Gadis Ecru 1
Hari ini hari sabtu,hari yang baik untuk berjalan-jalan dengan kekasih,malangnya,aku tak punya kekasih. Berlainan dengan kawan-kawanku yang lain, mereka sudah berpunya.
Oleh itu, aku berada di pameran pendidikan pengajian tinggi yang diadakan secara terbuka bertempat di Sutera Harbour,lama juga aku merenung satu papan notis dari salah satu universiti yang mengikuti pameran.
"Alami pengalaman seluas impianmu~,"aku tersenyum sendiri.
"Hei! Angau ke?",soal rakanku yang mungkin dari tadi asyik memerhatikan gelagatku.
Aku merenungnya geram, merosakkan masa refleksi aku lagi..
" Hei!Kau tiada kerja lain ke?Apasal asyik ganggu masa refleksi aku?"Apalah mamat nie,selalu sangat mengacau..Aku menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya.
"Pftt..",dia menahan ketawanya.
Wajahnya kelihatan merah jambu yang tak berapa nampak, mungkin disebabkan oleh warna kulitnya yang agak sawo matang.
"Danny,kalau kau ikut hanya nak mengacau aku,baik kau berambus!" Aku mencebik sambil berpeluk tubuh, aku segera mengambil beg aku dan berlalu pergi.
Bunyi tapak kaki yang jelas kedengaran dibelakangku menunjukkan yang Daniel sedang mengejarku.
Kalau tak ingin nak tengok pameran kenapa datang?Aku memarahinya dalam diam.
"Hei! Aya,Aya! Tunggulah!"Daniel menarik lenganku.
Aku menepis,"Jangan pegang-peganglah!"
Aku agak meluat dengannya sejak kebelakangan ini.
Daniel mengeluh,"Aku perasan kau cepat sangat melenting.Kau datang bulan ek?" Dia tersengih-sengih sambil memandangku.
Wajahku terasa hangat. Gila mamat nie..aku bagi flying kick baru tau!
"Wah! Merah padam muka kau,macam udang kena bakar..,"Daniel menyakatku lagi.
Matanya merenung tepat ke dalam anak mataku..
"Hei,jangan cuba goda aku dengan renungan kau tu,kau takkan berjaya memikat aku,"Aku memberi amaran. Namun,hatiku kegelian apabila menyuarakan ayat itu. Akhirnya aku tertawa.
Daniel turut tertawa. Kakiku tersadung sesuatu ketika aku sedang mengundur akibat terlalu galak ketawa.
"ADUH!"
Aku tersentak lantas menoleh untuk melihat siapa yang telah aku langgar.
Seorang jejaka yang berpakaian serba hitam dari hujung rambut hingga hujung kaki sedang tertunduk-tunduk di atas lantai.
Rasa bersalah menjalar dalam diriku. Alamak, macam mana aku boleh langgar orang nie? Aku buta ke?
YOU ARE READING
Gadi§ €cru
RandomAkurnia Aya, seorang gadis yang hidup dalam dunianya. Dia dikelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang menyayangi dirinya. Sahabat karibnya iaitu Danny dan Joey merupakan temannya sejak kecil lagi. Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya Danny m...