Sinopsis

1.8K 99 9
                                    

Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong.

Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutuskan hanya untuk berdiam diri dan melihat saja daripada jauh.

Entah mengapa dalam ramai-ramai pelajar, gadis itu saja yang sering mencuri perhatiannya. Sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan membuatkan dia berasa ingin tahu tentang gadis itu.

"Ustaz?"

"Ya saya."

"Saya rasa dunia ni tak adil untuk saya."

"Kenapa?"

Tiada jawapan. Hanya gelengen kecil saja dia lemparkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan dirinya berseorangan.

"Hidup ini penuh dengan dugaan. Makin banyak dugaan yang awak tempuh makin sayang Allah pada awak."

"Saya penat nak hidup. Saya letih. Hari-hari saya doa supaya saya cepat mati. Saya dah tak nak hidup. Saya penat."

Hari berganti minggu.

Minggu berganti bulan.

Bulan berganti tahun.

Mereka dipertemukan kembali dengan keadaan yang tidak di sangka-sangka.

Terkejut dan gembira. Namun tiada apa yang mahu diungkapkan padanya. Hanya renungan mata saja sudah memadai.

"Saya nak meminang awak."

"Umur kita sangat jauh dan saya tak layak untuk awak. Maafkan saya."














Assalamualaikum dan salam sejahtera
Welcome back to my story

Ecehhhhhhhhhhhhhh

Takde lah buat masa sekarang aku cuma letak sinopsis dekat sini dulu takut hilang pula nanti.

So yeah this is my new story 🤭

Bukan tentang mafia okey,

Aku cuba buat genre lain pula selain action atau pun romance

Korang boleh lah letak dalam reading list korang ke ennn hehehe tapi slow update okey dia punya slow tu lagi lambat daripada siput 🐌

So stay tuned....



INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now