𝖧𝖠𝖩𝖲 19

1.6K 97 0
                                    

Amsyar bermain dengan video game di phone nya sementara menunggu kakaknya masuk.

Disebabkan kakaknya balik lewat, tambahan pula menipu, Amsyar mendenda kakaknya supaya tidur dengan dia selama 3 malam.

Saja, nak lepas rindu~

Tok Tok

Pintu dibuka lalu kelibat Ayrose masuk dan menapak ke arah katil Amsyar.

"Am ?" panggilku.

"Kakak !" Amsyar segera memeluk kakaknya.

Kami berdua melabuhkan punggung di atas katil.

"Ermm, Am,"

"Iye ? Nape, kak ?" soal Amsyar sambil bermain game nya.

Janji last game !

"Kan tadi kakak tak bagi lagi kan hadiah Am, so ni akak nak bagi lah," beritahu ku.

Amsyar memandang kakaknya.

"Seriously ? Yang surprise tadi pun Am dah kira hadiah tau," Amsyar berbaring di riba kakaknya.

"Alah, tadi lain ni lain. Tapi sebelum tu, akak nak tunjuk sesuatu dulu. Am kena pejam mata, jangan tipu tau," pesanku.

Berkerut dahi Amsyar. Kenapa kena tutup mata ?

Tapi dia hanya turutkan sahaja.

"Jangan tipu tau, berdosa,"

"Okay," Amsyar menutup kedua belah matanya dengan tangannya.

1

2

3

"Buka !"

Amsyar menurunkan tangannya lalu membuka matanya. Dia terkebil-kebil memandang Ayrose.

"Kak... apa ni ? Serius lah ?" soal Amsyar tidak percaya.

Aku mengangguk.

"Yes, betul lah ! Am tau tak ? Kita dah jadi youtuber top 5 paling famous tau. Then benda ni baru semalam dapat. Finally, we got our Youtube Gold Play Button !" ujarku teruja.

 Finally, we got our Youtube Gold Play Button !" ujarku teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amsyar memeluk dan melabuhkan ciuman di pipi kakaknya. Namun pandangan Amsyar teralih pada beberapa kotak di sebelah.

"Kak... ni ?" Amsyar menunjuk ke arah kotak-kotak itu.

Aku mengoyak senyuman.

"Ini lah birthday present Am. Cantik tak ? Actually benda ni bukan untuk Am jer. Ada untuk Abang Rif, Abang Riz, abang, adik, Ad. Kakak pun ada," ceritaku.

Amsyar kehilangan kata.

Terus dia memeluk tubuh wanita yang bergelar kakaknya itu dan menangis di bahunya.

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now