"Boys ! Breakfast done ! Hurry up, we don't want to be late !" lantang sahaja suara itu bergema di teres 2 tingkat itu.
"Coming !" Adam Rifqi dan Adan Rizqi turun ke bawah.
Aku membuat air kopi dan teh lalu diletakkan ke atas meja makan.
"Mana yang lain ?" soalku sambil menyusun pinggan.
"Tu," Adam Rifqi menjuih bibir pada arah tangga.
Jelas kelihatan Mikhael Ayyan, Mikhail Ayyen dan Daniel Adham sedang terkocoh-kocoh menuruni anak tangga. Eh jap, mana Daiyan Amsyar ?
"Boys, mana Daiyan ?" soalku apabila tidak melihat kelibat budak berumur 13 tahun itu.
Masing-masing mengangkat bahu dan sambung makan. Adeh, mana si Daiyan ni ?
"Kak !" kedengaran suara budak lelaki bergema kuat dari tingkat atas.
Aku menggeleng kepala. Sah, tak reti pakai tie !
"Ye !" jawabku.
"Kak, tolong ?" Daiyan menghulurkan tie nya.
Aku membuat muka menyampah sambil memakaikan tie kepadanya. Sayang adik lah katakan-
"Heh kau ni, dah 13 tahun pun tak reti pakai tie ke ? Nasib sekolah harian, kalau asrama... aku rasa Pengetua kot tolong pakaikan kau tie," bebelku.
Daiyan tersengih.
"Dah, gi ambil beg. Then, turun bawah breakfast," pesanku sebelum meninggalkan Daiyan disitu.
Aku berlalu ke bawah sambil memperbetulkan sedikit rambutku yang berwarna perang. Ikut mak-
"Abang Rif dengan Abang Riz nak pergi kerja dah ?" soalku apabila melihat mereka bersiap-siap.
"Haah,"
"Okay, take care,"
Selepas bersalaman, Adam Rifqi dan Adan Rizqi pun menaiki Honda City mereka masing-masing ke tempat kerja.
Aku dan yang lain pula bersiap-siap untuk ke sekolah.
Eh, lupa nak kenalkan. Hah, meh sini aku kenalkan adik-beradik aku.
Adam Rifqi dan Adan Rizqi. Ini anak pertama dan kedua. Mereka ni twin. Panggil Abang Rif dan Abang Riz. Umur diorang masuk tahun ni dah 23 dah. Diorang berkerja di syarikat Jata Holding. Seorang sebagai manager, seorang lagi sebagai accountant. Status ? Single lagi ni boss !
Mikhael Ayyan, Mutiara Ayrose dan Mikhail Ayyen. Kami bertiga triplets tapi tak seiras. Tahun ni, kami dah masuk 17 tahun. Dekat sekolah, aku pegang jawatan headprefect. Ayyan dengan Ayyen pula pengawas biasa. Ayyan panggil abang, aku panggil akak dan Ayyen panggil adik.
Daniel Adham pula anak tiga merangkap keenam lah sebab kembar kan yang first dengan second. Panggil Ad. Adham dah 14 tahun and sekolah sama dengan kitorang juga.
Daiyan Amsyar anak keempat merangkap ketujuh dan yang paling bongsu. Panggil Am jer. Am ni dah 13 tahun dah tahun ni and semua sekolah sama.
Kitorang mula hidup tanpa ibu ayah bila Encik Ahmad dan Puan Anggun terlibat dalam kemalangan semasa Encik Ahmad pulang mengambil Puan Anggun balik kerja.
Start dari situ, Rifqi dan Rizqi mula cari kerja yang gaji dia sedikit besar. Yelah, diorang nak tanggung adik-adik sampai 5 orang kot, dah lah masih sekolah. Ayyan dengan Ayyen pun kerja juga dekat cafe. Aku pun kerja, tapi senyap-senyap lah.
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...