Skip hari perkhemahan<3 💘💓💞💕💗💖
Aku duduk di kantin sementara menunggu cikgu untuk panggil. Bosan gak lah, taktau nak buat apa.
Aku mengeluh lagi.
Entah berapa kali aku mengeluh.
Berat hati nak tinggalkan adik-beradik aku. Tapi sebab terpaksa. Bukannya ada sebab yang munasabah pun.
Pagi tadi sempat lah si Amsyar tu buat drama air mata. Katanya nak nangis puas-puas sebab nanti lagi 2 hari takleh nangis. Dia peluk aku tak nak lepas, sampai boleh sesak nafas aku kejap.
Haih lah adik bongsu ni-
"Hey Rose, jauh termenung," tegur Aakif.
Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan melabuhkan punggung dihadapan aku. Adrian mana ?
"Haih, manade," balasku malas.
"Kau fikirkan apa ? Ada masalah ?" soal Adam prihatin.
Aku menggeleng dan tersenyum kecil.
"Tak lah, aku bosan jer,"
"Kau dah sarapan ?" soal Syafi pula.
Aku menggeleng.
"Tak, aku tak makan pagi-pagi," jawabku.
"Diet ?" soal Zayyan sepatah.
Aku terkejut. Jap, aku nak diet ?
Huh, lambertttt lagi-
"Kau nak kata aku ni gemok ke camne ?" Zayyan aku pandang tajam.
Aakif, Adam dan Syafi tergelak sementara Zayyan tersengih.
"Takde lah,"
✨✨✨
"Like what ? Seriously ? Bapak banyak sia kerja dia ! Aku ni ketua pengawas ke mak bapak ni ?" omelku sendirian sambil melihat jadual kem perkhemahan sepanjang 3 hari nanti.
Sementara kami berhenti di RnR, Cikgu Atikah memberi aku jadual perkhemahan kami. Buka sahaja jadual itu, ternganga aku dibuatnya.
Semua tu ketua pengawas kena buat ?
Weh, mana penolong ketua pengawas ?
Bendahari ? Setiausaha ?
Ni aku pergi perkhemahan ke kem askar ?
Ahhhhh, terseksa jiwa raga aku !
"Woi,"
"Opocot mak kau terpelanting !" jadual di tangan aku tercampak ke bawah.
Adrian sembunyi senyum. Kalut betul minah ni ?
Jadual di lantai itu aku kutip kembali sebelum mengibasnya perlahan. Lalu aku memandang figura yang telah mengejutkan ku tadi.
"Kau ni, terkejut aku. Lain kali bagi lah salam. Nasib tak makan penumbuk free jer tadi," bebelku.
Adrian mencebik. Dasar !
"Haishh, yelah. Assalamualaikum ketua pengawas..." perli Adrian.
Aku menjeling Adrian tajam. Ada jer nak perli aku !
"Kau nak apa kat sini ? Member kau dah takde, baru cari aku, gitu ?" soalku.
Adrian berdecit perlahan. Buruk sangka betul lah dia ni !
"Kau tu yang kenapa. Aku tengok kau termenung dah macam patung dah. Kau tak pergi makan ? Solat ? Toilet ? Nak duduk sini sampai bila ?" soal Adrian bertalu-talu.
"Nanti lah. Aku pening ni dengan jadual ni, padat giler ! Dah lah semua benda aku kena buat ! Penolong mana tah !" luahku.
Adrian mengangguk faham. Patut lah termenung :/
"Siapa suruh nak jadi ketua pengawas..."
Aku menjeling Adrian. Ada yang kena panggang kat sini kang...
"Bukan aku yang nak, dah cikgu yang pilih. Lagipun, takkan aku nak tolak. Cikgu tu macam merayu jer. Biar ah aku nak jadi ketua pengawas. Sibuk !" sindirku kembali.
Adrian mencebik. Kena balik !
"Daripada kau fikirkan benda ni, baik kau pergi makan ke, solat ke. Benda ni lagi kau fikir, memang sampai ke sudah tak habis. Dah, pergi sana !" halau Adrian.
"Yelah, yelah..." aku akur.
Sebenarnya memang lapar pun, tapi malas nak jalan sebenarnya ✌🏻
Adrian mengikut langkah Ayrose dari belakang. Biar lah orang tengok, kisah apa dia ?
Betul lah Ayrose ni cantik. Dari depan, belakang, kiri, kanan. Bukan cantik rupa jer, akhlak pun cantik juga. Sesuai kot jadi bakal isteri 🤫
Aipp, jauh sangat tu !
Ehek :)
✨✨✨
"Para pelajar sekalian, kamu boleh mula bina khemah sendiri. Pastikan dalam khemah hanya ada 3 atau 4 orang paling ramai. Sementara tu, kamu boleh jalan-jalan dulu. Jam 7 malam, kamu diminta berkumpul di surau untuk solat Maghrib berjemaah," terang Cikgu Atikah.
Semua murid mula bersurai dan mencari tempat untuk memesang khemah.
Aakif, Adam, Zayyan dan Syafi satu khemah. Adrian seorang jer satu khemah. Acha dan Putra satu khemah. Aku dan Melissa satu khemah.
Okay, jangan tanya kenapa Melissa sekhemah dengan aku.
Jangan tanya !
Ja-ngan ta-nya !
JA-NGAN TA-NYA !
Yelah aku bagitau :/
Actually aku seorang jer dalam khemah ni. Sebab kan aku ketua pengawas, so aku punya dikhaskan lah.
Penolong ketua pengawas pula lelaki, kalau perempuan memang sekhemah ngan aku lah.
Ha nak dijadikan cerita, Melissa ni ada lah member-member dia lagi 4 orang. Camelia, Syiqah, Marina, Nad.
Disebabkan hanya aku seorang yang duduk alone, Cikgu Atikah pun masukkan Melissa dengan aku. Melissa ni dari tadi jeling-jeling aku, pastu duk gosip-gosip dengan memember dia, fikir aku kisah ?
Aku buat tak tahu jer bila dia merungut kotor lah apa lah. Dah anak orang kaya, mana biasa pergi hutan. Tapi nak ikut gak, itu pun sebab ada Adrian.
Haih, macam ni punya spesies pun ada ?
Pening aku !
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasíaBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...