Episode 7

144 17 0
                                    

Setelah 5 jam lebih perjalanan, akhirnya aku tiba juga di kampung nelayan terengganu. Aku sedikit terkejut melihat kampung itu yang sungguh damai dan nyaman berbeza sungguh dengan bandar yang penuh sesak dan sibuk. Aku memandu ke rumah yang boss aku katakan.

Kereta aku berhenti dihadapan sebuah rumah kayu yang boleh tahan agak besarlah untuk penduduk kampung. Enjin kereta aku matikan. Badan aku keluar dari kereta. Angin sepui-sepui meniup tudung aku lembut. Terdapat beberapa orang kampung yang lalu lalang memandang aku hairan. Aku sekadar melempar senyum.

Kaki aku menapak ke tangga rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki aku menapak ke tangga rumah itu. Sahutan salam aku berikan. Tidak lama kemudian, keluarlah seorang wanita lewat 50 an.

"Wa'alaikumsalam, anak ni cari siapa?"tanya wanita itu lembut.

"Em.. saya cari rumah Pak Haji Ali ketua kampung. Saya Aleyya dari syarikat penerbitan"ujar ku sambil menunjukkan kad identiti kerja aku.

"Owh.. anak ni lah yang akan tinggal dengan makcik tu.. jemputlah naik. Pak Haji keluar mesyuarat kejap. Nanti dia balik"jemput makcik itu.

"Okay.. nak panggil makcik apa ni?"tanya ku seraya melepaskan kasut.

"Panggil je mak Siti. Mak siti tinggal berdua je dengan pak haji. Maklumlah anak semua dah besar. Semua dah ada keluarga sendiri. Aleyya datang seorang je ke?"tanya Mak siti.

"Seorang je. Mak siti panggil Leyya pun tak apa. Macam susah je nak panggil Aleyya"tutur ku bergurau.

"Iyalah. Leyya duduk dulu ya, mak siti nak bancuh air sekejap".

Aku mengangguk. Sorotan mata aku menghantar mak siti hingga hilang dibalik tirai menuju ke dapur.

Aku bangun dari duduk aku. Kaki ku atur ke arah tingkap. Nafas aku tarik dalam dan aku hembus perlahan. Tenang. Itu yang aku rasakan sekarang ni. Terasa seperti berada di kampung halaman aku di Melaka.

"Eh! Telupa pula". Aku mengeluarkan telefon bimbit aku dari beg silang. Nombor seseorang aku dail lalu aku bawa ke telinga. Setelah beberapa ketika, panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, Leyya dah sampai ni"ujar ku.

"Alhamdulillah. Macam mana dekat sana? Okay?"tanya suara didalam talian.

"Okay. Cuma orang kampung sinilah pandang Leyya pelik sikit".

"Tak apa.. nanti okaylah tu. Ni dah call ummi belum?".

"Belum. Nanti Leyya call".

"Iyalah. Rul nak masuk kerja ni. Apa-apa call je okay".

"Iya..jangan risaulah. Leyya bukan budak kecil lagi".

"Rul cuma risau. Leyya kan tunang Rul. Kalau jadi apa-apa Rul akan salahkan diri Rul sampai bila-bila".

"Kenapa pula?"berkerut dahi aku.

"Iyalah, Rul yang sepatutnya lindungi Leyya".

"Iyalah Nazirul Althar. Okaylah bye. Assalamualaikum".

"Wa'alaikumsalam". Aku mematikan talian. Terus aku menarik senyum. Bila dah terbiasa bercakap ni, itulah jadinya. Habis semuanya nak dirisaukan. Cinta dah berputik ke? Entahlah. Aku pun masih keliru dengan perasaan aku. Satu sisi masih terasa akan cinta lama. Satu sisi lagi mula menjentik rasa.

"Amboi.. senyum sorang-sorang ni, teringatkan buah hati ke?"sampuk Mak Siti datang mendulang air.

"Eh! Tak adalah.."nafi aku.

"Iyalah.. ni jemputlah minum. Nanti pak Haji balik, dia akan tunjukkan kawasan sekeliling dekat Leyya".

"Baik mak Siti". Aku mencicip air teh o panas yang di bancuh oleh mak Siti tadi sambil berborak dengan mak Siti. Sesekali tergelak juga mendengar jenaka mak Siti mengenai orang kampung disini.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

"Ha.. Leyya, dekat sinilah tempat orang kampung ni mencari rezeki dengan menangkap ikan. Dalam erti kata lain menjadi nelayan. Kawasan ni juga banyak bot nelayan dari kampung seberang datang ke sini untuk berjual beli. Tapi, ada beberapa orang kampung bercerita, mereka ada nampak bot yang tak dikenali masuk ke kampung ni. Kata mereka, tuan empunya bot tu bukan datang dari kawasan sini"jelas pak Haji Ali.

"Habis tu siapa dia orang tu pak Haji?"tanya ku ingin tahu.

"Entahlah Leyya. Pak Haji pun belum sempat selidik lagi. Tadi tu pak Haji pergi mesyuarat pasal perkara ni lah". Jawab pak Haji Ali. Aku mengangguk faham.

Kami beredar ke tempat yang lain. Segala maklumat yang pak Haji Ali terangkan, semua aku catat didalam buku. Mana tahu, datang inspirasi. Tak adalah si boss miang aku tu membebel berguni-guni.

Selesai melawat kawasan kampung, aku meminta diri dari pak Haji untuk ke kedai runcit berdekatan. Boleh pula aku terlupa bawa berus gigi. Ini Shira punya pasallah ni. Selalu merepek. Sehinggakan aku terlupa nak masukkan berus gigi baru dalam beg.

Aku memasuki satu kedai runcit. Sedari tadi, kebanyakkan penduduk kampung itu memandang aku pelik. Mungkin orang kampung sini tidak pernah didatangi oleh orang luar. Husnuzhon..

Mata aku liar mencari berus gigi dan keperluan yang lain. Sedang ralit aku meneliti, aku terdengar akan suara makcik-makcik bercakap sesama sendiri.

"Aku dengar ada orang bandar datang kampung kita. Dia tinggal rumah Haji Ali. Katanya nak buat kaji selidik"kata salah seorang dari makcik itu.

"Kaji selidiklah sangat, entah-entah nak memburukkan nama kampung kita ni. Orang bandar, bukan boleh di percayai sangat. Mesti ada agenda lain"tambah makcik seorang lagi.

'Eh! Panas pula hati aku ni. Boleh dia mengumpat pasal aku siang-siang buta ni. Ini kalau dapat dekat Shira ni.. memang kenalah makcik dua orang ni. Sekali dengan ahli membawang terus masuk dalam. SodaqAllahulazim..'getus hati aku.

Aku membawa barang yang ingin ku beli ke kaunter untuk dibayar. Aku dapat menangkap pandangan sinis dari makcik-makcik itu.

"Enam ringgit tujuh puluh sen kak"kata penjual itu. Aku mengeluarkan note berupa sepuluh ringgit.

"Tak apa dik. Simpan baki"kata ku lembut.

"Terima kasih kak"penjual itu melempar senyum mesra kepada aku.

Aku mengcapai beg plastik yang berisi barang aku beli tadi, lalu aku melangkah keluar dari kedai runcit itu. Aku berselisih dengan makcik-makcik itu dengan selambanya aku melontar kata.

"Jeling jeling juga makcik, jangan sampai mata tu terkeluar sudah. Jenuh pula nak mengutipnya ya. And lagi satu, kalau rasa saya ni membawa nama kampung makcik ni buruk, makcik yakin ke dengan perilaku membawang makcik ni boleh membawa nama baik kepada kampung makcik ni. Saya balik dulu ya"aku menarik senyum dan berlalu pergi. Terdapat beberapa orang kampung disitu tertawa dengan balasan yang aku beri. Sekali dengan penjual kedai runcit tadi gelakkan makcik-makcik bawang tu. Puas hati aku.

"Biadap betul budak bandar tu. Sudahlah! Aku nak balik dulu. Kau semua gelakkan apa!"marah makcik itu. Tahu pun panas hati.

"Bawalah bertaubah mak jenab oi! Dari pada membawa mulut mengumpat orang, baik pergi tolong persatuan wanita kampung buat aktiviti. Dapat juga faedahnya"sahut salah seorang pemuda kampung disitu.

Tawa mereka masih tidak henti. Ditambah pula melihat makcik-makcik itu berlalu pulang dengan perasaan malu dan marah. Itulah orang pesan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Bila dah kena setempek dekat muka sendiri, baru rasa malu.


Bersambung...

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now