Day 3

155 9 0
                                    

" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "

" DIANA. "

Aku mengangkat wajahku sekali, tanda menyoal ' kenapa? ' .

Azra yang tadinya berdiri terus mengambil tempat atas bangku bersebelahan denganku. Kini kami berdua di taman rekreasi, bersantai di waktu petang. Sesekali aktiviti jogging juga dilakukan untuk mengeluarkan peluh.

" Apa pendapat kau pasal Aydan? "

Aku berkerut. Soalan di luar kotak.

" Kenapa dengan dia? " Soalku kembali.

" Yelah, kau rasa dia macam mana? "

" Okay je kut. He seems nice. "

Terus senyuman Azra melebar. " Kan! Dia memang baik pun. Kau suka dia tak?"

Aku terus memandang Azra, tepat. Tak faham kenapa dia perlu tanya soalan sebegitu.

" Tiba- tiba jelah kau ni. Tak ada angin tak ada ribut, tanya soalan macam tu. Demam eh? "

Rakannya itu memuncung.

" Tak adalah. Sebenarnya Aydan tu suka dekat kau. Kau tak suka dia ke? "

Aku diam. Pandangan dibuang ke hadapan. Gelagat manusia di taman rekreasi menyapa kornea mataku. Ada yang sedang berkelah, ada kanak- kanak yang sedang bermain malah ada juga pasangan yang sedang meluangkan masa bersama- sama di situ.

Aku suka Aydan ke?

Nak kata dia benci Aydan tu tidaklah. Aydan tak ada berbuat jahat. Lelaki itu nampak baik.

Sudahnya aku tidak menjawab sama sekali. Soalan Azra dibiar sepi.

" Diana? " Panggil Azra lagi, tidak berputus asa.

Aku mengeluh. " Entahlah Azra. Ada jodoh adalah. Tak ada jodoh, pun aku okay je. "

Akhirnya itu menjadi jawapanku. Aku tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa. Baik Azra mahupun Aydan.

" Eh kau orang pun ada kat sini? "

Aku dan Azra menoleh ke belakang. Muncul figura Aydan berpakaian jersi sukan. Di tangan Aydan terdapat sehelai kain tuala bersama sebotol kecil air mineral.

" Kau ada sini Aydan? " Soal Azra dengan nada terkejut. Pasti gadis itu juga tidak mengetahui keberadaan sepupunya di taman rekreasi.

" Aku baru habis work out kat sana tu ha, " tunjuk Aydan ke satu kawasan taman.

" Hai Diana! "

" Hai, " balasku perlahan. Tiba- tiba aku rasa mahu pulang ke rumah.

" Azra, aku pergi dulu eh. Singgah kedai, haus sangat ni, " ujarku memberi alasan untuk beredar dari situ. Berada satu tempat yang sama dengan Aydan membuatkan aku berasa tidak selesa. Mungkin kerana aku belum berapa mengenalinya.

Tiba- tiba sebotol kecil air mineral dihulurkan kepadaku. Aku memandang wajah sang pemberi.

Aydan.

" Tak apalah. " Aku menggeleng tidak mahu. Kalau aku minum air dia, dia nak minum apa?

" Ambil je Diana. Kesian awak haus. Air tu saya belum minum lagi. " Pelawa Aydan lagi.

" Haah, ambil je. Kesian Cik Diana kita ni haus. Tak apa, abang Aydan boleh payung, " ujar Azra separa mengusik.

Wajahku sudah memerah. Lantas huluran botol berisi air mineral itu aku ambil. Memang benar air itu belum diminum kerana penutupnya masih ketat belum dibuka.

Dengan lafaz bismillah, air itu diteguk.

" Alang- alang kita bertiga ni, jom minum petang kat kafe sana tu? "

" Boleh juga tu, " Azra mengiakan cadangan Aydan.

" Eh tak apalah, kau orang nak pergi, pergi je. Aku nak balik dulu ni. "

" Alah, Diana! Janganlah balik dulu. Kau nak cepat- cepat balik bukan ada laki pun kat rumah tu. Jom minum kat kafe sana tu. Aku dengar ada muffin coklat cip kat situ. "

Muffin coklat cip? Tak boleh jadi ni. Muffin coklat cip memang salah satu manisan kegemaranku. Wajib dicuba!

Aku mengangguk bersetuju. Azra jalan di hadapan dahulu. Tidak sedar, Aydan sengaja melambatkan langkah supaya dapat berjalan seiringan denganku.

" Diana, awak marah saya? " Soal Aydan secara tiba- tiba.

" Kenapa awak cakap macam tu? "

" Yelah, awak macam ignore saya sejak saya mesej awak. Ajak berkenalan hari tu. "

Aku tersenyum tipis. " Saya tak marah pun. Cuma saya rasa kurang selesa. "

" Maaf. "

" Eh it's okay. Not your fault anyways. Saya yang sepatutnya minta maaf sebab pulaukan awak. "

Aydan turut tersenyum. Tengkuknya diusap perlahan.

" So.. friends? "

" Friends. "

10 DAYS AMOREWhere stories live. Discover now