🌹🌹🌹
Esoknya Kiara bangun daripada tidur, melihat tingkap biliknya terbuka luas. Dia teringat malam bersama Yeosang. Kekecewaan jelas terpancar di mata lelaki itu. Dia cuma terpengaruh dengan kata-kata San walaupun dia tahu Yeosang tak mungkin begitu.
Dia melangkah turun daripada katil, melakukan rutin harian seperti biasa. Agaknya Yeosang masih di sini atau sudah tiada?
Usai mempersiapkan dirinya, Kiara turun ke tingkat bawah dan dia nampak Yeosang gigih menyediakan sarapan di dapur seorang diri. Belakang tubuh lelaki itu menghadapnya. Tegap sungguh badan lelaki ini.
Yeosang mengenakan kemeja hitam yang kemas dimasukkan ke dalam seluarnya berserta seluar jeans putih. Lengan baju lelaki itu terlipat sedikit supaya tak mengena air sewaktu lelaki itu leka membasuh sayur-sayuran.
Perlahan-lahan Kiara mendekati Yeosang, dia peluk lelaki itu daripada belakang.
"Yeosang.. aku minta maaf." mata Kiara berkaca, dia tak mahu Yeosang berkecil hati lagi dengannya.
Yeosang terdiam, membiarkan air membasahi sayur-sayuran di tangannya. Dia perlahan-lahan mengukir senyum, air ditutup dan sayur-sayuran tadi dibiarkan di dalam singki. Yeosang berpaling menghadap Kiara, perlahan-lahan pelukan gadis itu longgar.
"San cakap apa dekat kau semalam?" soal Yeosang, senyumnya hilang.
"D..dia cakap kau akan bunuh aku bila kau bosan dengan aku macam San bunuh Jiyeon. Dia cakap kau guna aku untuk darah.."
Jari Yeosang diletakkan di bibir Kiara, membuatkan gadis itu terdiam. Yeosang peluk erat tubuh Kiara, rambut gadis itu dibelai sambil dagunya bertapak di atas kepala Kiara. Kiara menyandarkan kepalanya pada dada Yeosang.
"Aku takkan buat macam tu, Ara. Tak akan."
"Tapi kenapa kau terlalu baik dengan aku, Yeosang?"
"Betul kau nak tahu?" Yeosang leraikan pelukan, Kiara angguk.
Yeosang senyum sebelum dia membuka cerita.
Flashback
Kemalangan berlaku di hadapan mata Yeosang. Dia perlahan-lahan melangkah ke arah kereta yang sudah terbalik dan hancur itu. Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang kemalangan ini. Dia pandang seorang wanita yang nazak di atas jalan raya, mengenakan rantai yang mempunyai loket kristal merah.
Wanita itu lemah memandang dia yang berdiri dengan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket.
"Aku anak Kang Raisha, Kang Yeosang." ucap Yeosang, wanita itu senyum bersama linangan air mata. "Kau pernah selamatkan ibu aku, kau pernah berikan darah kau untuk ibu aku sewaktu ibu aku nyaris mati melahirkan aku."