Bab 6

1.1K 85 0
                                    

A bad overthiking can kill your feels.

Jemari kasarnya bergerak gerak pada bibir cawan. Matanya meliar memandang sekeliling. Fikirannya pula sudah melayang entah ke mana. Hiruk pikuk suasana di cafe itu langsung tak diendahkan. Bibirnya sesekali menyanyikan bait bait lagu yang dia dengari menerusi earphone.

"Lelaki tu."

Arian perlahankan sedikit lagu yang dia dengari. Kini, telinganya cuba mencuri dengar perbualan beberapa orang pekerja yang dia yakini berdiri tidak jauh di belakangnya.

"Kenapa dengan lelaki tu?"

Kedengaran pula suara lain menyampuk. Lunak. Arian kerutkan kening sendiri. Serasa pernah dia dengari suara gemersik merdu itu.

"Eh, Cik Ayra!"

Serentak itu mata Arian membulat. Mendadak dia bangkit dari duduknya. Badannya berkalih memandang susuk tubuh itu.

Ayra tak kurang sama. Matanya membulat sedikit. Dia ingat lelaki ini. Lelaki tanpa nama!

Ternaik sedikit bibir Arian. Senyum.

"Ayra."

"Hm, hye?"

Arian lepaskan tawa. Tawa ikhlas. Gelak yang sudah lama hilang.

"Jemput duduk, Encik advisor." Ayra sekadar berbasa basi. Matanya di isyaratkan kepada beberapa orang pekerjanya. Isyarat pergi sambung kerja sebelum saya potong gaji! Dalam kadar lipas kudung, sepantas kilat bayang mereka hilang. Ayra labuhkan duduk di kerusi bertentangan Arian. Dia hulur senyum manis.

"Ni cafe kau?"

"Lebih kurang."

Arian angguk sedikit. Mata Ayra meliar ke atas meja yang di huni Arian. Terdapat beberapa cawan coffee dan sepinggan croissant. Kini dia faham apa yang hendak dibualkan oleh pekerjanya. Pasti mereka tertanya tanya mengapa lelaki itu berada terlalu lama di cafe ini. Tak perlu di tanya, lihat saja pada meja ini pasti orang dapat meneka bahawa lelaki ini menghabiskan masa yang panjang di sini.

"Coffee tak elok untuk kesihatan."

Arian angguk.

"Tahu." Selamba dia membalas.

Ayra jongket bahu.

"Ayra..."

"Ya?"

"Kau dah okay?"

"Saya?" Ayra tunding wajahnya. Dia ke?

Arian angguk.

"Okay? Daripada apa?" Ayra kerut kening. Tak mengerti.

"From your past?"

"Hm, i'm still fixing myself day by day."

Arian angguk. Faham.

"Encik..."

"Arian."

Ayra ngguk. Dia tersenyum puas. Tahu pun nama lelaki itu! Dah tak misteri.

"Ya, Encik Arian-"

"Just Arian. No need Encik. I'm good with Arian."

"Baik. Awak pula macam mana?"

"Teruk?"

Ayra kelu sendiri. Lelaki asing ini yang berikan dia semangat. Dan sekarang lelaki ini pula yang hilang punca. Ayra tilik wajah itu. Kini baru dia perasan wajah itu sedikit memucat. Terdapat lingkaran hitam di bahagian bawah mata lelaki itu. Bibir itu pula sudah mengelupas sedikit.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now