13 tahun yang lalu...
( FLASHBACK )
"Daddy , tengok ni!" Jerit seorang kanak-kanak perempuan dengan wajah yang teruja. Lukisan yang dilukis dengan penuh warna dan usahanya dilihat penuh bangga. Kertas ditangan dinyorokkan di belakang sebelum kakinya mula berlari laju mendekati si ayah yang sudah tersenyum lebar.
"Apa tu kat tangan anak daddy?" Melissa sudah tersenyum malu apabila ditanya. Kertas yang dipegang terus dihulurkan kepada Daddynya.
Datuk Seri Qyler memandang lukisan yang dihulurkan kepadanya. Senyuman yang sudah sedia lebar dibibir semakin dilebarkan.
"Ni mesti princess daddy yang lukiskan?"
"Haah , mestila Mel yang lukis , Daddy. Siapa lagi nak lukis gambar yang cantik macam ni kalau bukan Melissa Cassandra anak pakcik Lee?" Terlepas tawa Datuk Seri Qyler mendengar celoteh anak perempuan tunggalnya itu. Datin Mariliya yang mendengar turut tertawa.
"Iye , mestila princess daddy ni lukis cantik" kepala Melissa diusap beberapa kali dengan lembut. Biarpun dia baru berusia 7 tahun tetapi Melissa sememangnya seseoranh yang petah berkata-kata mengalahkan abangnya yang sudah 9 tahun.
Di dalam keluarga mereka , Melissalah yang akan sentiasa menang dalam apa-apa perbalahan yang berlaku. Tidak kesahla saja-saja atau serius , gadis itu sememangnya akan memenangi setiap perbicaraan dengan lantang dan tidak lupa juga teori yang sentiasa melekat diotak. Cerdik betul dia.
Jauh sangat beza dengan Danish Dereqish yang nampak lebih mendengar kata. Yang lebih suka bergaya berbanding Melissa yang tidak suka benda yang complicated.
"Bukan princess awak sorang je tau , princess saya jugak" Datin Mariliya sudah mahu men'claim'.
"Aip , apa main rebut-rebut ni? Mel ni princess Mummy dengan Daddy tau." Kata-kata Melissa berjaya menghentikan niat mereka untuk bergaduh manja.
Datuk Seri Qyler tersenyum sambil menggenggam tangan isterinya. Danish dan Melissa turut tersenyum melihat mummy dan daddy mereka yang tersenyum.
"Urmm , Mummy"
"Ye , sayang?" tanya Datin Seri Mariliya pelik apabila melihat Melissa seperti mahukan sesuatu.
"Boleh tak Mel nak something?" Ujar Melissa dengan mengetap bibirnya rapat. Mereka bertiga yang memandang Melissa menggerutkan dahi sedikit.
"What is it , princess?" tanya Datuk Seri Qyler pula.
"Tapi janji ek Mummy dengan daddy jangan marah kalau Mel mintak tu" Melissa menghulurkan kedua-dua belah jari kelingkingnya mahukan kepastian.
Datin Seri Mariliya dan Datuk Seri Qyler hanya menganggukkan kepala dengan jari kelingking yang menyambut huluran jari Melissa.
"Janji" serentak mereka berdua mengucapkannya.
"Erm , Mel rasa macam nak kawin dengan daddyla , Mummy. Boleh tak kalau Mummy bagi Daddy kat Mel?" hampir tersedak Datin Seri Mariliya mendengar permintaan anak perempuannya. Danish sudah membulatkan mata kerana bengang. Datuk Seri Qyler sudah tergelak besar.
"Eh , tak boleh! Tak boleh!" Melissa sedikit memuncung apabila mummynya menolak mentah-mentah permintaan tadi.
Apa salahnya? Dia kahwin dengan daddy , nanti dapat baby boleh share dengan mummy. Ye tak?
"Ala , mummy. Kita sharela. Mummy kan selalu cakap kat Mel dengan abang Dan sharing is caring. Mummy sharela daddy dengan Mel" Melissa sudah menggoncang-goncang lengan Datin Seri Mariliya. Dia nak kahwin dengan daddyyyyyy.
YOU ARE READING
MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )
أدب المراهقين1 ☕︎ 𝒖𝒏𝒅𝒆𝒓 𝒔𝒂𝒘𝒊𝒕-𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔'𝒔 ☕︎ || 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐂𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍𝐃𝐑𝐀 ♡︎ 𝐀𝐃𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐑𝐈𝐂 || ' you are the most beautiful dreams I ever had when I fall asleep ' Melissa Cassandra - Gadis yang nakal dan sangat ter...