Farhana berjalan menuju ke kelasnya bersama Anis. Banyak desas-desus yang mereka berdua dengar bahawa cikgu matematik baharu mereka akan masuk pada hari ini. Tapi Farhana hanya tidak memperdulikan.
Sebaik tiba di kelas, Farhana merasakan sesuatu di laci mejanya. Sebaik Farhana mengeluarkan ia dari laci meja, terdapat sebuah kotak berserta sepucuk surat tertampal di atas kotak tersebut.
"Wuu....dapat hadiah....siapa bagi?" Tanya Anis yang terpandang kotak yang dipegang Farhana.
"Aku tak tahulah we. Tak tulis pun dari siapa." Balasnya.
"Aku syak lelaki yang bagi dekat kau. Tapi selama ni tak pernah-pernah orang bagi kau hadiah. Pelik juga." Kata Anis.
"Itulah, scary gila." Balas Farhana.
"Cuba buka dia bagi apa." Kata Anis sejurus dia merampas kotak itu lalu membukanya.
"Coklat lah....Cadbury pula tu pastu campur-campur coklat lain."
"Siapa sia bagi...kau nak ambil lah. Tak mahu aku seram je orang yang bagi ni tiba-tiba." Kata Farhana.
"Serius kau nak bagi aku? Kalau macam tu takpalah orang dah bagi aku ambil jelah." Balas Anis lalu memberi Farhana sepucuk surat yang tertampal di kotak tersebut.
"Takkan surat ni aku nak pula kan. Kau simpan la...mana tahu dia hantar lagi kau carilah siapa." Kata Anis selamba memakan coklat Cadbury tersebut di dalam kelas.
"Makan pula kau. Tak sabar betul." Balas Farhana lalu mengambil surat tersebut.
Tiba-tiba seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas Farhana dengan berpakaian kemas. Baju kemeja berwarna kelabu berlengan panjang dilipat hingga ke siku. Berseluar slack hitam, kasut kulit berjenama mahal serta rambut disikat rapi. Berumur lingkungan 20 an.
"Assalamualaikum semua." Kata cikgu itu.
Semua terdiam seketika. Perwatakan cikgu hanya lebih kurang seperti Rizqi. Cuma hanya rambut dan tidak berkaca mata saja membuatkan cikgu itu berbeza daripada Rizqi.
"Hello...ada orang tak ni?" Tanya cikgu itu kebingungan semua murid pelik melihatnya.
"Waalaikumussalam cikgu." Balas semua murid.
"Dah kenapa tengok saya macam tu tadi? Takut saya. Ok baik semua. Saya perkenalkan diri saya, nama saya Muhammad Farhan, boleh panggil saya cikgu Aan." Terang cikgu itu.
"Umur cikgu?" Tanya Anis selamba.
"Umur saya? Umur saya 22. Saya dari KL." Terang cikgu itu lagi.
Semua hanya diam. Perwatakannya memang ada sedikit sama dengan Rizqi. Tiba-tiba cikgu itu memakai spec matanya.
"Ha, baru jelas saya nampak awak semua. Baik, memandangkan saya dah introduce diri saya, awak semua pula kenalkan diri kat saya. Kita mula dari awak yang belakang." Kata Farhan menunjuk kearah Farhana.
Farhana hanya mampu bersabar. Terpaksa mula dahulu memperkenalkan dirinya pada cikgu baru itu.
*************
Keesokkan harinya, Farhana pergi ke sekolah seperti biasa. Hanya tinggal lagi 2 minggu sebelum SPM. Sebaik dikelas Farhana dapat lagi sekotak coklat berserta sepucuk surat di bawah laci mejanya. Farhana hanya terus menghulurkan kotak itu kepada Anis tanda tidak mahu coklat tersebut.
Semasa waktu rehat, mereka berdua berjalan menuju ke kantin dan secara tiba-tiba terserempak dengan Irfan.
"Eh, Hana. Korang dapat cikgu baru eh?" Tanya Irfan.
Farhana terus terhenti langkahnya diikuti Anis.
"Haah. Asal?" Tanya Farhana.
"Means kita mentor baru kita dia lah kan?" Tanya Irfan.
"Mungkin." Balasnya ringkas.
Tiba-tiba Irfan terus bertanya kepada Anis yang sedang makan coklat Cadbury.
"Mana kau dapat coklat tu?" Tanya Irfan kepada Anis.
"Ade orang bagi Hana tak tahu siapa. Hana tak nak dia bagi aku aku ambil lah." Balas Anis.
"Oh." Kata Irfan ringkas.
Cadbury memang ada jual di koperasi sekolah tapi cuma hanya yang berpaket kecil. Tapi yang dimakan oleh Anis berpaket besar memang coklat berpaket besar tidak ada jual di sekolah. Irfan lalu terus meninggalkan mereka berdua.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...