Majlis akad nikah mereka tidak seindah pasangan yang lain , hanya baju kurung biasa dan baju melayu . itu semua atas permintaan Mia Sofea dia tak mahu majlis yang besar cukuplah orang yang terdekat saja tahu lagipun perkahwinan ini tidak bermakna baginya . siapa je yang suka kalau kena kahwin paksa macamni . dengan satu lafaz dia sudah pun sah menjadi milik Tengku Adrian Shah jejaka yang dia suka tapi tidak untuk sekarang . Dia benci Tengku Adrian Shah !
Sebenarnya dia malu dengan Puan Sri Maria dan Tan Sri Tengku Jayden , mereka orang yang ada segalanya nak dibandingkan dengan dia jauh sekali umpama langit dengan bumi , walaupun dia tidak suka dengan perkahwinan ini namun dia bersyukur kerana kedua mertuanya tidak malu untuk menerima kehadirannya didalam keluarga itu.
Lamunannya terhenti apabila merasakan sesuatu sedang melingkar dipinggangnya , siapa lagi kalau bukan si Adrian! " takbosan ke tengok ikan tu dari tadi ?" malas nak melayan si Adrian itu lalu dia pun bangun ,belum sempat dia melangkah pergi tangannya ditarik oleh Adrian "aku boleh terima kalau kau nak marah aku tapi aku taksuka kau ignore aku macamni , aku ni suami kau bukan tunggul ! "
jerkahan suaminya itu langsung tak menakutkannya malah jadi lawak pula " tak ada apa yang perlu saya cakap Tengku dan perkahwinan ni langsung tak bermakna untuk saya " dia menepis kasar tangan Adrian lalu melangkah naik ke bilik tidur mereka . malas nak bertekak bukannya dia menang pun semua Adrian yang nak menang !
"wait and see cookie ! " senyuman sinis seperti biasa ditayangkan .
***
Makan malam pertamanya bersama suami dan ibu mertuanya itu sangat meriah , pelbagai juadah dihidangkan oleh Puan Sri Maria " eh Mia makanlah kenapa kuis-kuis je nasi tu ? tak sedap ke mummy masak? " dia rasa serba salah pulak dengan mak mertuanya itu . " sedap mum..mummy masak" dia menyuap nasi kedalam mulutnya sambil memandang Adrian yang sedang menatapnya persis harimau lapar . dah kenapa mamat ni tengok orang nak gaduh ke?! oh ya Tan Sri Jayden takde dia pergi outstation lepas majlis nikah tadi . jadi hanya mereka bertiga sahaja dirumah besar sebesar alam tu
***
selesai makan malam mereka pun naik ke bilik. belum sempat Adrian membuka mulut dia terlebih dahulu memintas
" saya taknak tidur sekatil dengan tengku"
" kau jangan buat perangai macam budak dua tahun boleh tak? tidur jelah sini"
mendengar jawapan Adrian itu membuatkan dia rasa menyampah ! mamat ni tak habis lagi nak memaksa orang ergh .
"jangan nak paksa saya boleh tak ?!!! " suaranya naik seoktaf .
Adrian mengenggam tangannya , dia ni memang dah cabar kesabaran aku ! lalu dia bergerak selangkah mendekati Mia . perlahan lahan tangannya menyentuh pipi mulus isterinya itu , " sedar tak siapa depan kau sekarang ni?" rambut isterinya yang terjuntai itu diselak sedikit . Mia yang makin mengundur kebelakang menaikkan api kemarahannya , "tadi berani sangat jerkah aku sekarang ni aku tanya kau diam pulak?"
Adrian bertanya dengan nada yang perlahan tapi cukup menggerunkan bagi Mia . tulah kau tadi acah berani lepastu kena marah baru tahu nak takut ! dia mengundur kebelakang namun terhalang dek dinding .
yang dinding ni pun tiba-tiba pulak ada dekat sini dah kenapa ?! eh dinding bukan memang ada dekat situ ke ?! ishhh bodohla kau Mia
Dia hanya mampu tunduk memandang karpet bulus yang mahal itu saja takberani nak tengok muka singa tengah marah .
Bahunya terhinjut akibat terkejut dengan bunyi tumbukan di dinding .
" JAWAB AKU MIA !!!"
air mata yang ditahan sejak tadi jatuh satu persatu . "sa..sa..saya minta maaf hikss...hiks..hiks.." rasa takut tadi dibuang jauh lalu memberanikan diri memeluk suaminya itu . tangisan dilepaskan di dada Adrian
dia menngantuk sebenarnya sebabtu nangis HAHAHAHA bukan takut dengan Adrian tu sangat ! dasar kau Mia
rambut isterinya itu diusap lembut "shhhhh i'm sorry cookie , don't cry it's hurt me" dahi bersih Mia dikucup lama "i'm sorry again"
Mia tidak mampu berkata apa- apa . akibat terlalu penat menangis dia pun tertidur dipangkuan Adrian. ceh tadi gaduh kemain taknak tidur sekali lah apa lah lepastu tidur juga !!
sekali lagi Adrian mengucup dahi Mia
"jangan buat aku marah lagi tau ! "
dia menarik Mia ke dalam dakapannya ,tidak lama kemudian dia pun terbuai dek mimpi .
"I can't believe you're mine."
TBC....
KORANG COMMENT LAH SIKIT . CHAPTER KALINI OKEY KE TIDAK?
SAYA RASA MACAM MENGARUT SIKIT TAPI BEST HAHAHAHAH !
BYE DON'T FORGET TO VOTE LIKE USUALL OKEY ! 🌹❤
YOU ARE READING
LOVE DESTINY [slow update]
Romancesynopsis TENGKU ADRIAN SHAH seorang jejaka yang tampan , seorang yang heartless merupakan ceo T.A.S HOLDING syarikat yang dibangunkan dengan hasil titik peluhnya sendiri, dia juga mempunyai dua sahabat yang selalu berganding bahu bersama iaitu Sy...