Bab 59

206 28 21
                                    

Mariott Hotel Amsterdam
Permulaan musim luruh


Kru-kru Singapore Airlines tiba di hotel mewah itu lewat petang semalam. Selepas mendaftar masuk, Ashraf terus membawa Lara ke restoran Morocco berhampiran. Walaupun hanya lima minit berjalan kaki, Lara gembira dapat melihat kawasan sekitar. Mereka memesan set kebab bersama kentang goreng untuk makan malam di bilik hotel dan usai makan malam, masing-masing masuk tidur awal.

Pagi itu sebaik sahaja Lara terjaga, dia terdengar bunyi televisyen daripada bilik Ashraf. Ternyata lelaki itu sudah bangun lebih awal.

Lara terpacul di pintu penghubung bilik. Ashraf dia lihat sedang berdiri di kabinet kecil pantri, mengacau air minuman di dalam mug. Di atas meja tulis pula terdapat pelbagai hidangan sarapan pagi telah tersedia.

"Hey, sweetheart. You're up!" Senyuman Ashraf sungguh manis sekali. Lara terus menghampiri dengan langkah yang perlahan.

"Wow... Kenapa ada banyak makanan dekat atas meja ni?" Tanya Lara.

"I nak breakfast privately dengan you hari ni. Tak nak bersesak-sesak dekat bawah."

"Ha? Kenapa?" Lara terpana dalam senyuman.

"Inikan trip harijadi you. So, biarlah special sikit hari pertama kita dekat sini."

"Oh..." Senyuman makin lebar. Ashraf masih sibuk mengacau minuman.

"I dah buatkan air. You pergi mandi, kita sarapan dan lepas tu kita keluar, okay?"

"Okay... Thanks sayang sebab tolong buatkan air." Lara berlalu sambil mengenyitkan mata. Dia segera kembali ke biliknya untuk mandi dan bersiap-siap...


Lebih kurang pukul 9.30 pagi, Lara dan Ashraf sudah tercegat di hadapan Rijksmuseum atau 'muzium nasional'. Jarak Mariott Hotel dengan Rijksmuseum dekat sahaja, hanya lebih kurang 600 meter.

"Wah, cantiknya..." Lara terkaku tatkala melihat muzium tersebut.

Bangunan berusia lebih dua ratus tahun itu sangat indah dengan gabungan rekabentuk gaya Renaissance dan 'gothic'. Dinding berbatu-bata merah itu membuatkan bangunan tersebut tampak lebih klasik bersama konkrit putih berukiran halus pada setiap bingkai tingkap.

Kenapalah di Malaysia tiada bangunan yang cantik-cantik sebegini? Fikir Lara. Matanya terus meneliti keindahan Rijksmuseum.

"Let's take your picture." Suara Ashraf menyedarkan Lara daripada lamunan. Dia mengeluarkan sebuah kamera digital berjenama Sony daripada poket jaketnya. Sewaktu mereka di Los Angeles dahulu masing-masing terlupa bawa kamera!

Dengan riangnya, Lara berdiri mengiring menghadap Ashraf dan membelakangkan bangunan muzium tersebut.

"One, two... Three." Serentak jari Ashraf menekan punat kamera, Lara membuat satu pose bersahaja dengan gerakan badannya ala photoshoot. Rasa janggal pula kalau berdiri tegak.

"Kenapa?" Kening Lara berkerut ketika dia berjalan mendapatkan Ashraf. Cara pandangan dan senyuman lelaki itu dia rasakan lain sedikit. 

"I baru tersedar yang I tangkap gambar model. You're so pretty."

"And you're such a sweet talker!" Lara senyum menjeling lalu melihat ke skrin kamera.

Wow. Ternyata gambar itu memang cantik dan bernilai estetik! Sudah lama Lara teringin bergambar dengan latarbelakang sebegitu. Bibirnya tersenyum puas memandang Ashraf.

"Meh sini, I ambikkan gambar you pulak." Ujar Lara tetapi Ashraf segera menarik kamera tersebut.

"Tak payah." Katanya.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now