Satu

12 2 0
                                    

Adila menutup laptopnya setelah kelas onlinenya pada petang itu sudah tamat. Dia menghembuskan nafasnya melepaskan lelah akibat duduk sahaja selama dua jam tanpa mendapat apa-apa ilmu yang disampaikan oleh pensyarahnya sepanjang kelas tadi. Dia memeriksa notification di dalam telefon bimbitnya yang penuh dengan mesej daripada group kelas berkenaan assignment yang telah dibriefkan oleh En. Ashraf selaku pensyarah bagi subjek Creative Illustration.

" Haih... Waktu macam ni lah nak sakit kepala pun. Idea pulak tak datang, datang. Nyampah tul aku. " Seloroh Adila sambil memicit dahinya. Adila mengambil sebotol minyak cap kapak dan menyedut baunya.

" Uiii, ketagih gila dho dengan bau ni. " Dia mendekatkan mulut botol minyak yang kecil itu di hidungnya dan menyedutnya sebanyak beberapa kali.

" Asal lak minyak ni tak berkesan eh? " Dia memandang ke arah botol minyak yang kecil itu dan meletakkannya di atas meja belajarnya.

" Selalunya okay je. Sepatutnya, lepas sedut terus hilang sakit kepala tapi hari ni tiba-tiba tak berkesan lak. Shibal. " Kata Adila dengan nada kecewanya. Dia melihat chat di dalam group kelasnya semula.

" Aduh. Diorang ni dah start bagi idea, tinggal aku je belum bagi lagi. " Komen Adila sambil mencari idea di dalam Internet. Setelah mendapat maklumat, dia terus sahaja menghantar link website tersebut ke dalam group WhatsApp dan bertanya sama ada maklumat tersebut menepati projek assignment yang dibincangkan pada waktu itu tetapi tiada sesiapapun yang menjawab pertanyaannya malah dia dipalau oleh semua rakan sekelasnya.

" Haish. Diorang ni, kalau aku tak bagi idea, nanti kata aku ni tak tolong lah, itu lah, ini lah. Aku tanya, bukannya nak jawab. SHIBAL. " Adila mengambil keputusan untuk menunggu selama beberapa minit lagi dan memeriksa jika ada yang membalas pertanyaannya.

" Dah ah. Fed up aku macam ni. Tidur lagi baik. " Kata Adila sambil melempar telefon bimbitnya ke atas katil lalu dia menghumbankan dirinya ke atas katil dan tanpa sedar, dia sudah terlelap dibuai mimpi.

Adila terbangun dari tidurnya dalam keadaan mengejut akibat termimpikan dia terjatuh dari bangunan yang tinggi.

" Nasib baik mimpi je. " Komen Adila sambil mengurut-urut dadanya yang berdebar-debar. Beberapa minit kemudian, jantungnya berdegup secara normal semula. Dia menghembuskan nafas kelegaan lalu melihat jam pada skrin telefon bimbitnya. Matanya membulat apabila memandang angka jam yang menunjukkan sudah pukul dua belas tengah malam. Dia segera bangun dan terus menuju ke tandas untuk membasuh mukanya. Selepas dirinya terasa segar, dia pun terus menuju ke arah meja belajarnya. Dia membuka laptop untuk menyiapkan kerja yang ditangguhkannya selama ini. Sementara menunggu dokumen kerjanya loading tak henti-henti, dia membuka aplikasi Discord dan secara tak sengaja ternampak dua rakan onlinenya ada di dalam voice channel dalam salah satu server kepunyaannya. Dia terus sahaja menyertai rakan-rakannya itu.

" Hoi! Korang buat apa ni? "

♚♚♚

Wahida termenung seketika sewaktu dia mencuci pinggan mangkuk yang tersusun bertingkat-tingkat di dalam sinki. Sisa-sisa makanan yang tersangkut pada lubang sinki menyebabkan air di dalam sinki bertakung. Tiba-tiba, dia terasa tangannya dicuit seseorang. Wahida menoleh ke arah Wardina, adiknya.

" Hah, kenapa? " Tanya Wahida kepada Wardina.

" Tu, sisa-sisa makanan dalam sinki tu taknak buang ke? Dah tersumbat sinki tu adik tengok. " Tegur Wardina sambil menumpang membasuh tangannya yang kotor.

" Sabarlah. Orang tengah basuh pinggan ni. Akak bagi clear pinggan mangkuk ni dulu, baru lah akak buang. " Kata Wahida sambil menyambung mencuci pinggan mangkuk yang tersisa di dalam sinki itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SurvivalWhere stories live. Discover now