Tok Tok Tok
Aku tersedar dari lena tatkala mendengar ketukan pintu bilik. Aku pandang jam, 6:05 p.m.
Allah, lama pula aku tertidur.
Terus aku bangun dan bergerak ke arah pintu sambil menggosok mata dan menguap. Hui, ngantuk sangat~
"Hmm ?" tanyaku apabila melihat kelibat Ayyan dihadapan pintu.
"Kau tak masak ke, kak ?" soal Ayyan kembali.
"Aku tertidur lah tadi. Dah lah, aku nak pergi beli barang," balasku semula dan menutup pintu.
Ayyan mengangguk dan beredar ke biliknya. Adik perempuan dia tu memang, pelupa memanjang !
Aku lantas mencapai tuala dan ke bilik air. Mandi, bersiap dan terus pergi kedai.
✨✨✨
"Kakak, nak ikut !" Amsyar berlari mengejar langkah kakaknya diluar rumah.
Aku menepuk dahi. Ini lah masalahnya-
Amsyar ni asyik nak ikut aku mana aku pergi. Takleh tengok aku bersiap sikit, mesti nak ikut. Kalau aku tak bawa, mula lah nak nangis. Padahal dah 13 tahun dah.
Korang ada adik cam ni ?
Author ade (;´༎ຶٹ༎ຶ')
Kebiasaannya kalau adik lelaki, manja ngan kakak. And adik perempuan, akan manja ngan abang.
Am I right ?
"Am, akak pergi kejap jer lah," pujukku.
"Tak nak ! Am nak ikut ! Huaaaaa..." Amsyar mula menangis.
Aku hilang idea. Ya Allah, apa aku nak buat ni ?
"Amsyar... kakak pergi kejap jer lah," kelibat Rifqi pula muncul di depan pintu.
Lagi kuat raungan Amsyar ni.
"Okay macam ni, Am nak apa ? Nanti akak belikan," cadangku.
Amsyar terdiam. Betul ke ni ?
"Janji ?"
"Iye, janji. Am nak apa ?" soalku lagi.
Amsyar berbisik kepadaku kerana takut didengari oleh Rifqi. Dia tu pantang, beli benda tak berfaedah dikatanya membazir !
"Okay, nanti akak beli. Dah, Am pergi ikut Abang Rif masuk dalam," putusku.
"Janji tau," kata Am lagi.
"Iye, janji. Dah, pergi masuk," halauku.
Amsyar tersenyum riang sebelum hilang bersama Rifqi dibalik pintu utama.
✨✨✨
Aku berjalan di sekitar mall sambil mata melilau ke sana sini. Ada lagi ke benda tertinggal nak beli ?
Aku tengok tangan aku, kiri kanan dah penuh. Ni semua barang rumah sebab dah habis.
Tiba-tiba, mata aku tertancap pada satu figura yang memang aku menyampah giler ah dengan dia. Memang minah fake !
Melissa yang perasan dengan kelibat Ayrose terus menarik tangan Adrian. Adrian hanya akur. Zayyan, Syafi, Aakif dan Adam turut mengikut.
"Hey Rose," tegur Melissa.
Aku membuat muka malas. Ada lah tu nak kenakan aku ni !
"Waalaikumussalam," perliku.
Melissa terdiam dan membetulkan sedikit bajunya yang ketat dan sendat tu.
"Rose, kenalkan boyfriend I, Tengku Adrian Haikal," Melissa mengeratkan pelukan di lengan Adrian.
Adrian hanya pasrah. Bapak dia punya pasal, dia terlibat sekali ?
"Then ? Kau nak suruh aku buat apa ? Buat majlis sebab kau bercouple dengan anak Tengku ?" sindirku.
Melissa merengus geram. Ada je dia ni nak lawan !
"I nak you jangan ganggu boyfriend I. You tu dari dulu penyibuk. Tapi, you tahu kan apa akan jadi kalau you buat juga ?" Melissa tersenyum sinis.
Aku menjuih bibir. Bosan lah minah fake ni-
"Iye ? Oh, takut lah aku dengar. Huh, bangga ah tu buat maksiat ? Setakat couple jer, kisah lak aku ? Lain lah kalau tunang kau ke, bakal suami kau ke, suami kau sekalipun aku tak kisah. Aku tegur jer, nak maksiat silakan," balasku sinis.
Melissa menjeling Ayrose tajam. Aku lempang juga kang minah ni !
"Dah lah, benci cakap dengan orang macam you. Sayang, jom !" Melissa menarik lengan Adrian.
"Aku tak suruh pun kau cakap dengan aku. Kau yang nak show off kau punya boyfriend tu," jawabku.
Terus Melissa berjalan tanpa menghiraukan Ayrose. Dia menarik lengan Adrian masuk ke satu cafe.
✨✨✨
"Assalamualaikum !"
"Yeay, kakak dah balik !" Amsyar terus menerpa ke arah aku.
Diselongkar beg plastik itu hingga dia menjumpai apa yang dia mahu tadi.
"Thanks, kakak ! Saaaaaaaaayang kakak !" Amsyar memeluk kakaknya.
"Eleh, baru nak sayang ke ?" usikku.
"Tak, Am selalu sayang kakak tau," Amsyar melabuhkan ciuman di kedua belah pipi dan dahiku.
Aku tersenyum senang. Manja sungguh budak ni !
Mana taknya, sejak 8 tahun lagi aku dah jaga dia. Waktu Encik Ahmad dan Puan Aggun meninggal dunia, Amsyar masih kecil. Baru berumur 8 tahun. Waktu tu, darjah 2 baru kot.
"Kakak, bila nak masak ?" soal Amsyar.
"Eh, ya allah ! Lupa lah pula. Ishh, Am lah ni," terus aku berlari ke dapur.
"Eh, Am pula salah. Ini lah perempuan, salah dia tapi salahkan kita pula," Amsyar memuncung.
Dasar kakak ! Nasib sayang tau❤️
✨✨✨
"Sayang..."
Adrian membuat muka bosan. Asal lah aku kena keluar 'dating' dengan anak Dato' Isa ni ?
"Babe, I boring lah," sengaja Melissa melentokkan kepalanya ke bahu Adrian.
Adrian berdecit perlahan sambil menolak kepala Melissa. Benci ah minah ni !
"You ni kenapa ? Ke... you memang dah jatuh hati dengan perempuan tu ?" tanya Melissa kegeraman.
Adrian memandangnya dan menggeleng perlahan.
"You, cakap lah dengan I..." Melissa menggoncang lengan Adrian.
"Nak apa ?" suara Adrian tanpa nada.
Melissa menjuih bibir. Asal camtu ?
Ingat dia comel ah kalau juih bibir camtu ?
Aku rasa nak gunting jer bibir tu, baru reti senyap.
"Dah lah babe, jom balik. I is tired. And of course my dad dah tunggu kita. Jom, balik rumah I dulu. Mesti my dad rindu nak jumpa bakal menantu dia ni," balas Melissa teruja.
Melissa terus menarik Adrian dan berjalan hingga ke car park. Mereka memboloskan diri ke dalam kereta Audi milik Adrian.
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...