lapar betul anak ayah ni, kejap je dah tertidur. Nak tidur dengan ayah lah ni, "
Pintu balkoni ditutup. Terus sahaja Doyoung membawa Jung Eun masuk ke biliknya, mereka baring bersebelahan dan memandang antara satu sama lain.
" Esok ayah masakkan bubur tomato tau, "
Tangan kecil Jung Eun kuat. Doyoung mengusap dan mencium tangan itu.