𝖧𝖠𝖩𝖲 16

1.5K 93 1
                                    

"Eh Rose, kau tepi lah !" Camelia menolak Ayrose hingga dia terjatuh ke tepi.

Camelia, Syiqah, Marina dan Nad segera menghampiri Melissa di atas titi.

"Mel, siapa buat kau ni ?" Nad menepuk pipi Melissa beberapa kali.

"Tak tahu..."

Syiqah memandang Ayrose tajam lalu mencapai tangan Ayrose kasar dan dibawa jauh dari mereka.

"Kau ! Apa kau dah buat pada Mel ?!" bentak Syiqah.

"Aku tak buat apa-apa," balasku biasa.

Syiqah tersenyum sinis.

"Kau tak payah menipu lah, perempuan ! Kau tolak Mel dalam sungai, sebab kau jealous Mel rapat dengan Adrian, kan ?" Syiqah menarik rambut Ayrose.

Ayrose menggeleng sambil meringis kesakitan. Tolong jangan libatkan Adrian !

"Takpe, kita pergi jumpa cikgu. Aku akan laporkan benda ni pada cikgu," kata Syiqah sinis dan meninggalkan Ayrose terpinga-pinga disitu.

✨✨✨

"What ? No, Rose takkan buat macam tu ! Sejahat-jahat dia, dia takkan bunuh orang !" marah Ayyan.

"Entah, mesti ada sebab lain Mel tu jatuh kat dalam sungai !" sokong Ayyen.

Selepas sahaja perkara itu dilaporkan kepada guru, gosip tentang Melissa dan Ayrose mula tersebar.

"Jom pergi tengok,"

Ayyan, Ayyen, Adrian, Aakif, Adam, Syafi, Zayyan, Putra dan Acha berjalan ke arah dewan dimana tempat Ayrose dipanggil untuk soal siasat.

"Ayrose, please jujur. Awak ke yang tolak Melissa masuk ke dalam sungai ?" soal Cikgu Atikah.

"Saya tak buat," jariku menunjukkan satu dibelakang badan.

"Tipu ! Memang kerja dia !"

"Dia jealous Mel rapat dengan Adrian, sebab tu dia nak bunuh Mel !"

"Dasar pembunuh !"

"Perempuan sundal !"

"Diam !" serta-merta suasana menjadi sunyi.

Cikgu Atikah mengeluh perlahan. Siapa salah ni ?

"Saya tak buat," jariku kini menunjuk dua jari.

"Betul awak tak buat ?" soal Cikgu Atikah lagi.

Ayrose mengangguk.

"Saya tak buat," kini tiga jari ditunjukkan di belakang badanku.

Camelia mencapai kolar baju Ayrose lalu digenggam kuat. Dia menghentak belakang badan Ayrose ke dinding.

"Mengaku lah, sial ! Engkau yang buat, kan ?! Eh kau jer yang ada kat situ !" tengking Camelia.

Ayrose menolak tubuh Camelia dengan kuat membuatkan Camelia jatuh terduduk menghempap lantai.

"Korang ni pahal ?! Aku kata aku tak buat tu, tak buat lah ! Apa yang tak faham lagi, bangang ?! Kau ada nampak ke aku tolak Melissa ?! Aku tak gila lagi sampai nak bunuh orang ! Kalau tak nampak, baik kau tutup mulut kau sebelum aku sendiri tutup mulut kau sekali dengan badan-badan kau masuk dalam tanah !" bentakku lantang.

Bergema satu dewan dengan suara Ayrose. Pelajar-pelajar diluar juga rata-rata terkejut mendengar suara lantang itu.

Ayrose tersenyum sinis. Puas dapat luahkan semuanya !

"Dah lah, kesabaran aku ada had. Sekarang ni, letak semua atas aku. Takpe, biar aku yang tanggung semuanya. Walaupun aku tak buat, aku tak kisah," suaraku kedengaran mengendur.

"Cikgu, denda saya. Saya salah. Saya tolak Melissa masuk sungai. Denda lah saya apa pun," putusku.

Cikgu Atikah terkejut. Serius lah ?

"Tak payah fikir, cikgu. Bagi saya denda, tu jer. Dan lepastu, semuanya settle. Terpulang lah nak buat apa, saya tak peduli," suaraku perlahan.

Cikgu Atikah akhirnya akur. Dia memikirkan denda yang sesuai untuk Ayrose.

"Awak..."

CONTINUEZ...

p/s: sorry kalau chapter ni terlalu pendek, author dalam proses memerah otak lagi niy😌

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now