Selepas makan malam, semua murid tingkatan 5 SMK Taman Indah diminta berkumpul di sebuah dewan. Lelaki duduk belah kiri, perempuan sebelah kanan.
"Untuk malam ni, kita akan main satu permainan. Takkan asyik ice breaking jer, kan ? Jadi Abang Is dah tukar ke satu permainan. Apa yang pasti ? Permainan ni menarik dan seronok !" ucap Abang Is sebagai faci.
"Baik lah, ini cara-cara permainan. Sepanjang permainan berlangsung, ada sebuah kotak hitam yang telah disorokkan. Tugas kamu, kamu perlu cari sekeping kertas oren. Bila dah jumpa kertas oren, baru boleh cari kotak hitam tu.
Sepanjang permainan, hanya satu sahaja kotak hitam yang disorokkan. Kertas oren ada banyak. Kalau dah jumpa keduanya, kamu perlu datang kembali dewan ni. Pemain boleh bergerak secara individu atau kumpulan.
Pemain tidak dibenarkan keluar melebihi kawasan ini. Akan ada hadiah bernilai kepada pemenang !" terang Abang Is panjang lebar.
Murid-murid sudah semangat selepas mendengar 'hadiah bernilai' itu. Adakah duit ?
Hohho, mata duitan kalian semua !
"Dalam kiraan 3, 2, 1 ! Pelajar boleh mula !"
Suasana dewan menjadi riuh. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar. Berebut-rebut, menolak antara satu sama lain.
"Eh, Rose mana ?" soal Acha sendirian.
Tak silap dia, tadi dia nampak Ayrose kat depan dia. Tup, tup, hilang dah.
"Rose mana ?" soal Ayyan pada Acha.
"Ga tau, deh. Soalnya tadi aku liat dia disini. Eh baru ajha berpaling, udah ilang," adu Acha.
Ayyan menganggukkan kepalanya. Ada lah tu !
Putra, Acha, Ayyan, Ayyen, Adrian, Aakif, Adam, Syafi, dan Zayyan mengambil keputusan untuk berjalan bersama. Nak ajak Rose sekali, tapi hilang dah.
✨✨✨
Aku berjalan dengan malas sambil melihat semua manusia yang berlari-lari dari tadi. Malas betul nak berebut camtu, sebab tu aku suka pergi sorang.
Kertas oren aku dah dapat tadi, waktu tu aku terjumpa dekat hujung belakang dewan. So, misi mencari kotak hitam.
Actually, aku tak kisah pun menang ke, kalah ke, dapat hadiah ke, tak ke. I'm just enjoy this game.
"Weh, tepi lah !"
"Hoi, jangan main tolak-tolak !"
"What is happening now ?"
"Eyy, aku punya !"
Antara jeritan para pelajar yang sibuk mencari kotak hitam. Ada yang lari-lari, tolak-tolak, rampas kertas oren, yang duduk santai pun ada !
Uishh, biar kebenaran ?
Tiba-tiba, mata aku tertancap pada sekumpulan lelaki bersama seorang perempuan. Uihh, ni yang aku nak elak ni !
Segera aku berpatah balik ke belakang. Langkah dilajukan serta kepala ditutup dengan hoodie hitam. Aku menunduk ke bawah.
Tanpa sedar, aku terlanggar sebuah pokok menyebabkan kepala aku terhantuk dengan pokok itu.
DEBUKK
"Auchh !"
Satu benda yang boleh dikatakan besar dan keras jatuh tepat di kepala aku. Aku menggosok-gosok kepala sambil meringis kesakitan.
Aku memandang ke arah kanan dimana tempat benda yang jatuh atas kepala aku itu berada. Terbuntang mata aku saat memandang benda itu.
"I-ini... serius lah ?"
✨✨✨
"Murid-murid, tolong kira kawan sekelas kamu, cukup ke tak ? Kalau tak cukup, laporkan segera pada kami. Tapi kalau terlebih tu, faham-faham jer lah..." usik Abang Is.
Rata-rata pelajar perempuan mulai takut. Dengan cepat mereka mengira rakan sekelas mereka. Kurang, cukup atau... lebih ?
Salah seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.
"Iye, kenapa ?"
"Ayrose takde," balas Aifa.
Masing-masing terkejut dengan pernyataan Aifa. Ayrose hilang ?
Ayyan dan Ayyen berpandangan antara satu sama lain. Weh, Ayrose hilang ?
"Ayrose, kelas mana ?" soal Abang Is.
"Mutiara Ayrose, 5 Kompetitif," balas Aifa kembali.
Abang Is mengangguk dan terus pergi kebelakang untuk berbincang bersama guru dan faci yang lain.
Tok Tok
Bunyi ketukan pintu membuatkan murid-murid terkejut. Mula lah fikiran negative, overthingking, hantu lah, makhluk halus lah.
Krekk
Pintu itu kemudian dibuka lalu seorang pelajar perempuan ber-hoodie hitam masuk ke dalam.
"Ayrose ?"
"Sorry lambat,"
Semua guru-guru dan faci melihat Ayrose. Bukan tengok Ayrose, tengok apa yang ada di tangan Ayrose.
"Ayrose ?"
"Ya, saya," jawabku.
"Kenapa lambat ?"
Aku mencungap mengambil nafas. Penat weh lari !
"Bukan salah saya, salah kotak ni. Dia yang jatuh atas kepala saya, kuajaq betul," aku meletakkan kotak hitam itu di tepi dewan.
Membuntang mata para pelajar apabila melihat kotak hitam itu.
"Ohh, awak dah jumpa ? Macam mana awak jumpa ?" soal Abang Is.
Aku merengus geram. Kotak ni memang cari pasal !
"Saya terlanggar pokok tadi. Lepastu ada benda jatuh atas kepala. Saya tengok, kotak ni," ceritaku.
Pelajar-pelajar mula tergelak mendengar cerita Ayrose. Ada ke terlanggar pokok ?
Guru-guru dan abang kakak faci turut tergelak. Agak-agak kalau tak langgar pokok, dapat tak kotaknya ?
Aku memuncung. Gelak pula... aku wrestling kang !
"Dah ah, amik kotak tu. Sakit kepala aku. Ada emas ke apa ?" omelku sambil berjalan ke arah belakang untuk duduk.
"Memang ada emas,"
Aku menghempas punggung di kerusi. Sakit hati titew !
"Ayrose, awak tak nak ke hadiah awak ?"
"Kalau makanan, bagi lah. Kalau benda yang takleh makan, takyah bagi. Tak nak !" rungutku.
Sekali lagi terletus tawa para guru, abang kakak faci dan pelajar-pelajar. Kaki makan tapi kurus !
"Okay, nanti amik sebelum masuk tidur,"
"Hmm,"
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...