"Zubaida binti badri aku ceraikan kau dengan talak 1!"siti tergamam dengan kata kata yang dikeluarkan oleh ayah nya."ayah!kenapa ayah sanggup buat mak macam ni ayah!ayah tak kesian kan kat Siti kah?!"rayu Siti,Siti melangkah setapak demi setapak ke hadapan,mendekatkan diri kepada ayahnya.Siti memegang kaki ayahnya lalu mencium kaki ayahnya tanpa segan silu.Dato zabri terkejut dengan tingkah laku Siti.
"A..apa kamu buat ni siti,dah jangan melutut kat ayah,sepatut nya mak kamu tu yang patut merayu kat ayah bukan kamu"teriak dato zabri lalu menundingkan jari telunjuknya kepada datin zubaida.
Datin zubaida hanya berpeluk tubuh tanpa mengeluarkan apa apa reaksi."mak!tolong lah buat sesuatu,Siti merayu mak"tangisan Siti makin menjadi jadi."kau bukan anak aku"akhirnya datin zubaida bersuara.Siti terkejut apa yang di katakan oleh datin zubaida begitu jugak dengan dato zabri"aku tak ada anak Dari zabri,tak ada!Siti kau bukan lagi anak aku,aku menyesal kawin dengan zabri dan aku menyesal melahirkan kau"sambung datin zubaida."mak,ayah sampai hati buat Siti macam ni.."kata Siti lalu rebah.pengsan.
------------------------------------------------------------Siti menangis mengenang kan nasib dirinya,biarpun perkara itu telah lama berlalu namun kenangan pahit itu masih segar di ingatan.kini dia tinggal dengan makcik Pakcik nya,biarpun banyak kali ayahnya mengajak dia tinggal di rumah nya bersama mak dan adik beradik tirinya namun Siti tetap degil.
Setiap bulan ayahnya memberi Wang belanja kepada siti,namun dia tidak mengendahkannya,tapi di hatinya dia amat bersyukur kerana ayahnya masih prihatin kepadanya.tidak seperti mak nya yang langsung tak pernah ambil berat dengan dirinya semenjak mereka bercerai.
Namun itu dulu,dato zabri telah meninggal akibat kemalangan.semua hartanya di beri kepada ibutiri Siti.tanpa pengetahuan siti ibu tirinya memberi wang sebanyak RM500 000 ringgit untuk pembelanjaaan nya masa hadapan,semua itu dirahsiakan Dari Siti.Tanya Makcik Dan pakciknya sahaja tahu rahsia ini.kata ibu tiri siti,Siti amat berhak dapat Wang ini meskipun dia bukan anak kandungnya tetapi kerana dia adalah anak kepada suaminya.
"Siti"
Lamunan Siti terhenti,lalu menoleh kebelakang sudah 2 tahun dia tinggal dengan pasangan suami isteri yang tak ada anak,iaitu Puan zariah Dan Encik Sahril.
"Ya mama,ada apa panggil Siti?"tanya Siti."tak ada apa apalah,Siti tengah fikir apa tu nak,ternenung jak mama nampak."Tanya puan Zariah.sejak kebelakangan iñi Siti suka sangat termenung.risau sungguh dia dengan siti ,dah banyak Kali dia pujuk siti agar menceritakan masalah nya padanya tapi Siti enggan.
"Tak ada apa apalah mama"jawapan yang diberikan tetap sama,puan Zariah melepaskan keluhan berat.tidak tahu lagi bagaimana nak pujuk anak angkat nya,Siti yang melihat riak wajah puan zariah yang berubah, lantas memeluknya.puan Zariah terkejut"ke..kenapa ni Siti?!"soal puan Zariah.
"Mama terima kasih sangat sebab jaga Siti,sayang Siti,ambil berat pasal Siti,jaga pakaian,makanan minum siti.mama Siti sangat sayang kat mama dan papa sayang sangat sangat.terima kasih sekali lagi."Kata siti sambil menangis.puan zariah sejak tadi menahan sebak mula mengeluarkan air mata.mereka berpelukan sambil menangis.erat sungguh kasih sayang mereka.
-------------------------------------------------------------
"Kak lipas!!!"teriak lisya,kaki nya yang Dari tadi di lantai automatik terus lompat ke atas kerusi.Rina yang sedang memasak terkejut dengan teriakan lisya,lalu pergi mendapat kan lisya."lisya!!kenapa?!"lisya yang menggigil ketakutan tidak mampu mengeluarkan suara Dan hanya mampu menunjukkan benda yang menakutkan dirinya.
Rina tidak mampu menahan ketawa nya,alisya mencebik.alisya memang terlalu geli dengan lipas,macam lah lipas tu makan dia.tidak pulak dengan kakak nya yang langsung tak takut dengan lipas,alisya takut dengan lipas akibat kakak nya yang dahulu ketika umur 12 tahun manakala dia berumur 10 tahun,semua nya bermula apabila rina ingin membalas perbuatan alisya yang pernah mengoyak buku komik yang Baru dibelinya,masa tu,alisya sudah tidur,peluang itu dia ambil untuk melaksanakan rancangan rina dengan meletakkan lipas di dalam beg alisya.ke esokan harinya ketika di sekolah,alisya ingin mengeluar kan buku teks,alangkah terkejutnya alisya apabila lipas itu melompat lalu melekat di muka alisya.semua rakan rakannya mengetawakan alisya apabila dia teriak sekuat hati sambil berlari sekeliling kelas.satu minggu alisya tak ke sekolah demam.sejak hari tu alisya mula fobia dengan lipas.
"Hahaha,lucu lah sangat,Eleh... untuk pengetahuan akak,akibat akak lah lisya takut dengan lipas tau."kata lisya sambil becekak pinggang.menandakan dia marah.rina yang mendengar kata kata lisya mula berhenti ketawa.dia akui memang dia lah punca lisya takut dengan lipas tapi itu semua dah berlalu,lisya sudah besar panjang,bukan salahnya kalau lisya still scared ngan lipas.(betul tak wahai para pembaca)
"Salahkan akak pulak,eh eh sedar sedar lah sikit yang kau tu dah besar panjang bukan budak budak lagi.sepatutnya kau dah tak takut ngan lipas dah tapi kau tu yang terlampau over takut."kata Rina sambil memegang lipas lalu meletakkan di tangannya.
"Nak?"
"Tak nak akak!!"teriak lisya sambil berlari menuju ke pintu utama rumah mereka.DUK!!
"Aduhh sakitnya.nasib baik ada tilam kalau tak memang benjollah kepala aku".alisya terus meniarap atas tilam empuk itu lalu memeluk tilam itu erat dengan memejamkan mata.
"A...lisya"Kata rina sambil menahan ketawa.kalau lah alisya tahu yang dipeluk nya itu bukan tilam tapi ialah manusia yang tengah blushing berabis.
DUP dap DUP dAP
"Akak kenapa tilam ni berbunyi macam orang yang habis berlarig 100 meter.dup dap dup dap.jomlah akak,dengar sama."kata lisya sambil mengeratkan lagi pelukannya.selesa sungguh dia."ko sendiri lah yang dengar,akak nak sambung masak,ajak tilam tu sekali dia pun mahu makan jugak"rina terus masuk ke dapur lalu ketawa berhabis.
Alisya membuka mata perlahan lahan.ingin mencari maksud apa yang kakaknya katakan,apasal tilam pun nak makan dia ada mulut kah?
Alisya terkejut,tergamam,dengan apa yang dilhatnya,dia jatuh bukan di atas tilam tapi....
"Azeem"alisya tidak mampu meneruskan kata.muka Azeem merah menahan malu,dia memandang mata alisya,alisya terpana.
"Oii oii,jangan buat jenayah,kalau nak kawin jom ikut akak jumpa tok kadi."ketawa rina makin besar,alisya yang terkejut dengan apa yang dikatakan Oleh akak nya mula lantas berdiri.mulut akak aku ni memang nak gosok dengan cili!tiada ansurans langsung.
Azeem tersenyum malu lalu berdiri."apasal awak datang kat rumah saya?"tnya lisya dengan selamba.tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Azeem tersentak.pelik dengan soalan alisya."huh?bukan awak kah yang suruh saya datang?"azeem kerut seribu.biar betul alisya ni.aku salah rumah kah?
Alisya pelik dengan apa yang dikatakan oleh Azeem,bila masa pulak aku suruh dia dtang ke rumah ku.wait, bukankah tadi akak aku...
"Ehh,lisya knapa tak suruh Azeem masuk,kesian Azeem berpanas kat luar"jerit rina dari dapur.
Belum sempat lisya jemput azeem masuk azeem terlebih dahulu menjejak kaki ke dalam rumah...
Alisya hanya mengikut Azeem di belakang,masih pelik dengan perkara yang berlaku,"huh!akak!"jerit lisya dalam hati"ini mesti angakara aka!siap lah dia nanti!!"
YOU ARE READING
Hanya kamu aku mahu
Любовные романы"jangan lah menangis,kalau awak menangis saya sakit sangat awak,senyum lah,senyuman indah awak lah yang mampu buat saya ceria".Alisya Amanda seorang gadis yang ceria,telah memikat hati dua jejaka yang merangkap sebagai abang angkatnya dan Mr narciss...